Wednesday, December 21, 2011

NOVEL BERSIRI : " Mak !! Adik pergi dulu " Episode 6

Kring!! Kring!!

Berbunyi nada dering yang agak kuat dari telefon bimbit ayah. Lalu diangkatnya dengan agak pantas. "Abang...abang...anak awak sedar dan meronta-ronta dihospital ni." tanya mak Arif dengan agak ketakutan. "Meronta yang macam mana" bertanya kembali si ayah. Lalu mak Arif menjawab "saya pun tak tahu, habis doktor ikat dia atas katil tu tapi dia tendang doktor sampai terjatuh dan dia menjerit lalu tidak sedarkan diri". Ok, kejap lagi saya datang sana. Awak tunggu sampai saya datang dan suruh doktor buat sesuatu.

"Maaf puan, saya terpaksa beri ubat penenang pada Arif. Kalau tidak dia akan lebih ganas lagi" berkata doktor kepada mak Arif. Lalu mak arif menjawab "Baiklah!! kalau itu sahaja jalan terakhirnya". Kenapalah ini berlaku kepada anakku Ya Allah!!, apakah salah si anak kecil ini. Adakah dia pilihanmu untuk tidak lagi hidup didunia ini. Aku mohon Ya Allah semoga dia dikembalikan kepadaku, hanya dialah satu-satunya penemanku tatkala abang dan adiknya bersekolah nanti. Aku tidak punya suami, aku tidak punya harta lain selain anak-anak ini. Bantu lah aku Ya Allah kerana aku tidak sanggup menempuhi semua ini. Rintihan demi rintihan kesedihan hanya mampu disimpan didalam hatinya. Mungkin ini adalah dugaan baginya.

"Adik, maafkan mak. Mak hanya mampu melihat kamu berdiam diri, bangun lah adik. Mak nak lihat adik sedar dan kita boleh balik nanti" merintih lagi si ibu. Kemudian mak arif bertanya kepada doktor "apa lagi yang doktor boleh buat untuk pulihkan anak saya?". Doktor tersebut menjawab "sebenarnya kami tidak pasti dengan penyakit anak puan ni. Itu mungkin sebab kami belum periksa sepenuhnya keadaan anak puan". Mungkin juga anak puan akan di X-RAY bagi mengetahui apa puncanya. Saya berharap puan akan bersabar dengan keadaan ini. "Terima kasih doktor, saya hanya berharap dia akan sedar dan pulih sepenuhnya.

"Assalamualaikum?" datang si ayah lalu memberi salam.

"Waalaikumussalam" jawab kesemua yang berada di dalam bilik sakit tersebut. "Macam mana keadaan Arif?" bertanya lagi si ayah. "Doktor bagi Arif ubat penenang supaya dia tidak meronta-ronta lagi" jawab mak Arif. Dalam keadaan yang kurang yakin, mak Arif duduk di atas kerusi lalu bertanya kembali kepada ayah Arif. "Satu yang saya sangat pelik masa Arif meronta-ronta, suara dia bertukar seperti bukan dia yang bercakap. Lepastu dia cakap yang Arif ambil makanan dia, Arif ni jahat lah apa lah". Terus meyampuk si ayah "ohhh, sebenarnya saya tadi pergi cari dukun dekat kampung sebelah tu dan dukun tu ubatkan Arif dari jauh". Dukun tu cucuk paku di ibu jari kaki saya dan katanya mungkin akan berlaku sesuatu pada Arif kerana mungkin Arif telah disampuk. Rupa-rupanya memang betul.

Dukun tu ada cakap yang si Arif ni ada terpijak makanan syaitan masa di sekolah. Mak Arif pun berkata "Ohhh, patutlah bila saya tanya dia nak makan masa hari tu lepastu dia jawab dia dah kenyang dan mungkin juga dua orang tua yang dia nampak tu adalah makhluk halus". Tapi kan bang, kenapa dia sampai tak sedarkan diri? Lepastu doktor sampai nak X-RAY dia. Mungkin ada sebab lain yang kita pun sendiri tak pernah tahu. Sergah si ayah "ish awak ni, jangan fikir bukan-bukan boleh tak? Tak ada apa-apa yang berlaku kalau kita fikirkan yang baik-baik je".

Mak Arif menjawab "Yelah, kita tunggu sahaja selepas doktor X-RAY Arif esok. Berita yang baik kita bersyukur, yang kurang baik kita berserah sahaja". Sambil tangannya memegang tangan Arif, airmata kesedihan mula mengalir. "Apalah nasibku selepas bercerai dengan suami, anak pula ditimpa musibah" keluh mak Arif sambil menatap mata Arif. "Ok lah, saya balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa telefon sahaja saya" berkata si ayah. Malam makin gelap dan waktu makin kehadapan. Hari esok menjadi penentu segala-galanya. Ayah Arif pun sudah pulang, dan masih termenung lagi maknya yang masih terfikir apakah keputusan pada hari esok. Adakah berita yang baik atau sebaliknya.

Tepat jam 8.00 pagi, mak Arif terjaga dari tidurnya lalu dia membersihkan diri. Bersiap-siap dan hanya menunggu doktor untuk membawa Arif ke bilik X-RAY. Setelah menunggu selama setengah jam, doktor pun tiba dan membawa Arif ke bilik X-RAY. "Maaf ye, puan kene tunggu diluar sehingga pemeriksaan ini selesai" berkata doktor tersebut kepada mak Arif. Mak Arif pun menunggu diluar bilik X-RAY dan hanya mampu untuk berdoa serta berharap supaya tidak ada apa-apa pun yang berlaku kepada anaknya Arif. Sambil menunggu di luar, mak Arif menelefon ayah Arif dan memintanya untuk datang ke hospital kerana keputusan X-RAY anaknya akan diketahui tidak lama lagi.

15 minit kemudian, ayah Arif bersama abangnya pun tiba untuk mengetahui keputusan X-RAY anaknya. Berkata maknya di dalam hati "Ya Allah, tidak ada yang mampu melawan takdirmu melainkan engkau pemberi takdir".

1 jam kemudian.........

Doktor pun keluar dari bilik X-RAY lalu memberitahu kepada mak Arif..........




creadit : 
Muhammad Taufiq 

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Tuesday, December 20, 2011

today story

blackberry, celular, coffee, computer, girl

Hari ini seperti sebelum² ni.Duduk kat rumah dengan menghadap laptop,kemas bilik/rumah,jaga adik bujang Miza yang nakal + gedik, makan, tengok tv kalau ada cerita best.Bosan kan aktiviti harian Miza.Nak buat macam mana,ini je kerja yang parents Miza kasi dekat Miza. Terima dengan hati terbuka je la.Kawan² ada ajak hangout tapi masa tu Miza holiday dengan keluarga Miza.Maaf ye korang.I hope you all will enjoy walaupun Miza tidak ada.Miza boleh enjoy holiday Miza dengan family Miza.Tadi cakap la dengan mak Miza nak kerja dalan bulan 2.Tuptup mak Miza kata yang ayah nak suruh Miza pergi kursus komputer la pula.Ni yang nak pujuk dekat ayah ni. Wahai Encik Raihan Bin Harun,anakmu Nur Hamizah Binti Raihan ingin mencari pengalaman bekerja.Nanti lepas Degree or lepas study ada la pengalaman tu untuk di bawa.Betul tak?Ok la. ni je la kot Miza nak kongsi.Entah apa² Miza mengarot dekat atas ni kan?Abaikan la. :)

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

NOVEL BERSIRI : " Mak !! Adik pergi dulu " Episode 5

Adik tidak lagi mampu untuk membuka mata kerana mungkin keletihan. Doktor sudah sedaya upaya untuk membuat sesuatu tetapi ternyata ia tidak mendatangan hasil. "Adikkkkkk...adik nampak mak tak, adik dengar mak cakap tak. Adikkkkk...adikkkk.." bertanya mak arif kepada anaknya yang hampir tidak dapat menahan kesedihan di atas apa yang berlaku. Tidak ada sesiapa pun yang mampu untuk menenangkannya. Hanya doa yang mampu dihulur semoga umur arif dipanjangkan.

"Mak!! kenapa dengan adik, kenapa adik tak mahu bangun?" tanya abang kepada maknya. "Doktor cakap, adik kau mungkin akan koma untuk jangka masa yang lama. Kau doakan sahaja lah untuk adik kau." jawab mak arif akan pertanyaan abangnya. "Kenapa semua ni berlaku pada adik, kenapa?" meronta-ronta si abang hingga tidak mampu untuk menyimpan perasaan sedihnya. Lalu mak arif menjawab "Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni bang, apa yang mak harapkan semoga adik cepat sembuh". Abang tolong telefon ayah cakap dengan dia adik arif dekat hospital sedang koma. Lepastu abang kena tunggu diluar ya, sebab sepatutnya abang tak boleh duduk dalam bilik ni. Hanya mak seorang sahaja yang boleh.

Bum...bum...

Pintu bilik ditutup dengan sekuat hati dan berlalu pergi si abang untuk duduk diluar bilik. "BENCI !! BENCI !! BENCI !!" teriak si abang yang sebenarnya tidak sanggup untuk melihat keadaan adiknya. Mak arif hanya dapat melihat anaknya yang hanya menutup mata dan tidak mampu berkata sepatah pun. Selama ini arif lah yang paling manja dan suka membuat bising dirumah. Kini dia hanya mampu terbaring di atas katil dengan membayangi mimpi hitam yang mungkin mimpi terakhir baginya.

"Assalamualaikum?" bertanya seorang lelaki kepada mak arif.

"Waalaikumussalam, oh abang rupanya" jawab mak arif. "Macam mana keadaan arif setakat ni" tanya lagi ayah Arif kepada maknya. "Macam itu lah keadaannya, masih koma dan terbaring dekat atas katil. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana dah. Arif tak pernah sakit dan pernah nampak pelik sebelum ni. Habis dia meronta-ronta dekat rumah sebelum saya bawa ke hospital dengan suami Kak Ana. "Arif ada buat benda yang bukan-bukan ke?" tanya si ayah lagi. "Rasanya tak ada, sebab tadi pagi dia ikut saya pergi sekolah untuk daftar prasekolah si Aiman. Abangnya pun ikut sekali, saya pinjam motor jiran sebelah. Arif sentiasa dengan abangnya waktu dekat sekolah. Cuma.......

"Cuma apa?" dengan nada tegas ayah Arif bertanya.

Lalu mak arif menjawab "cuma masa dekat sekolah tadi, dia ada cakap yang dia selalu nampak orang tua. Saya pun tak pasti siapa orang tua tu dan sebelum saya terlupa dia ada cakap juga orang tua itu pasangan suami isteri dan kerdil orangnya". "Macam tu pula, pelik saya dengar" hairan si ayah yang mendengar kata-kata bekas isterinya itu. Awak tolong lah saya, pergi cari orang untuk ubat kampung ke atau apa-apa sekalipun. Lagi satu nanti awak tolong bawa abang arif tu balik sebab esok dia akan bersekolah. Suruh dia jaga diri baik-baik dan tolong kemas rumah apa yang patut. "Kain baju awak macam mana?" bekas suaminya bertanya. "Oh ya, awak tolong lah ambil baju kurung saya dekat dalam almari. Ambillah dalam dua atau tiga pasang ke, lepastu barang-barang make up saya dalam laci." jawab mak Arif.

"Ok, nanti malam saya datang bawa barang-barang awak" berkata si ayah lagi. Saya akan cuba untuk ikhtiar cari jalan untuk si Arif, awak jangan risau ya. Saya balik dulu, jangan lupa makan dan sentiasa berdoa untuk Arif semoga cepat sedar. Ayah Arif dan abangnya pun pulang ke rumah. "Kamu nak bersekolah esok atau nak tidur rumah ayah. Ayah esok akan melawat lagi Arif" kata ayah kepada abang Arif. "Abang mestilah nak ikut, mana tahu esok adik akan sedar" jawab abangnya. Baiklah, kita balik dan ambil pakaian mak kamu dan terus pergi rumah ayah. Nanti malam ayah nak pergi kampung sebelah untuk cari dukun, mak suruh ayah cari ubat traditional untuk adik.

Malam sudah tiba dan abang Arif masih tidak mampu untuk tidur kerana mungkin teringatkan adik kesayangannya yang masih terlantar dihospital. Ayahnya baru sahaja pergi ke kampung sebelah mencari dukun bagi mengubati adik Arif dari jauh. Sudah lama ayah pergi tapi tidak pulang ke rumah lagi. Risau si abang yang sebenarnya mahu ikut ayahnya untuk mencari dukun di kampung sebelah.

Tiba-tiba.......


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Monday, December 19, 2011

Good Luck My Dear ♥







Kenapa gambar mereka ada di atas ni? dan apa kene mengena tittle dengan gambar-gambar tersebut? Jom kita baca lagi untuk mengetahui kenapa Miza letak gambar mereka untuk entry kali ini. Bahawasanya saya,Nur Hamizah Binti Raihan akan memulakan entry ini untuk pengetahuan kamu..kamu..dan kamu./dah start merepek la Miza nie/. Mai sini semua dengar ini cerita ya. Pada 22.12.2011,bermulalah perasaan yang di campur-campur/apa la aku merepek ni/ seperti gementar,sedih,gembira dan bermacam-macam perasaan akan kita ketahui nanti. Penilaian Menengah Rendah(PMR) di umumkan pada tarikh ini.Tempatnya adalah di sekolah masing-masing.Miza just nak cakap Semoga Berjaya adik-adik ku sekalian. Harap keputusan anda semua membanggakan keluarga adik tau.InsyaAllah. Jangan pula lupa akak di sini untuk di beritahu keputusan tu. Kalau tidak,akak call seorang demi seorang/macam banyak kreadit aku nak call/. Itu saja yang ingin Miza celoteh hari ini. Terima Kasih untuk membaca cerita Miza yang tidak seberapa ni. :)

GOOD LUCK TO MY DEAR 


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

10 Days Letter Challenge # 10

cafe, coeur, coffee, cup, heart, love

day 10 : picture of people that you love

My family

Muhd Shahrul Haziq Bin Shahirudin

My friends

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx



NOVEL BERSIRI : " Mak !! Adik pergi dulu " Episode 4

"MasyaAllah!! kenapa dengan adik arif tu" teriak mak ketakutan melihat adik yang mula kejang dan kepalanya yang berpusing ke kiri hampir tidak mahu memusingkan ke tempat lain. "Abang pun tak tahu, mak cepatlah...abang dah takut ni tengok adik." kata abang yang hanya mampu melihat adiknya.

"pahhhhhh....pahhhh...." panggil mak akan jiran sebelahnya.

Tolong aku ni, anak aku dah kejang-kejang tu. Ya robbi, aku dah tak tahu nak buat apa ni, kau tolong lah aku pah. "Kejang macam mana tu?" tanya pah jirannya itu. "Entah, dia pusing kan kepalanya sampai tak mahu toleh dan mula nak kancing gigi" jawab maknya. "MasyaAllah, akak pergi ambil senduk lepastu letak dekat mulut dia supaya dia tak kancing gigi. Nanti dia akan gigit lidah sampai putus!! Cepat akak pergi sebelum apa-apa yang buruk berlaku, kejap lagi saya datang" kata jirannya sambil ketakutan.

Mak arif berlari masuk ke dapur dan mengambil senduk untuk diletakkan ke dalam mulut arif. "Abang ketepi dulu, biar mak yang uruskan adik" mak berkata kepada abangnya. Abang cuma tolong panggilkan Cik Ana cakap yang adik sakit. Minta tolong dia bawa suami dia sekali. Kalau boleh jangan lambat sebab adik ni mungkin nak kena hantar ke hospital.

Adik!! Adik!! Adik!!

Adik kenapa ni, jangan buat mak risau lah. Abah adik dah lah tak ada, mak pula kenderaan pun tak ada. Nak susah kan orang, jiran-jiran adik semua kerja. Adik jangan buat mak takut, mak tak mahu tengok adik sakit. Adik tolonglah cakap adik ok. "Adik dengar mak cakap tak?" berkata lagi mak kepada arif sambil melihat arif yang masih kekejangan. Jirannya datang sambil berkata "Akak, macam mana dengan arif?". Kau tengok lah sendiri dia tengah kejang-kejang ni. "Biar saya panggil kan suami Kak Ana. Nak kena bawa ke hospital ni" kata jirannya Pah yang semakin gelisah melihat kekejangan arif.

"Assalamualaikum?" Kak Ana dan suaminya datang dan memberi salam.

Waalaikumussalam. "Kenapa dengan anak kamu arif tu?" Kak Ana bertanya. Lalu maknya menjawab "saya pun tak tahu kenapa dengan anak saya ni, mula-mula dia hanya pandang-pandang di atap dan katanya ada orang dekat atas tu. Lama-kelamaan dia terus kejang lepastu kancing gigi". Saya pun makin pening dan tertanya-tanya kenapa boleh jadi macam ni. Sambil mengalirkan airmata kesedihan melihat keadaan anaknya. "Bila mula nampak lain ni?" tanya Kak Ana kepada maknya. Masa di sekolah dah nampak macam ada yang tak kena dengan si arif ni. Arif selalu cakap yang dia selalu nampak orang tua dekat sekolah tu, saya sendiri tidak pasti siapa. Bila ditanya di hanya menjawab dia kenal sangat dengan orang tua tu.

"Rasanya dia kena SANTAU !!" menyampuk seorang makcik yang baru sahaja tiba. "Kenapa makcik cakap begitu?" sampuk kembali mak arif. Jawab makcik tersebut dengan pantas "sebab makcik nampak apa yang berada dekat atas atap rumah kamu ni!!". Kamu pergi ambil air putih dan makcik akan bacakan untuk bagi kepada anak kamu ni. Sambil mak arif mengambil air didapur, makcik tersebut pun duduk disebelah arif. "Nah makcik airnya" kata mak arif lalu memberi air putih kepada makcik tadi.

Bismillah hirrahman nirrahim.... Alhamdulillah hirobbil alamin.................................... "makcik tadi membaca Al-Fatihah sehingga habis lalu memberikan air putih tersebut kepada arif.

Arif meminum minuman tersebut tetapi tidak ada sebarang perubahan yang berlaku. Lagi meronta-ronta si arif seperti sedang histeria. "Akak, biar saya bawa arif ke hospital" suami Kak Ana mempelawa mak arif. "Baiklah!! saya ikut awak. Takut nanti terjadi apa-apa dengan anak saya" jawab mak arif. Dengan keadaan yang tergesa-gesa, kami mengangkat arif dan memasukkanya kedalam kereta lalu dibawa ke hospital. Ketika di dalam kereta tiada apa lagi yang dapat diperkatakan oleh mak arif selain hanya menangis memohon kepada yang Esa untuk memulihkan anaknya. "Akak jangan bersedih, nanti saya terlalu gelisah ketika membawa kereta ni" berkata suami Kak Ana kepada mak arif. Kita berserah sahaja kepada Allah S.W.T kerana ini semua datangnya daripada dia. "Baiklah, saya cuma takut apa-apa terjadi pada anak saya ni." jawab mak arif.

Setibanya di hospital.............

creadit : Muhammad Taufiq 

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Sunday, December 18, 2011

10 Days Letter Challenge # 9

absurd, alice, alice in wonderland, art, artist, beautiful

day 9 : Five things that you cant live without
  • Handphone
  • My Lappy
  • Contect Lens
  • Camera
  • My Body :p
Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

NOVEL BERSIRI : " Mak !! Adik pergi dulu " Episode 3

"Tuuuuuuu...tuuuuu...tuuuuu". Abang tak nampak ke? "Aiman nampak tak apa yang abang arif nampak?" tanya abang kepada adiknya yang paling kecil. "Adik tak nampak apa-apa pun kat atas tu" lantas adiknya menjawab. "tuuuuuuu...tuuuuuu..tuuuuu" teriak si adik dengan muka yang agak takut.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu yang agak kuat. Lantas abangnya membuka pintu dan rupa-rupanya maknya sudah pulang dari membeli makanan di warung pak abu. "Terkejut abang, ingat siapa tadi" kata abang lepas membuka pintu rumahnya. "Kenapa adik kau arif tu duduk dekat atas kerusi je?" bertanya mak kepada abangnya. Lalu abangnya menjawab "Entah adik tu, dia cakap ada sesuatu dekat atas atap rumah kita ni. Pelik abang dibuatnya". Bila tanya siapa yang ada dekat atas tu, adik cuma jawab "tuuuu..tuuuuuu..tuuuuuu".

"Kenapa anak mak ni?" tanya mak kepada arif. Adik tak sihat ke? Adik nak makan tak, mak dah belikan nasi goreng sama macam abang ni. "tuuuuuuu....tuuuuuu...tuuuu" jawapan yang sama diberikan oleh arif. Makan lah sikit nak, nanti sakit perut sebab masuk angin. "Mak.....mak... adik nak muntah lah" arif menyampuk kata-kata maknya. Dengan kelam-kabut maknya pun mengambil satu baldi kecil dan diberikan kepada arif supaya senang dia muntah ke dalam baldi kecil itu sahaja.

Bluekkkk!! Bluekkkkk!!

Si adik mula muntah tetapi hanya muntah angin. Tidak ada sisa-sisa makanan yang dia keluarkan hanya air liur yang diludahkan ke dalam baldi tersebut. "mak...mak...tuuuu...tuuuu..dia makin dekat" kata arif kepada maknya sambil dia memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri seperti melihat sesuatu yang pelik di atas atap rumah. "Bluekkkk!! bluekkkkkk!!" muntah si adik lagi dengan memuntahkan sehelai rambut dan sedikit air liurnya.

"Mak...mak...ada rambutlah dekat dalam baldi adik tu" kata abang kepada maknya. Lalu maknya menjawab "Itu mungkin rambut adik tu atau mungkin rambut dari mana-mana yang terjatuh dalam baldi tu". Abang pergi makan dulu, biar mak yang uruskan adik ni. Ajak adik kau aiman tu sekali makan. Aiman dan abangnya pun pergi ke dapur untuk makan. Sambil maknya membuka television dan menyuruh arif untuk menonton tv sahaja. "Adik jangan tengok bende tu lagi, adik tengok je tv tu ye" kata mak kepada arif. Dia pun menonton tv sambil kepalanya yang masih berpusing ke kiri dan ke kanan.

Bluekkkk!! Bluekkkkkk!!

Si adik yang masih muntah tetapi hanya muntah angin. Air liurnya yang banyak didalam baldi tersebut. Dalam keadaan yang tidak senang hati. Maknya pun mencari jalan untuk menyelesaikan masalah anaknya yang dirasakan sangat pelik sedangkan tiada sesiapa di atas atap rumahnya. Sudah hampir 1 jam si adik memuntahkan air liurnya ke dalam baldi yang diberikan oleh maknya. Tiba tiba.....

"Mak......mak......mak...tengok adik" abangnya menjerit memanggil maknya.........




creadit : Muhammad Taufiq 

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Saturday, December 17, 2011

10 Days Letter Challenge # 8


day 8 : your live inspiration

  • My family
  • My friend
  • My boyfriend
  • My cousin

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx



Rafhanah's Year End Giveaway!

Photobucket

SYARAT² PENYERTAAN :-
  1. Tuliskan satu entry bertajuk "RAFHANAH'S YEAR END GIVEAWAY!"
  2. Copy banner di atas & 'paste'kan ke dalam entry tersebut.
  3. Link kan entry tersebut di ruangan komen di bawah.

HADIAH :-
hadiah berbentuk sehelai shawl & sebentuk/satu set brooch buat setiap pemenang!
(**Hadiah mungkin akan berubah tanpa sebarang notis bergantung kepada jumlah penyertaan & budi bicara penganjur serta pihak penaja.Harap maklum.)

DATELINE :
Sepanjang DISEMBER 2011.
(Keputusan akan diumumkan pada JANUARI 2012!)

Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away :TQ Followers!

GA ni tak de banner. so kita tunjuk la hadiah dia ya

 2 X Leopard-Printed Cosmetic Bag 
inspired by ELLE  





 dan

5 Blog X Blog Review @ Blog HDM

Syarat-syaratnya mudah : 

1. Buat entry tajuk "Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away :TQ Followers!" & link ke blog HDM
2. Follow blog HDM & letakkan gambar hadiah seksi tu.
3. Tag 2 orang blogger lain yang hot, sexy dan baik serta 'paksa' dia join G.A ni. *kehkehkeh
4. Tinggalkan URL di komen entry ini
5. Doa banyak-banyak, nama anda ada ONG! 

Tarikh tutup : 31 Disember 2011 (Sabtu) , Jam 12.30 tengah malam

miza tag : syira dan fara (miza inform kat fb mereka)

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Friday, December 16, 2011

NOVEL BERSIRI : " Mak !! Adik pergi dulu " Episode 2

Jangan nak merepek lah adik!! Mana ada sesiapa yang berdiri di depan kita ni. Yelah bang, adik kenal sangat dengan orang tua tu. "Dah....dah...jangan yang pelik-pelik. Jom kita pergi dekat mak, entah-entah dah lama mak tunggu dekat dewan tu." kata si abang yang sangat hairan dengan adiknya.

Setibanya di dewan. "Lamanya kau teman adik pergi tandas" kata mak kepada abangnya. Entah adik ni, katanya sakit perut tu yang lama menunggu. Siap boleh merepek lagi, dia cakap kenal orang tua itu lah ini lah. Abang yang jadi hairan sebab kat depan kita orang tak ada pun orang tua. "Ada lah, adik nampak tadi dan adik kenal sangat dengan orang tua tu" menyampuk si adik dengan kata-kata abangnya. Cukuplah tu, ceramah ni pun dah nak habis. Kejap lagi kita pergi makan dekat kantin sekolah tu, mesti anak-anak mak dah lapar.

15 minit berlalu........

"Ok, ceramah dah habis, jom kita pergi makan" kata mak kepada anak-anaknya. Dalam perjalanan menuju ke kantin sekolah, adiknya berkata "Mak...mak...tulah lelaki tua tadi, adik kenal dengan dia". Arif anak mak, mana ada sesiapa dekat depan kita ni. Jangan cakap yang bukan-bukan lagi ya. Tidak lama kemudian, tiba lah sudah di kantin sekolah. "Adik dan abang nak makan apa?" kata mak kepada semua anaknya. Arif menjawab "Abang tak mahu makan sebab dah masuk angin dah perut ni, nanti kita beli dekat luar jelah" kata abang kepada maknya. Arif pula berkata "Adik tak mahu makan juga, adik dah kenyang sebab tadi dah makan". Si abang terus terkejut dan terpaku kerana sejak bila adiknya ada makan dan minum. Hairannya abang, bila masa adik makan tadi? Yelah, masa perjalanan pergi tandas tadi adik ada jumpa makanan adik makan lah.

"Mak!! Apa yang adik merepek ni?" menjerit abang kepada maknya. Nanti kita cerita dekat rumah ya, sekarang jom kita balik dulu. Nanti nak singgah beli makanan lagi dekat warung pak abu tu. "Yelah...yelah....." jawab abang dengan nada perlahan.

5 minit kemudian...

Abang ambil kunci ni lepastu tolong buka pintu rumah, mak nak pergi beli makanan. Abang nak makan apa? Belikan abang nasi gorang kampung jelah. Tanya adik tu dia nak makan apa? "Adik, mak tanya nak makan apa?" kata abang kepada adiknya. "Beli jelah apa-apa asalkan sedap" jawab adiknya. Ok, adik cakap belikan apa-apa je janji sedap. Mak pergi beli dulu ya, jaga adik kau tu baik-baik. "Baik mak" sahut abangnya. Si abang pun masuk dan menutup pintu rumah. Ketika berada di dalam rumah, si adik yang berperangai pelik dengan sentiasa memandang ke atap rumah yang putih itu. "Adik, apa yang adik pandang tu?" tanya si abang. Dengan suara yang agak berlainan si adik menjawab "Tuuuuuuuu....tuuuuuuuu...tuuuuuuu".   Apa yang tuuuuuuuuuuuuu? Sambil menunjukkan jari telunjuknya dan masih berkata perkara yang sama "tuuuuuuuu...tuuuuuuuuu....tuuuuuuuu".

Adik jangan buat abang rasa takut lah, cuba adik beritahu dekat abang. Apa yang adik nampak dekat atas tu? Dengan muka yang semakin pucat dan ketakutan adiknya menjawab.........



creadit : Muhammad Taufiq

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

NOVEL BERSIRI : " Mak !! Adik pergi dulu " Episode 1

Selamat pagi adik, kata mak kepada arif yang lebih manja dipanggil adik. Sambil mencium pipinya yang lembut itu maknya pun berkata, pagi ini mak nak hantar adik arif si aiman tu masuk prasekolah. Mesti lama nanti mak dekat sana sebab ada mesyuarat sekali. Abang ikut mak sekali nanti, adik tak mahu ikut? Arif yang merasakan dirinya keseorangan dirumah pun berkata kepada maknya " adik ikut mak lah, sebab nanti adik keseorangan dekat rumah pula ". Sebuk je nak ikut, si abang menyampuk. Hehe. Tengok abang ni mak, sengaja nak cari gaduh...

Ok, siap cepat nanti kalau lambat mak tinggalkan sahaja kamu berdua ni. Kalau lambat daftar nanti lagi lama lah mak dekat sana. Sambil menunggu si abang dan adiknya bersiap-siap, mak arif pun mengambil sedikit masa untuk mengemas dapur. 10 minit sudah berlalu, maknya pun bersuara " lambat lagi ke anak-anak mak ni nak siap", lalu si abang menyampuk " ok, abang dengan adik dah siap dah". Jom kita pergi.

Perjalanan ke sekolah yang mengambil masa selama 5 minit itu tidaklah begitu lama kerana sekolah yang ingin ditujui tidak lah jauh dari kediaman mereka. Sampai pun di Sekolah aiman ni, kata mak kepada arif. Masa sudah lambat ni, mak hendak ke dewan untuk dengar ceramah. Abang tolong jaga adik dekat luar ye, mak dengan aiman nak masuk dewan ni. Baik mak, balas si abang yang sebenarnya sangat lapar kerana belum bersarapan pagi.

Selepas 5 minit berlegar-legar diluar dewan, si adik pun bertanya kepada abangnya " Abang, tandas dekat mana ye, adik dah tak tahan nak buang air ni ". Adik terus lepastu belok kanan, dekat situ tandasnya. Hati-hati, jangan main yang bukan-bukan, sergah si abang !. Hampir 10 minit juga arif memasuki tandas tetapi masih lagi belum keluar. Si abang yang tidak senang hati pun pergi ke tandas tersebut dan memanggil adiknya, " Adik........adik....... berapa lama dekat dalam tandas tu. ". Lalu si adik pun menjawab, " sekejap lah bang, adik sakit perut ni ". Ok, jangan lama sangat ye, nanti kejap lagi mak dah nak habis ceramah dah, kata si abang yang sungguh risau dengan adiknya.

Tidak lama kemudian, adiknya yang berada lama di dalam tandas itu pun keluar dan berjalan menuju ke abangnya. Dah habis ke buang air tu, kata si abang kepada adik sambil mereka berdua berjalan menuju ke dewan. Ketika dalam perjalanan menuju ke dewan, si adik mengejutkan abangnya dengan berkata. " Abang, siapa orang tua tu, adik macam pernah nampak lah ". Si abang yang sungguh hairan kerana tiada sesiapa pun yang berada di hadapannya ketika itu. Dengan suara yang tegas si abang pun berkata..................



creadit : Muhammad Taufiq


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

10 Days Letter Challenge # 7


day 7 : places you want to go

  • Makkah
  • Paris
  • London
  • Bandung
  • Korean
  • Tempat romantik untuk date
  • New York
Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

jangan memaksa


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Miza nak bagi pengumuman/betul ke aku eja nie/ penting nie. Miza bukan tidak mahu follow anda semua tetapi bilangan blog yang telah miza follow telah mencecah 300/full la/bila miza buka satu persatu,ada yang dah delete blog,private la..So macam mana miza nak delete mereka?Tak ke menyusahkan orang je tu? Miza minta maaf sangat² sebab tak follow kamu semua. nnti miza fikir macam mana nak follow kamu semua ye. jangan risau :)

Memohon beribu kemaafan..

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


Tutorial : New Templet To Classic Templet

hai kamu semua.miza hari ni nak kongsi sesuatu. Mungkin semua sudah tahu cara tukar New Templet To Classic Templet. Tetapi kawan² miza ramai yang tanya tentang ini. Jom kita mulakan

Step 1: Buka dashboard dan kamu semua akan jumpa design dan click 


Step 2: Kamu akan jumpa Edit HTML


Step 3 : Scroll ke bawah dan click Revest to Classic Template


Step 4 : Click OK


DONE!!
Selamat Mencuba :)

First time Miza buat tutorial.I hope you like it

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


Thursday, December 15, 2011

10 Days Letter Challenge # 6


day 6 : seven things that you do everyday

  • makan
  • online
  • tengok tv
  • main psp
  • kemas bilik or rumah
  • tidur
  • mandi
Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

dear,i'm so sorry


hye dear,miza nak cakap sikit ni kat kowang semua.miza ada masalah ngan bf miza.seharian dia tak msj or call or antar inbox kat miza.dia dah lupa miza ke?atau dia tak sayang miza?perkara tu yang berlegar² dalam minda miza sekarang.miza sedih sangat dia wat miza cmnie tanpa khabar berita dari dia.:( miza ingat xnak online wat masa sekarang ni.tengok je la bila miza akan online.miza sakit hati sangat² ngan dia. rindu dgn dia?yes i did..mmg miza rindu sangat² dengan dia.dah la sekarang ni miza tak sihat.muka pun pucat.apa² pun kowang semua doakan agar miza dan bf miza cepat berbaik dan doakan miza cepat senbuh ye kawan :). hope kowang happy dgn kehidupan kowang sekarang.AMIN.. take care my friend :)
GOOD BYE MY BLOG,FB,TUMBLR,TWITTER,LAPPY and EVERYTHING


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Wednesday, December 14, 2011

10 Days Letter Challenge # 5

day 5 : photo of your favorite cartoon

upin dan ipin 
spongebob squarepants
totally spies
doremon
detective canon
barbie
ultraman
tom and jerry
powerpuff girls

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx






Tuesday, December 13, 2011

10 Days Letter Challenge # 4



day 4 : four things that you never done

  • Mendaki gunung
  • Bawa kereta
  • Shopping dekat Paris
  • Dating ngan pakwe (candle light dinner)
Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Monday, December 12, 2011

Simbol "peace yg biasa kita buat dalam/semasa ambil gambar

Assalamualaikum kepada ummat islam,

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.



Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)


Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.



Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.

Nabi Muhammad bersabda:
"“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).




Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx