Sunday, September 1, 2013

Preparation before register

1 September 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Selama 4 bulan Miza telah meninggalkan alam persekolahan atau menjadi pelajar. Seronik ada, bosan ada dan macam-macam perasaan bila duduk di rumah. Sempat juga Miza kerja selama sebulan untuk mengisi masa yang terluang dan juga menambah ilmu alam pekerjaan. Masa untuk menjadi pelajar semakin menghampiri. Sekejap sahaja Miza merasaka masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Esok Miza akan daftar di sebuah Universiti yang juga terkenal iaitu Universiti Teknoli MARA aka UiTM. Alhamdulillah kali ini Miza dapat yang dekat sahaja iaitu di Shah Alam. Tetapi itu hanya sementara sementara kampus Miza yang tetap belum siap. Kampus tetap Miza berada di Jasin, Melaka. Tidak juga terlalu jauh dari umah.

Barang dah kemas. Nak kata banyak bawa barang tu tak lah juga sebab minggu orentasi iaitu di panggil MDS Miza duduk di asrama sementara. Kalau bawa beg or barang banyak-banyak nanti susah nak bawa masa pindah ke asrama tetap. Tapi Miza rasa macam banyak je barrang nak di bawa. Dah cuba untuk mengurangkan barang-barang ni tapi tidak boleh juga. Apa nak buat, badan besar jadi baju pun tebal lah. Baju Miza untuk MDS nanti semua dah gosok. Buatkan ianya menjadi senang.


Esok pukul 5.30am dah kene bangun sebab paling lewat 6.30am kene gerak ke Shah Alam. Cousin Miza ikut esok. Yeah ada teman untuk daftar esok. Adik Miza yang last tu tak ikut sebab nanti susah nak bawa. Dia tu nakal dan tak duduk diam. Dalam seminggu mesti rindu dekat keluarga Miza. Nasib baik kali ni dekat je kene.

Miza harap Miza dapat tempuh menjadi pelajar dengan sempurna.
Dekat setiap sem. Belajar betul2..


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo