Friday, August 23, 2013

Jalan-jalan hingga penat

23 Ogos 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Hai u ollsss. hari rabu bersamaan dengan 21 ogos kami iaitu Miza dan kawan Miza iaitu Rehan berjaya juga  pergi ke Berjaya Times Square selepas banyak kali nak set time untuk berdating bersama. Miza dari rumah ke KTM keseorangan menaiki teksi lepas tu ke KL Sentral pun juga keseorangan menaiki KTM. Sampai sahaja di KL Sentral Miza jumpa kawan Miza iaitu Rehan. First plan kami pergi ke bank lepas selesai sahaja urusan di bank kami mengisi perut kami yang sedang memanggil dari tadi. Kami pergi Food Court yang ada di KL Sentral untuk urusan isi perut yang telah berkeroncong.


 
Muka kami yang dah kenyang. happy nya :)

Kami teruskan perjalanan kami ke monorel untuk pergi ke Time Square. Sekejap sahaja sudah sampai Time Square. Sampai je di Time Square, kami terus sahaja mencari panggung wayang untuk kami membeli tiket wayang*takkan lah nak beli kasut ye dok?*. Pada mulanya kami tidak tahu nak tengok cerita apa. Last kami beli juga cerita R.I.P.D arahan Robert Schwentk.Cerita ni sangat best penuh dengan adegan aksi, kelakar dan ada zombie lagi tu. Kalau nak tahu pergi lah ramai-ramai ke panggung wayang untuk menyaksikan lebih lanjut*ceh macam promote pula*


Kami sambung perjalan kami dengan SHOPPING. yeah!! I love it. Macam-macam kami cari antaranya beg, kasut, baju, jam dan keperluan lain. Kiranya macam shopping beli barang masuk belajar jugalah. alang-alang dah keluar tu. Kami tak makan tengah hari pun sebab pagi tadi melantak nasi lemah so perut ni kenyang.



Ada lagi best punya cerita. Masa kawan Miza tengah beratur ni ATM. Nak tahu tak group Forteen ada dibelakang kami. Pada mulanya Miza just saja nak pandang belakang tengok ada 3 orang mamat macam kenal tapi buat do no je lah dulu. Miza cuba ingat balik mana jumpa mamat-mamat hensem ni. Miza pusing balik tengok ada seorang je. Miza buat tak tau je la lepas tu pergi ke kanan dan tup tup nampak Lufias Forteen dan One Forteen. Miza pun tak keruan lah dekat situ dan bagitau dekat kawan Miza yang group Forteen ada dekat belakang kami. Miza cakap dekat kawan Miza "jom lepas ni kita bergambar dengan mereka". So, lepas kawan Miza selesai mengeluarkan duit, Miza cakap dekat One yang kami nak bergambar. One pun kata ok je. Kami bergambar dengan mereka bertiga. Lepas je bergambar Miza borak kejap dengan Lufias. Dia tanya Miza tinggal mana? Buat apa dekat sini? Belajar dekat mana?. Masa tu teruja sangat sebab nampak muka hensem mereka.

Muka excited terserlah di situ 

Kami sambung lagi shopping mencari kasut Rehan ni tak jumpa-jumpa dari tadi. Penat kami pusing-pusing satu Time Square tak jumpa juga. Kami ambil keputusan untuk balik. Kami naik monorel ke KL Sentral. Kami makan di KL Sentral untuk mengisi perut kami sudah kelaparan. Kami cari tempat makan yang boleh mengisi perut kami.

bergambar sebelum makan

Masa untuk kami balik selepas perut sudah kenyang masa ni sedih juga la sebab lepas ni tak dapat jumpa sebab masing-masing belajar jauh sikit. Miza study UiTM Shah Alam manakala Rehan di UniKL di KL. Kami tak pasti cuti sem kami sama atau tidak. Kami berpisah di KTM UKM kerana Miza turun di sana manakala Rehan turun di KTM Bangi. Miza sampai rumah pukul 6.15pm. Tidak sampai malam ye sebab nanti parents kami marah.



Harap-harap lepas ni kita dapat hang out kembali dengan Farah, Alin, Ieqa, Hanis, Didi (Anis) dan Farhana. Rindu sangat dekat mereka. Love you all :)


terima kasih meluangkan masa untuk membaca cerita Miza tak tidak seberapa ini 


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Tuesday, August 20, 2013

Surat dari sahabat kepada sahabat

20 Ogos 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 


Tajuk : Buat kamu sahabat


kehadapan miza yang comel ,


terlebih dahulu mohon maaf , susun semua jari andai 
sepanjang persahabatan kita ini mengundang air mata , 
sakit di jiwa , terguris dan segalanya . 
ampun dan maaf dengan tulus ikhlas .

sebenarnya , banyak yang ingin dikatakan tetapi tidak terluah . 
namun ucapan terima kasih itu lebih banyak dari semua perkataan yang ada .

terima kasih miza , kerana sudi jadi sahabat yang sangat baik .
terima kasih kerana selalu peka dengan keadaan sekeliling .

terima kasih miza teman saya pergi shooping .
terima kasih sebab sudi duduk sebelah sentisan masa kelas dan kuliah

terima kasih sebab sudi teman pergi mana-mana .
terima kasih sudi study sesama . tunjuk ajar .
terima kasih kalau kasi tiru assigment itu .

terima kasih miza kerana sudi design baju kelas .
terima kasih sebab bersusah payah atas semuanya.
dari design baju , kutip duit , agihkan baju sampai kami semua pakai.
terima kasih banyak atas pengorbanan itu .

terima kasih miza atas segalanya . kebaikan , kasih sayang .
pengorbanan miza tu . semua tak dapat dibalas .
semua orang pun tak mampu . Allah saja (:

sebenarnya , semua kebaikan , pertolongan cik miza tu , 
saya nampak . apa saja . dari dalam hati , hingga ke mulut .
dari alam maya ke alam realiti . apa saja . semuanya

cuma , saya ini yang jahat . saya ini yang suka buat tak tahu .
suka keraskan hati . malah macam tak nampak , macam buat tak tahu .
semua itu dibuat . di plastikkan . buat macam kejam .

miza ni baik sangat tahu ?  macam mana saya tahu ?
bila saja saya buat tak tahu , bila saya buat macam kejam , 
miza tetap ada disitu . tetap jadi sahabat . tetap dengan baik hatinya (:

mereka selalu cakap saya ni kejam . buat itu ini . 
tetapi percaya la , dari situ , saya tahu siapa yang jujur kawan 
siapa yang setia . siapa yang betul-betul namanya sahabat .
dan miza salah satu antara sahabat saya susah senang (:

cik miza yang baik hati , 
miza ni comel . baik . dari dulu nak cakap . nak beritahu .
tapi macam tak kesampaian . macam tak dapat nak beritahu .

andai ada kecil hati , sepanjang perbuatan , percakapan .
semunaya . saya meminta maaf dari hujung rambut ini hingga hujung kaki .

miza jangan la sedih , kalau ada orang tak suka kawan . 
jadi diri sendiri . jadi orang yang kuat . kuat malah comel (:

terima kasih tidak terhingga . 
saya dengan ini meminta maaf lagi sekali 
semua pekara . sagalanya .
kalau saya boleh hitung air mata itu , saya hitung .
tetapi saya lemah . buat silap . tidak berdaya .
Allah sudah hitung air mata awak . sudah hitung sakit awak .
Moga Allah sentiasa rahmati hidup awak sekeluarga .

dengan tulus ikhlas , terima kasih kerana sudi jadi sahabat , ya ukhti .

sekian , Amelia Azmi 

p/s : andai perlukan apa-apa , susah malah senang , apa-apa khabarkan saja , aku ada (:


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Monday, August 19, 2013

New again

19 Ogos 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Setelah beberapa hari / minggu / bulan Miza tidak online. Kini tiba masanya untuk Miza online kembali. Niat dihati ingin aktif tapi itu la masalahnya tidak ada cerita sangat. Miza akan cuba juga lah. Sebelum raya Miza dah tanam nniat untuk edit blog Miza balik. Yes memang betol Miza dah edit blog Miza dari mcm kebudak-budakan kepada remaja sikit. Lama juga lah Miza edit blog ni. Hasilnya Miza memang memuaskan. Apa lagi. Jom Kita terjah



Harap-harap Miza dapat mengaktifkan diri dalam dunia blogging ini.. InsyaAllah


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo