Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya

facebook sudah wish..
kat blog plak kita wish..

Selamat Hari Raya AidilFitri

Maaf Zahir & Batin

Di sini saya ingin meminta maaf kalau saya ada terkasar bahasa, terlanjur kata atau membuat anda semua tersinggung dengan peragai saya selama ini. minta maaf sangat2. Saya hnyalah manusia biasa yang mempunyai bnyak kesalahn..’I’m Perfect’ sesiapa yang otw balik kampong tu.. berhati2 di jalan raya :) dan jangan lupa saya disini ye

saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 kepada seluruh warga Malaysia tidak kira umur bangsa mahupun agama .

tema tahun ini ialah : MERDEKARAYA

Duit raya jangan lupa kasi kat saya :)

raya dengan buku la jawap nye sbb lepas raya trus trial ;)

Tuesday, August 23, 2011

Lihat Matamu

Lihat Matamu


Lihat Matamu , Luputlah Segalanya.
Deritaku.. Yang dulu..
Lihat Matamu , Jelaskah Segalanya..
Pesonaku.. Yang Baru..

Kau Cahaya..
Ufuk Cinta..
Jiwa Raga..

Lihat Matamu , Terbuka Segalanya.
Yang Terkunci , Dihati..

Kau Cahaya..
Ufuk Cinta..
Jiwa Raga..

Renunganmu Mengintai Nurani..
Membongkari Rahasia Diriku..
Renunganmu Mencipta Misteri..
Membangkitkan Naluri Rinduku..

Sekali Pandang ,
Ku Kau Tawan Menjadi Milikmu..
Sekali Pandang ,
Ku Kau Tawan Ke Hujung Hariku..


Lihat Matamu , Luputlah Segalanya.
Deritaku.. Yang dulu..
Lihat Matamu , Jelaskah Segalanya..
Pesonaku.. Yang Baru..

Kau Cahaya..
Ufuk Cinta..
Jiwa Raga..


Kalau Nak Dengar Lagu Ni , Klik La PLAY BUTTON






Sunday, August 21, 2011

good luck for me :)


perasaam takut pada diri mula bercambah.. ini baru trial..blum yang sebenar.. SPM mula kejar aku, aku tercungap2 untuk lari darinya.. nak tak nak,terpakse berhenti dan SPM tangkap aku..
gerak gempur sejarah plak pada 22.08.2011(esok).. wahai sejarah,'aku cinta sama kamu'.. bagilah aku menyukaimu sepenuh hati aku :)

Doakan saya boleh lakukan ye


Contest Blogger Simple Gorgeous

Rules :
  • Blogger GIRLS && BOYS are allowed
  • Malaysian and must have a blog [ WAJIB ]
  • Make an entry then copy the banner and tag 2 blogger
  • Then , PUBLISH . Comment terus ke entry INI
  • Contest ini takpakai VOTING
Senarai sponser :
  • Han Hanan
  • Syera Heenim
  • Nazihah Anuar
  • Anis Anysa
  • Nurulz Sabeeha
  • Scha Dayanti
  • Wafa Aznan
  • Muazz Adli Mustapa
  • Mai Ha
  • Nana Kementot
  • Maryam Insyirah
  • Noor Cahaya
  • Nazuha Firdaus
  • Ienaz Alia
  • Faqihah Husni
  • Izyan Nazirah
  • Syiqin Marcella
  • Atirah Rosmi
  • Putry Iylianisha
  • Fatin Nursyahira
i tag

Sweettwinz 1st GiveAway

jom join :)
nak join click sini

Saturday, August 20, 2011

Ben Ashaari nak blog dengan segera

jom ramai2 join :)

GOOD LUCK my dear

kepada adik-adik saya yang menduduki PMR tahun nie..
nabel
haziq
fathiha

* akak nak ucap SEMOGA BERJAYA trial PMR yang sudah 2 hari berlangsung
* hope u all do the best..
* akk doakan anda semua boleh lakukan yang terbaik..
* jangan lupe doakan akak ye.isnin nie akak ada gerak gempur
* sayang anda semua
* tak lupe pada sesiapa yang tengah trial PMR,GOOD Luck guy

Thursday, August 18, 2011

tension lak aii

wahai maxis,anda sudah membuatkan cik miza nie marah + tension + sakit ati.. jgan sampai aku gune no lain la ye.. rasa nak jerit je smlm dan ari nie.. sbb aku??sbb nye smlm msj2,tgk dah abis kreadit yg bru di topup..and then topup lagi.. cek kreadit lps msj kedua trus tinggal bpe sen..tak ke hngat satu badan nie.. ari pnye cite plak, topup rm10, esok je msj sblum2 tu..smpai kat rm 8.. trus tinggl bpe sen je.. ko ingat aku nie cop duit??dah la ambik rm17 dalam 2 hari.. esok nak ge maxis central la.. nak tnye esok2 n then nak minta balik ape yg diowg wt kat aku.. serius rasa nak jerit je smlam.. tapi ari nie la aku jerit..aaaaaaa*ckp je lebih,x jerit pwn sbnrnye .. aku nak je bako maxis nie hah,menyusahkan pengguna je.. jika tiada pngguna, maka brang yg di keluarkan tidak penah berlaku.. hope kwan aku sudi teman ge kjg tu la ye.. gtg right now for this post :)

Monday, August 15, 2011

True Story

Kisah benar tentang seorang pramugari.Selalu orang emel cerita cerita macam ni mesti aku tak habis baca. Tapi disebabkan kisah ini sangat menarik hati aku. Aku baca tak berhenti or skip pon
----------------------------------------------------------------------------

Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.



Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.



Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.



Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.



Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.



Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.



Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.


"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.



Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.




"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.



Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.



Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.



Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.



Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.



Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;



"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."


"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.


Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.


"Habis yang kakak pergi haji ini?"


"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."


"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.


Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;
"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini."


"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.


Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.


"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."


"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.


Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.


"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."



Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.


"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.


Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.



"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.


"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."



Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.


"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."


"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."


"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."



Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?



Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?


Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.

Renung-renungkan dan selamat beramal. :D

okdahbai.

creadit to : cik epal

Octove.Com..Berminat nak Join?

Octove
Siape tak join Octove.Com lagi angkat kaki sebelah cepat ! sekarang ramai orang dah masukfasa demam Octove tahu tak kawan-kawan..amende Octove nieh? macam Octopus je kan,hihiii comel je..
Octove nie macam laman sosial Facebook lah, tapi yang specialnya Octove ni dye ade tradmark tersendiri tau "we are different" means tak 100% sama lah kan dengan Facebook tu..bosan tak layan Facebook? HAHA, kalao bosan ape kate beralih ke Octove pula,nak main game? belambakkk bak gunung everest..ni bagi peminat fanatik game lah kan,macam Mr F saya tu..*jangan marah Mr F..hikhikhik

Kenapa Octove lagi besh dari Facebook?
  • korang boleh transfer file to another Octover,bila chatting tu ke
  • korang jugak boleh webcam, fungsi dah macam skype dan yahoo messenger pun ade ni haa
  • setiap status korang publish dekat Octove akan terus dipublishkan juga ke laman sosial lain seperti Facebook,Twitter,Yahoo Messenger,Blog dan juga lain-lain..berbaloi-baloi..
  • seperti biasa,boleh add ramai kawan, chatting, create group sendiri
  • korang jugak boleh upload lagu feberet korang, upload video kesukaan korang, nak browse untuk cari apa yang korang inginkan pun boleh..cam style sistem youtube lah seposen dua..HAHA
  • paling besh ade lah korang boleh kumpulkan point untuk memenangi hadiah dari pihak Octove seperti tiket wayang, patung omei Angry Bird, Voucher, T-shirt, Keychain dan macam-macam lagi tau..suka tak?
*nie gambar dari kak yana
Alamak,besar gedabak gambar untuk korang Yana print screen nie..HAHA..haa,nak menang patung omei Angry Bird? kumpul lah 1000 points dulu..tak susah untuk kumpul mata,janji korang active buat hal-hal kat bawah ni,so simple sangat-sangat tau
  • perbanyakkan Upload Gambar dekat album korang,fanatik photoshoot tu boleh la..hehe
  • banyakkan coments contohnya di album/gambar oranglain, coments dekat post ke
  • invite seramai yang mungkin rakan-rakan anda
  • creating group, fuhh lagi besh ni..create group dan invite ramai-ramai join
boleh dikatakan semua aktiviti korang di Octove lah boleh buat points,upload gambar,tagged oranglain,Like status,coments semua bagai yang ada dalam Octove ni,tambah lagu,join event,create events,create game untuk semua orang dan macam-macam lagi lahh..fuhhh,belambakk..esok lusa tak siap list lagi..nanti korang boleh tengok sendiri je tau

Berminat nak join? jom sign up dekat Octove ni >TEKAN< nak sign in through Facebook atau Twitter korang pun boleh :')

Jangan Lupa ADD Yana , ADD Miza dan join GROUP BLOGGER di Octove jugak tau !
Jumpe disana............................

*creadit to kak yana

Untungnya perempuan mempunyai rahim

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia , Salam Satu Blogger ,

.ehehhh , sebelum nie mas buat entry yang agak mengkondem kaum wanita , tapi kali nie mas nak share betapa beruntungnya menjadi wanita yang mempunyai rahim ,

.thanx pada Niq Afnan yang share entry nie ,

Beruntung menjadi perempuan , untung jadi perempuan , perempuan ada rahim untung , wanita beruntung mempunyai rahim , wanita dan rahim , perempuan dan rahim , wanita masuk syurga , kelebihan seorang wanita , keuntungan manjadi wanita

1.) Dia bekerja dengan Tuhan , jadi ‘kilang’ manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi , cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..

Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:
seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak

nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah ,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak

derhaka denganNYA……..


Segmen : Baju Raye Warne Ape??

miza join ini segmen ye :)
tahun nie bertemakan warna >>>>>HIJAU

tarikh tutup : 17August11

"STEP 2 SEGMEN SIMPLE : TEMA WARNA SAMA DENGAN SAYA"

assalamualaikum dan salam sejahter

tema miza adalah PURPLE aka UNGU

nie senarai blog yang wrnanye sama dengan miza..
x kesah la purple cair or pekat ke..


tak pasti la betol ke tidak senarai nie.. harap2 dapat la meneng ye :)

Sunday, August 14, 2011

SEGMEN SIMPLE : NASZ CARI BLOG

kali ke dua join Segmen nasz nie..
just suke2 je sbnarnye..

nie hah syarat2 nak join ini segmen
1. Copy dan paste gambar Header kat di entry blog korang dan linkkan post ini.

2. Salin tajuk, "SEGMEN SIMPLE : NASZ CARI BLOG".

3. Settle No. 1 dan No. 2, letakkan link korang di ruang komen nye

tarikh tutup pada : 14hb Ogos 2011

yeah.. u hak saya dah

hello..ini fon hah,gua sudah miliki..bzday present from my dad la..love sangat2 ini fon..comel je fon nie..geram je tengok. :)
sebenarnya baru balik dari shopping kali ke 3.. bnyk btol brang nak dibeli.. pergi sini xde berkenan,pergi sana pwn sama juga..last2 ari nie sume barang dah beli termasuk adiah ari jadi saya.. nie je nak cite sebenarnya..hehehe.. k la nak ge masak nasi n then tido zzzzz

Saturday, August 13, 2011

#3 GIVEAWAY SIMPLE : DOMO ITU MILIKKU

click this picture

tgk2 kat dashboard..tersempak ngan GA nie yang di post oleh lulu.. sebenarnye teringin nak domo nie.. domo nie comel.. tak jumpe la kat kedai mse miza cari punye la cari x jumpe2..sedih je.. sebab tu la nak join.. bole gak sbgai adiah ari jadi kan??

syarat2 nak join GA nie senang je

  1. Copy gambar DOMO kat atas n paste kat entry beserta dengan link
  2. Salin tajuk ini,"Giveaway simple : DOMO ITU MILIKKU"
  3. siap syarat 1 dan 2, paste link korang dekat ruangan komen empunye GA


tutup penyertaan pada malam ini ye..so cpt2 la join GA nie

Air Sembahyang

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Ikhlas kerana
Allah.

Wasallam.

says no to FBing

start isnin nie,miza tak akan on FB dah*INSYALLAH .. bnyak masalah jika berfb selepas ini.better mencegak daripada merana. 22.8.2011 start la gerak gempur untuk SEJARAH..seram deh lorh. ramai la yang suruh miza kurangkan berFB nie. antaranya my mom,Abg 5zal, kazen2. dan sebagainya
nie la buktinya yang mereka suruh saya tidak membuka FB selepas ini


semua adalah kazen2 saya nie :)

thnks kasi kata-kata semangat untuk ija ye abg is n kak long fara.. miza akan cuba sedaya mungkin untuk tidak on fb nie.. kuatkan la miza untuk tidak membuka FB lepas nie.tapi saya berjanji dengan diri sendiri untuk tidak on FB start isnin nie.. kita tengok je la apa yang terjadi selepas nie..mungkin kutuk mengutuk terjadi or akan senyap begitu saja

says no to FB..chaiyokchaiyok :)

Monday, August 8, 2011

Segmen | Blog ku memang lawa dimata Lulu Caldina



  1. Letak header Lulu-Pages dan linkkan ke entri ini dengan tajuk
    "Blog ku memang lawa di mata Lulu Caldina"
  2. Dalam entri tu, silalah tulis apa jer yang korang nak.. ekeke
  3. Dah siap, tinggalkan link entri korang kat komen entri ni
  4. Tarikh Tutup, Rabu ni, 3 petang...



join segmen nie khas untuk suka-suka..5 blog yang terpilih, tapt mcm random la..