Friday, March 30, 2012

Mykad Baru :)

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
306197_308186429247063_100001671260579_781729_1045089471_n_large

Pada hari khamis bersamaan 28/3/2012, Miza bersama emak dan ayah pergi Jabatan Pendaftaran Negara,Kajang. Kami pergi sana untuk membuat Mykad baru :) . Muka teruja sampai sana sebab Mykad Miza gambar up to date. Nak kata cun xde la cun mana pun just muka anak Raihan ni sudah remaja. Tak sangka dah umur 18 tahun rupanya Miza ni kan. Cepat betol masa berlalu. Masa dekat JPN, tak de la ramai sangat manusia-2 di situ. Nak kata cepat xde la cepat sangat. tak de la tunggu no di panggil sampai 100 orang. Kelakar la juga abang yang jaga kaunter yang Miza pergi untuk membuat pembayaran. Dia tanya Miza "Kompem ke alamat tu betul?" Miza hanya angguk kan kepala je. Dia tanya lagi, Miza pun jawab ye. Malu la abang tu pandang Miza :p . Hari tu senyum je keje Miza dekat kaunter tu. 

No Miza dan mak Miza. sepatutnya ada 2 nombor. Tapi no lagi 1 ayah dah ambil

Miza dah cakap, tak ramai manusia kat situ

Ni lah muka teruja Miza :)

Dalam sebulan baru dapat Mykad baru. Tak sabar la nak tengok Mykad baru bersama rupa yang baru :) Nanti bila dah dapat maykad tu, Miza upload kat blog ni ye :)
Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Wednesday, March 28, 2012

Contest Photographer


hai kawan Miza yang comel, handsome, cantik, smart
Miza nak minta tolong LIKKE gambar i bawah ini
Just tekan pada gambar dan tekan L untuk LIKE :D




Terima Kasih Semua Kawan-2 Miza :)

Monday, March 26, 2012

My Little Bunny (I LOVE YOU)

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
420099_237693576319819_100002375364027_478788_681341146_n_large 

Hello my dear :) Sihat tidak? Kalau sihat bagus sangat-2. Kalau tidak sihat, pergi sana makan ubat. Mai dekat-dekat sini. Miza nak story tentang semalam. Semalam Miza ada event iaitu pergi Seremban Parade untuk Ekspo selangkah ke UiTM. Miza di temani oleh cewek-2 yang cantik iaitu Mizanina, Aina, dan Wani(new friend). Banyak aktiviti kami lakukan di sana, antaranya pergi booth-2 Universiti, karoke, shopping dan merayau. Memang best keluar dengan mereka sebab tidak perlu keluarkan duit if ada paksedara-2 mereka. Tak tahu nak cakap apa dah ni sebab happy tidak terkira. Kita terus tengok gambar-2 kami sahaja je la ye :) 


makan time
bergambar itu keje kami
otw pergi karoke
jom karoke :)
tercipta satu kenangan yang indah bersama mereka 

Dalam perancangan. lepas Miza sudah pass lesen kereta. Kami akan pergi Putrajaya untuk photoshoot dan shopping :)


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Saturday, March 24, 2012

Beriadah bersama keluarga

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 
Tumblr_lxzr6cxzal1qc698io1_1280_large

Holaa. Hari ni Miza bangun awal pada hari Sabtu. Pukul 8.00am Miza bangun walaupwn pukul 3.30am Miza tido. Semalam dalam perancangan kami sekeluarga mahu pergi Main Badminton. Akhirnya rancangan ini berjalan dengan lancar walaupun lambat. Kami main badminton pada pukul 9.00 sehingga 10.30. Seronok sangat main. Mana tidak nya, sudah lama Miza tidak meluangkan masa untuk beriadah bersama keluarga tersayang. Last main badminton pwn masa 2010. So hope you all enjoy

Jom kita tengok gambar ye :)


 
 




Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Friday, March 23, 2012

Segmen : Saya Suka Doodle

 
1. Diminta tengok sponsor segmen kat SINI dan SINI jugak..
2. Buat satu entry bertajuk SEGMEN : Saya Suka Doodle
3. Tempekkan banner comel atas tue kat dalam entry korang tue
4. Berikan Nama ringkas dan warna feveret korang 
Nama : Miza
Warna : Purple (#A901DB or apa2 je janji purple)
5. Diminta like page nie - TEKAN SINI
6. Sila tag 2 rakan blogger korang.
7. Sila tinggalkan URL entry korang di ruangan komen

Sekali lagi Miza ubah

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 
Tumblr_m1auotwhnb1r14zd8o1_500_large 

Tengok blog Miza. dah tukar kan? lebih simple sebelum ini. Sebab mood Miza sama seperti blog ini. simple dan putih sahaja. Bila sudah sambung belajar baru la warna-warna lain kan.heheh. Miza pantang kalau mood baik, mulalah nak edit blog. Tambahan pula jumpa templet yang comel-2 :)

Old skin

New skin winkwink :)

Always in the CONSTRUCTION ok :)

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Thursday, March 22, 2012

Akhirnya terjawab

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera    
416836_402829543065911_276330842382449_1686146_1513508097_n_large 
Hai semua, bangun pagi-2 semuanya suram. Keputusan SPM Miza tidak membanggakan mak dan ayah Miza. Tapi Miza sudah berusaha bukan tidak berusaha. Semalam memang tidak ade perasaan gementar. Otw pergi sekolah baru perasaan itu timbul. Salah Miza juga sebab tidak belajar betol-2. Semua sudah terlambat untuk SPM. Everything is over for me. Miza pergi sekolah di temani oleh mak dan adik Miza. perasaan takut memang ada. Di sekolah ada yang gembira, ada yang sedih dan macam-2 lagi perasaan di sekolah itu. 


Result Miza sememangnya sangat-2 teruk. Tidak mempunyai A tetapi lulus. Apa yang ditarget mendapat A tidak mendapat A. Perasaan kecewa memang ada. Tapi hendak buat macam mana, ini sahaja yang Miza dapat. Miza mendapat 1B+ , 1B , 5C+ , 2E. Tak nak cakap panjang-2, ini la slip exam Miza. Tidak ada yang perlu di banggakan. Memang inilah ganjaran Miza. Padam muka.

Miza memang dah give up. Dah la Jpj gagal. Sekarang result teruk. Mood nak makan pun dah tak de. Miza memang down gila. Cousin-2 Miza semua pandai-2 belaka. Ada yang dapat 4A, 6A tetapi Miza apa yang ada? Tiada A..tiada A... Thanks yang memberi semangat kat Miza. Yang terdiri daripada mak,cousin, mak sedara, cikgu, kawan. Thanks sangat-2 sebab memberi kata-2 semangat untuk Miza/Ija. Sebelum-2 ni memang Miza down sangat-2. Tetapi lepas korang kasi kata-2 semangat, Miza akan sedaya upaya untuk belajar di IPTA/IPTS nanti. Miza akan tunjukkan pada dunia yang Miza boleh lakukan. 

24 dan 25 mac ni Uitm ada Ekspo Selangkah ke UiTM di seluruh negeri. Miza ajak cousin-2 Miza yang pandai-2 tu untuk pergi sama-2. Miza tak nak lepaskan peluang untuk mencuba. Apa-2 pun, tahniah kepada semua Lepasan SPM batch 1994 yang mendapat keputusan yang cemerlang mahupun hanya lulus sahaja. Kita semua memang terbaik :D. Tahniah yo :) Korang da buad yang terbaek dan ingat SPM bukan segala2nya. Nanti kat Matrik,IPTA, IPTSU belajar la betul2 kay ;) 

Miza akan lakukan sebaik mungkin untuk belajar dalam kehidupan selepas ini


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Wednesday, March 21, 2012

Perubahan pada diriku

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   
Z208237239_large 

Setiap manusia akan berubah dari segi mental dan juga fizikal. Sebagai contoh, dahulu Miza seorang yang tidak matang tetapi sekarang sudah matang dari segi akal fikiran, perubahan bentuk badan dan sebagainya. Miza dahulunya bukan seorang yang sensitif tetapi apabila sudah meningkat remaja, perangai sensitif Miza mula bertambah dari hari ke hari. Ramai mengatakan Miza seorang yang tabah dan kuat tetapi itu dari luaran sahaja yang mereka lihat. Cuba kita tengok dari dalaman pula, Miza tidak setabah dan sekuat yang mereka sangka. Hanya tuhan sahaja yang tahu isi hati ini. Banyak comment yang Miza dapat selepas Miza upload gambar ini di facebook. Ada yang mengatakan Miza cun,makin matured, lawa, comel, cantik, bergaya dan sebagainya. Lain orang, lain pendapatnya. Miza tidak pernah membangga dengan istimewa yang telah tuhan berikan kepada Miza tetapi Miza menggunakan keistimewaan Miza ke jalan yang benar. Miza sudah banyak melakukan dosa. Sudah tiba masanya untuk Miza bertaubat kepada-NYA sebelum terlambat. Miza tahu dunia sudah maju, tetapi Miza tidak mahu lalai dengan alam ini. Miza mahu kembali ke jalan yang benar. Sebenarnya Miza nak tunjuk gambar yang Miza upload dekat facebook tu. Jap ye nak cari gambar tu. Mana pula la gambar tu. hah, dah jumpa pwn. Miza upload sekarang ye
comment la kat Miza apa yang perubahan berlaku :)

Doakan Miza untuk result SPM esok tau 

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


Friday, March 16, 2012

Girls Outing ♥

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
425737_253374291412779_159292960820913_550899_123295209_n_large 

hye my dear :) Miza dah lama tak update blog ni kan? Akhir-2 nie mood miza kurang stabil. dah la minggu depan 2 event yang amat mengecutkan perut iaitu test jpj (20 Mac 2012) dan result SPM (21 Mac 2012) keluar. Apa yang Miza harapkan ialah kekuatan hati ini untuk menempuh dugaan yang akan datang. About test jpj, Miza harap apa yang Miza belajar sebelum-2 ini dapat di guna semasa test nanti. Apa yang pentung,jangan nervous dan banyak kan berdoa. Tentang result pula, Miza sudah berusaha sedaya upaya Miza, Miza berdoa dan bertawakal kepada-NYA untuk mendapat keputusan yang cemerlang :)

Ehemm. baca elok-elok tau cerita yang Miza nak cerita ni.
Hari selasa bersamaan 13.3.2012, Miza pergi hang out bersama kawan-2 sekolah Miza seramai 7 orang termasuk Miza. Siapakah mereka itu? Mereka itu adalah Shatul, Thia, Syeera, Alya, Rinie dan kak Rinie*nama dia tak tau la. Tidak ada dalam perancangan Miza pun nak keluar pergi Time Square(TS) bersama mereka tetapi terasa nak ikut mereka pula sebab bosan duduk rumah ini. Hari selasa nak keluar,hari isnin baru minta izin dekat ayah Miza. 

Pada pukul 9.00 bertolak dari ktm ukm dengan Shatul. bila tren dah sampai, jumpa pula dengan ThiaSyeeraAlya. Kitorang la yang paling bising dalam tren tu dengan gelak ketawa kitorg. Sampai je dekat Bandar Tasik Selatan, Miza la jadi guide tour mereka. Mentang-2 la Miza banyak kali pergi TS. Kelakar je diorng ni. Yang paling best bila diowg suruh Miza kira duit yang mereka kene bayar kat Miza untuk beli tiket pergi ke Jalan Hang Tuah. Untung la Miza sebab ambil kos Akaun,blur je otak ni bila suruh kira-2 nie.


Akhirnya sampai juga dekat TS dengan berjalan kaki dari tren. Penat memang la penat. Sampai je kami di sana, kami pergi jalan-2 cari makan. Lepas makan, kami terus pergi Themes Park*first time masuk sana. Syok sangat-2 kat dalam tu. Macam-2 permainan Miza main dalam tu. Paling bestnya semua lelaki yang kerja dalam tu semua hensem..aaaaaa.. suka sangat-2.

Dah main semua dalam Themes Park tu, Miza, 
Shatul, dan Thia pergi food court. Ada accident kat food court tu. Pekerja marah pekerja masa kami hendak beli air*tanjat boboi. Makan punya la makan, kami terus pergi shopping lepas makan tu. Pusing-2 TS sampai penat mencari barang yang Thia nak beli. Sambil pusing-2 TS tu. Miza usha-2 mamat dekat TS tu. Miza beli kemeja dan skirt yang Miza minat.

Tepat pukul 5.00 kami balik. Pukul 7.30 baru sampai rumah. Penat sangat-2 la hari tu sampai masa mak Shatul beli barang Miza dan Shatul tertido dalam kereta. Nampak sangat kami betul-2 penat kan. Balik je rumah, Miza rehat-2 n then mandi. Nasib baik parents tak suruh masak. So apa lagi, kami order la MCD. Itu je la Miza nak cerita. Panjang pula entry kali ini. :) LOVE YOU ALL 

Kalau tak de gambar tidak sah kan? Jom tengok gambar kat bwh ni

  
 
 
 
 
 
 

Lain kali kita pergi lagi ye my dear :)

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Saturday, March 10, 2012

GuGurl GiveAway by Anis Athia

*click banner untuk join

syarat-syarat :
simple sahaja, anda hanya perlu
  1. buat entry bertajuk "GuGurl GiveAway by Anis Athia"
  2. copy banner di atas dan letakkan dalam entry anda serta link kan banner tersebut ke entry ini (click banner then right click, copy/save image)
  3. hantar link entry anda di ruangan comment entry ini sahaja
hadiah :

-1 hadiah misteri untuk top refferal
-1 100% pure silk shawl



-1 jam dari Vincci
-1 jot it down notebook

-1 mini floss and 1 lipbulm from The Body Shop
-2 cotton inner (green and orange) with Sunplay, Skin Aqua BB cream and 1 scarf's pin

tarikh tamat GA : 30 APRIL 2012

Friday, March 9, 2012

Contest Blog Comel + Oh-Seem by Norsyuhada Binti Johan

Tumblr_m0lg40nnnu1rqfn0so1_500_large

Syarat Penyertaan :


Wajib Follow Sweet Bumblebee Blog (KLIK SINI) and Like Sweet Bumblebee Page (KLIK SINI).

Klik pada SEMUA icon-icon dibawah sebagai tanda sokongan menyokong contest ini patut diteruskan.
    

Buat satu entry bertajuk Contest Blog Comel + Oh-Seem by Norsyuhada Binti Johan

Letakkan banner contest ini di post entry anda :

http://i1241.photobucket.com/albums/gg510/NorsyuhadaJohan/ContestBlogComelOhseem.png
*tekan banner untuk join :p 

Tag 3 orang rakan anda dan pastikan mereka ketahuinya

Dah settle semua,jangan lupa tinggal link post anda di ruangan komen entry ini !


Tarikh Tutup :
16 June 2012 tepat jam 12 tengah malam

Hadiah :
Buat masa sekarang misteri,namun akan diumumkan bila tiba masanya nanti =)