Saturday, June 8, 2013

Bahaya Minuman Bergas

8 Jun 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 
Coca cola Bahaya Minuman Bergas
Sebut minuman bergas rasanya ramai dah tahu minuman bergas tak elok untuk diminum kerana kandungan gula yang banyak. Haaaa tapi masih ramai yang buat tak tahu termasuk aku. Kahkahkah! Bukan tak boleh minum cuma beragaklah ye terutama bulan puasa ni. Kali ni aku nak kongsi beberapa kesan buruk yang membahayakan kesihatan korang.
iStock 000001644769Medium Bahaya Minuman Bergas
1) Minuman bergas mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.
2) Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.
3) Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman bergas yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut.
4) Minuman bergas juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.
P/s: Walaupun sedap tapi jangan terlalu taksub untuk minum air bergas. Terlebih kandungan gula bukan saja boleh menyebabkan sakit jantung malah kencing manis dan jugak kegemukan.

Sumber : Penmerah


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Tuesday, June 4, 2013

Result of Matriculation

29 Mei 2013 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 


Sekejap je masa berlalu. Esok adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar Kolej Matrikulasi. Kalau Miza esok bukan hari yang ditunggu sebab saya takut nak ambil keputusan. Yup, esok adalah hari mengetahui keputusan peperiksaan PSPM akhir kami. Miza takut dengan keputusan yang akan Miza perolehi. Keputusan sem 1 Miza tak sampai 3.0 pun, that why Miza takut sangat. Harap-harap keputusan 'total' sem 1 campur sem 2 oklah ye. Ramai sedara mara dan kawan-kawan yang akan bertanyakan keputusan Miza esok.

Tumblr_lfrkyhomtb1qg91e5o1_500_large
Rasanya ni reaction Miza esok

Doakan untuk Miza ye kawan-kawan dan GOOD LUCK untuk kawan-kawan yang lain. 
 Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo