Monday, January 30, 2012

Anugerah Juara Lagu ke 26


 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  

Tumblr_lu2lokcuuv1qjrqwlo1_500_large


Keputusan Anugerah Juara Lagu 26/2012

Juara - Hafiz (Awan Nano)

Kedua - 3suara/ning,jac,shila/ (Beribu Sesalan)

Ketiga - Faizal Tahir (Karma)

Vokal Terbaik  - Hafiz (Awan Nano)

Persembahan Terbaik - Alyah (Kisah Hati)










Tahniah kepada Pemenang!!

Kepada yang tidak menang,tahun depan cuba lagi.






Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


Saturday, January 28, 2012

Saturday Story

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  

401479_241129825964445_135481939862568_542706_1730695858_n_large

Hari ini tidak ada cerita yang menarik sangat. Sepatutnya hari ini pergi Sunway Lagoon tetapi tidak jadi sebab ayah Miza tengok cuaca macam hendak hujan. Cancel rancangan itu. Kami tetap keluar rumah menghala ke Seremban untuk setelkan hal ayah. Sempat juga kami menjejakkan kaki di Seremban 2. Ingatkan hendak main bowling tetapi PENUH. Area bowling ada tempat main game, adik Miza ajak main game di situ. Memang terbaiklah sebab kami main meja bola sepak itu /apa ntah nama nye/. Main 3 game, First game, Miza dan Adik Miza vs Ayah dan Mak Miza. Kedua dan ketiga Miza dan Mak Miza vs Ayah dan Adik Miza. Syok habis la kat sana. Macam main betul-betul pula. Jerit-jerit dan hampir nak lompat bila gol. First time Miza main bende mainan itu. Lepas ini hendak main lagi la. Jalan punyalah jalan, terjumpa rantai yang Miza idam-idamkan. Mesti korang akan kata "bataknya budak ni dengan rantai macam tu". Miza tengok kazen Miza dan senior Miza pakai dulu, Nampak cantik dan smart pada pandangan Miza. Cari merata-rata tempat juga. AKHIRNYA jumpa juga. Done my story for today. 



Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Thursday, January 26, 2012

Tempahan Blog di tutup

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
429965_308058685913614_100001284550947_931019_1819376429_n_large

Sedihnya,tiada orang nak buat tempaham kat Miza. Miza tahu Miza tidak cantik edit blog ni. Terbukti pada blog Miza. Tidak mengapalah. Lepas ini Miza tidak mahu buat dah. Miza akan edit secara ikhlas. Ganjaran? Kalau orang itu mahu kasi,Miza terima. Jika tidak,Miza tidak kisah. Enjoy with my blogger. 

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Wednesday, January 25, 2012

Berubah Kembali

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
Tumblr_lxysjrzf1m1qlax91o1_500_large

Twitter sudah berubah rupa. Memang nak faham tu mengambil masa. Yang lama pun Miza tidak faham. Ini dah berubah rupa. Bertambah pening kepala untuk tengok tweet ini. Jom tengok twitter sekarang


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx



Jangan Percaya 100%

406417_263071553757458_193184710746143_712425_386632995_n_large

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  

Hari ini Miza ingi berkongsi sesuatu yang di minati ramai iaitu sifat dan peribadi mengikut kamu anak ke berapa?. Tetapi jangan percaya 100%.


 Anak Sulung
- Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja,mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
 anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
 sering berjaya dalam hidup.
 lebih pandai mengambil hati orang tua.
 mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi

 Anak Tengah
- Biasanya anak tengah lebih pelik dari anak-anak yang lain.Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri, ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab tiu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu. anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
 lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain,
 lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
 sering mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
 sering merasakan diri mereka terpinggir.
 terlalu mengalah.

 Anak Bongsu
- Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memandai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
 happy go-lucky dan yakin diri.
 manja.
 berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
 sukar membuat keputusan sendiri.

 Anak tunggal
- Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. Ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
 sering merasakan diri mereka kesunyian.
 lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
 lebih bijak bergaul.
 lebih cepat matang
 terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
 sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.


anda yang mana satu?
Saya anak SULUNG :)


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Tolong Miza!!


Tumblr_lvjqftkbb51qkccx6o1_500_large 

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  

Miza ingin meminta tolong kepada kawan-kawan semua. Miza ingin meminta tolong awak-awak semua like gambar yang mita pertandingkan. Temanya adalah Best Buddy Contest. Miza berharap agar contest ini ramai yang tekan like gambar tersebut.

cara-cara untuk like seperti di bawah


Step 2: tekan butang like pada gambar yang di pertaruhkan
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=261212360615800&set=a.255446321192404.57078.152886744781696&type=3&theater


Ini adalah gambar yang di pertaruhkan. Pleace tolong Miza kali ini.




PLEACE HELP MIZA!

MIZA BERTERIMA KASIH KEPADA YANG MENOLONG MIZA LIKE GAMBAR MIZA UNTUK CONTEST INI 


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Sunday, January 22, 2012

Minta Maaf =.='

Tumblr_ly4v04jzvn1qk4073o1_500_large

Miza minta maaf sangat² dengan ayat2 kesat yang telah miza lemparkan pada entry sebelum ni. Miza sakit hati sangat dengan lelaki tersebut. Siapa tak marah kan kalau ada orang yang mainkan perasaan kita. Tapi tidak mengapa,Miza anggap itu semua dugaan untuk Miza. Setiap perbuatan ada hikmah nya. Miza akan membuatkan itu suatu pengajaran buat Miza dan anda semua. Jangan terlalu percaya terhadap seseorang tanpa usul periksa. Miza ingin memberitahu tentang ayat ini untuk kamu semua "Kau dah hancurkan kepercayaan terhadap lelaki". Bukan bermaksud Miza dah xde perasaan kepala lelaki tetapi belum masa untuk Miza cintan cintun buat masa sekarang ini. Miza normal person :).  Miza minta maaf sangat².. Setiap manusia mempunyai kesalahan masing². I'm not perfect

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Saturday, January 21, 2012

Kreatifkah Aku

 

Niat dihati buat untuk riak atau takbur tetapi hanya ingin berkongsi dengan anda semua. Miza tahu Miza tidak se kreatif anda..anda..dan anda. Miza bersyukur dengan hasil usaha Miza untuk menyumbangkan sesuatu untuk Pusat Sumber Sekolah(PSS) Miza yang sudah saya tinggalkan. Rindu yang teramat sangat dengan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko. Bayangkan,sudah 5 tahun Miza menjadi Pengawas PSS. Last² sudah tidak bersekolah. Miza menyumbang apa pula untuk PSS? Miza hanya meng-edit blog untuk menampakkan keceriaan di blog PSS supaya pengunjung blog itu merasa ceria dan ingin hadir semula ke blog tersebut. Penyelaras PSS amat menyukainya :).. Alhamdulillah, Miza buat sedaya upaya Miza untuk buat yang terbaik.
Jom lihat hasil Miza 


Jom lihat BLOG PUSAT SUMBER di sini 


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


Friday, January 20, 2012

Lesbian? Siapa

Lesbian?? Oh tidak. Miza nak cerita. Hari ini Miza dah bertunang dengan..dengan..dengan kawan saya. Betul ke pengakuan ini? Siapa pula kawan Miza itu ye? Nama dia Wan Anis Fathiah Binti Wan Sulaiman. Miza lesbian ke sampai bertunang dengan perempuan? Itu hanyalah fake relationship sahaja. Miza dah bosan sebab kosong je relation Miza. Bosan dengan perkataan single. Miza ajak la bestie Miza untuk tukar relation kami. Kami buat hanya suka². Biasalah,dah kata bestie kan. Miza rindu dekat dia sebenarnya. Rindu nak bergaduh, mengajuk, tak nak kawanlah. Macam² kenangan kami bersama walaupun hanya 2 tahun kami bersama. Kalau tidak ada gambar tak sah la kan. Ni la bukti relation kami :)


Untuk melihat selanjutnya




Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


Tuesday, January 17, 2012

Selamat Tahun Baru Cina(akan datang)

campaign image

Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Jom la sama-sama kita klik ini untuk dapat ang pau


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


Move Like Jagger

Jom dengan lagu Move Like Jagger Versi Cover dan Bahasa Melayu 




http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=CtfImnUDoes


http://www.youtube.com/watch?v=r6TDWU0QHjE

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Kanak-kanak Main Gitar,Gempaklah!




Miza godek-godek youtube dan terjumpa video yang sangat menarik perhatian Miza. Kanak-kanak entah berapa umur mereka pandai bermain gitar. Padahal Miza dah belasan tahun ini tidak pandai bermain gitar. Terigin juga bermain gitar. Jom tengok video yang sangat meranik ini.


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gSedE5sU3uc

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Tips: Nak sambung belajar? Mana nak pilih ni?


pro dan contra

Tips and tricks untuk sambung belajar. Mestilah kena pilih yang terbaik untuk diri sendiri. Jadi, hari ni saya nak kongsi kelebihan Matrikulasi, Asasi, Diploma, Tahmidi, tingkat 6 dan sijil. Setiap satu ada pro & contra tersendiri. Credit to Biyha for this.

Sebenarnya, tempat kita nak belajar seperti universiti atau kolej hanyalah menyumbang bawah dari 20% dari pencapaian kita. Selebihnya adalah dari ini inisiatif kita termasuklah ‘nasib’. Kalau usaha di tambah dengan nasib tambah minat tambah rezeki kita itu baik, maka, gempak lah result kita. Kalau tak, memang tak la.

Kelebihan dan kekurangan bagi Matrikulasi, Asasi,diploma,Tahmidi, tingkat 6 dan sijil adalah seperti berikut:
Matrikulasi

 Di bawah kerajaan – Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi.(Pro)
 Nak masuk susah (Contra)
 Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
 Subject yang compact dan pembelajaran yang laju(Contra)
 Kurang praktikal (Contra)
 Perlukan result yang gempak. atau akan di tendang.(Contra)
 Matrik, anda dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
 Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)


Asasi / Foundation

  Kalau dibawah IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa atau Pinjaman PTPTN dan MARA biasanya tidak diberi. (Contra)
 Nak masuk susah (Contra)
 Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
 Kurang praktikal (Contra)
 Perlukan result yang gempak atau akan di tendang.(Contra)
 Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrikulasi. (Pro)
 Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)


Diploma


 Masa pembelajaran yang panjang – Biasanya 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
 Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi dan Tingkat 6 (Pro)
 Lebih peluang kerja – Matrikulasi + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
 Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrikulasi – Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
 Pembelajaran lebih relax. (Pro)
 Mungkin melekakan. (Contra)
 Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi. (Pro)


Tahmidi (USIM)


 ni yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
 Perlu power bahasa arab.


Tingkat 6


 Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
 Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
 Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang anda mahukan. (Super Pro)
 Nak fly ke mana-mana pun tidak ada masalah bila keputusan 3.5 pada aliran sains (Super Pro)
 STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
 STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrikulasi. (Pro)
 STPM science stream, anda dapat pointer dalam 2.75 pun anda mungkin dah boleh kalahkan matrikulasi yang pointer 3.2-3.4 (Pro)


Sijil


 Pra- U (Contra)
 Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
 Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
 Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
 Tidak digalakkan ambil Sijil.

Jadi, korang nak pilih mana kalau nak sambung belajar? Sangat berguna bagi budak lepasan SPM atau yang akan ambil SPM. Saya masih ragu-ragu nak pilih antara Tingkatan 6 atau Diploma.

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx