Wednesday, February 29, 2012

Jealous Dengan Mereka

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 
Tumblr_m04p0qj3nj1qmejd3o1_500_large
hye babe, rindu Miza tak? gedik la pula pagi² nie. Entry ni buat sebelum hendak pergi belajar memandu #ItuPunNakBagitau. Miza seriusly jealous + happy dengan mereka. Siapa pula mereka yang Miza gembar gembur kan ini. Jom kita mengenali mereka lebih dekat



Mereka ini adalah cousin kesayangan Miza #PerempuanTau. Mereka bersama orang tersayang iaitu lelaki yang bersebelahan mereka itu. Mereka sweet like candy kan? secocok gitu. Memang bertuah siapa yang mendapat Aina dan Mizanina ni sebab mereka cantik,comel,pandai dll. Kepada Ikhwan dan Hazia,jaga mereka baik² tau. Jangan sakitkan hati mereka. Miza sayang mereka ketat². Teringin juga ingin mempunyai pasangan seperti mereka tetapi hati ini sudah tertutup buat masa ini selepas di permainkan. Belum jumpa dengan lelaki yang membuka hati Miza kembali. Memang ramai di luar sana yang memenuhi krateria² yang Miza idamkan tetapi mereka sudah mempunyai pasangan. Miza hanya berdoa kepadaNYA kerana jodoh itu Allah yang menentukan. Memang bosan jika tiada pasangan ini tetapi nak buat macam mana, tak jumpa lagi kan? Miza hanya tunggu dan tunggu sehingga jodoh itu datang. Ok la my dear, Miza nak out dulu.Daaa.. Assalamualaikum :)

ini blog mereka :)




I hope you two always happy with your choice :)
If you happy, I will be happy too 


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Sunday, February 19, 2012

Seharian Bersamamu

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

hye babe,miza kembali. dah lama tak update blog ini kan?Rindu sangat² nak update dekat blog yang dah bersarang nie. Miza nak bersih kan kejap.hehe. dah siap kemas. Entry ini banyak dengan gambar :) . So harap bersabar. Miza nak cerita ni hah. Hari jumaat bersamaa 17 feb 2012,Miza hang out dengan cousin Miza, iaitu Aina Wenkwenk , Mizanina Azizan , Ili Nabilah dan Nur Hazirah

Pagi tu kunci jam pukul 8 tapi bangun pukul 7.30 sebab apa?Kena jaga adik la pagi tu sebab mak sedang siap² itu la rutin harian Miza berada di rumah. 8.00 ++ baru la siap²,padahal pukul 8.40 macam tu kene bertolak dari rumah. 8.40. Gerak dari rumah naik bas pukul 9.10 sampai ktm kene tunggu ktm sebab ktm sebelum tu dah terlepas. Tunggu dekat dengan kak zira. Borak punya la borak,ktm dah sampai. Sampai saja di ktm seremban,along bilah jemput kami dengan menaiki kereta barunya menghala ke Jusco,Seremban 2. 

Sampai di Jusco, kami terus book tiket cerita HANTU DALAM BOTOL KICAP 



Selepas beli tiket,kami terus pergi main bowling sebab cerita tu mula pukul 2.00. Memang kelakar la kami main bowling. Miza orang pertama baling bola. Memandangkan bola kat situ lubang2 sume kecik,susah la nak balik. lepastu bola itu bila baling akan lurus,Miza ada biasa baling bola lurus sebab bola Miza bowling hook.


Aktiviti kedua pula adalah main permainan seperti race car. Miza just beli 5 token sahaja. Miza main race car,tembak²,bola keranjang.



Memandangkan perut sudah membuat lagu pelbagai rentak.Kami terus pergi mencari makanan di food court tetapi makanan di situ kami tidak mahu makan. Kami terus pergi ke KFC. Makan sambil bergambar. Itulah hobi kami bertiga.


Jam telah menunjukkan sudah hampir pada pukul 2.00 tetapi belum lagi pergi ke panggung wayang tetapi kami berjalan2 area berhampiran dengan bowling. Sambil itu ami bergambar la. Itu perkara wajib kami


Yeah!! akhirnya jam sudah pukul 2.00. Kami pun masuk dan kami tengok sikit sangat² orang dalam tu. jika dikira termasuk kami,hanya 9orang sahaja.Group kami paling bising dari awal hingga akhir. Kami buat panggung wayang itu macam rumah kami. gelak sekuat2 dan jerit sekuat2 yang kami mahu. Serius kelakar cerita tu. Sakit pipi gelak je kerja kami. Lepas je keluar dari panggung, terjumpa wall yang cantik#warna purple gitu.Kami mula dengan kerja kami iaitu bergambar sekali lagi.


Sebelum balik, ambil gambar ramai². Hubungan kami tidak akan hilang walaupun masing² sibuk dengan hal masing². Lepas ni memang jarang jumpa dengan korang.Masing² lepas ni busy dengan Diploma (Miza,Aina,Mizanina) dan hal masing²(Nabilah,Hazirah). Itulah kami :)


Terima kasih kerana sabar membaca entry yang panjang ini. Sebenarnya banyak lagi hendak cerita tetapi takut korang bosan nak baca pula. Sebelum korang tekan pangkah di atas,tenguk la gambar Miza tidak seberapa ni.

-THE END-

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Thursday, February 16, 2012

Memberi Tenaga

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
Tumblr_lzh09eltvx1r7xn7xo1_r1_500_large

Hari ni kerja Miza adalah kemas bilik supaya nampak bilik tu macam anak dara#kemas je bilik sekarang ni. penat la juga kemas bilik lepastu kemas ruang tamu,mop² semuanya sampai tengah hari Miza kemas. Sekarang Miza hanya merehatkan diri. Tapi tadi Miza buat iklan bookfair untuk Kolej tempat mak kerja iaitu Koleh Poly-Tech MARA (KPTM).  Nasib baik idea ada untuk buat iklan nie. Mak puas hati dengan iklan tu. Jom lah tengok hasilnya

 

Miza tau miza tak se kreatif anda.

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


Saturday, February 11, 2012

Sayang Gila Babeng ♥

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
Tumblr_lxwc2ij7v71qjgdpxo1_500_large

For my little princess, Mahiran bt Jamaluddin : Melan!! aku sayang kau gila babeng la. Kau la kawan aku yang tak akan aku lupa kan. Kau selalu di samping aku. Dah macam adik beradik pula dengan kau. Kau selalu layan peragai aku yang tidak berapa baik ni. Suka mengajuk dan sebagainya. Aku ajak keluar. Kau ok je. Kau kalau boleh nak buat aku happy. Bila aku keluar dengan kau, kau akan ikut je mana aku nak pergi tanpa sebarang bantahan. Even kita keluar berdua je, kita happy kan dear.? Susah nak jumpa kawan macam kau. Lepas ni kita dah tak jumpa sebab kau akan belajar tempat lain. Aku pula kat tempat lain. Kompom jarang jumpa lepas ni. Kau jangan sesekali lupakan aku. Aku tak akan lupa kenangan kau dan aku. Bila aku menangis, kau selalu redakan tangisan aku. Kita selalu kongsi masalah kita . Kau selalu bagi kata-kata semangat untuk aku. Aku ni lemah kalau benda tu memang aku tak boleh nak selesaikan dah. Kau lah jadi kekuatan aku babe. Aku janji, bila aku dah masuk Universiti/Kolej, aku akan tampal gambar-gambar kita dekat meja tempat aku belajar. Nanti kat tempat kau belajar nanti jangan pula lupakan aku. Cepat-cepat la kau berisi. Terasa hendak menangis menulis entry ni. Aku tak boleh bayangkan lepas ni apa akan berlaku dalam kehidupan kita. Bye dear Melan. Entry kali ni khas untuk kau tau dear. 
I LOVE YOU    





Jom terjah facebook dia : Mimie Mia

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Thursday, February 2, 2012

Perang Facebook - Samseng sekolah

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  

Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.
Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.
Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.

Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.
Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.

Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kita sedang menyiasat jumlah pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan sudah kenal pasti empat pelajar perempuan berusia 15 tahun daripada sekolah sama yang disyaki terbabit, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. 



Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Wednesday, February 1, 2012

Apa itu Sayang?

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
Tumblr_lxsgk59fj51qf7ex9o1_500_large
Miza ingin berkongsi tentang kawan² Miza. Miza amat bertuah mendapat kawan seperti mereka. Mereka selalu buat Miza gembira semasa berada di sekolah. Siapakah mereka? jom tengok video di bawah :)






http://www.youtube.com/watch?v=mGAQ_mfviMc&feature=g-upl&context=G2bf8794AUAAAAAAAAAA 


Jangan lupa komen sekali ya :)
Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx