Sunday, April 12, 2015

Stress??

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Hai semua. Miza baru nak kembali menghidupkan blog Miza yang omel ni. Stress? Kenapa ni nak stress bagai, chill sudah. Sebenarnya Miza ni asyik terperap je dalam rumah. Masalah kawan, masalah kerja, masalah sendiri semua ada yang membuatkan Miza tertekan jugalah. Fikir punya lah fikir akhirnya dapat idea pergi keluar jalan-jalan. Ada juga masalahnya nak ajak siapa teman Miza berjalan-jalan. Akhirnya jumpa juga orang yang boleh teman Miza jalan-jalan dan dia tak balik minggu ni sebab banyak assingment. Plan punya plan, semalam kami keluar. 

Destinasi pertama kami ialah Pusat Bandar. Pukul 11++ baru keluar rumah. Perut pun dah buat lagu dangdut. Itu menandakan perut ni nak di isi dengan something untuk di makanan. Brup... kenyang alhamdulillah. Apa lagi Shopping oleh kami pun bermula. 


Banyak kedai ternama juga kami masuk semata-masta nak Window Shopping. Korang tau la kan kedai apa yang branded semua ni. Not bad juga harga semua baju tu. Memang tak mampu la Miza nak beli. Single yang boleh dapat Rm10 dekat kedai diorang RM20 sehelai. Boleh beli 2 helai. Banyak lagi lah yang tak dapat Miza nak bagitau. Sendiri mau ingat lah.


Masuk kedai Rubi ingat nak beli baru, last-last Spek Mara juga yang kami beli. Lama juga kami jalan-jalan cari baru yang berkenan. Semua tak de. yang budak ni cari baju denim jeans tak jumpa. Kecil sangat badan tu. Masuk kedai tu dah jumpa tapi saiz tak de. Masuk kedai lain, tengok dari jauh macam plain tapi sebenarnya ada corak. Susah juga cari baju budak kecil ni. Miza layankan je la sebab dia sanggup teman Miza hari ni. Semua kedai dalam Dataran Pahlawan dah pergi, tak jumpa langsung. Last kedai pergi H&M. Masuk kedai tu kami nampak ada baju tu cantik sangat. Hold dulu, masuk dalam lagi tengok baju lain tak berkenan langsung. Try kasut pula. Last-last ambil baju yang berkenan tu tadi. Ni semua sebab budak kecil ni la ajak pergi kedai H&M ni. First time tau beli baju dekat kedai H&M ni. 


Melayang juga duit beli baju ni tapi tak pe sebab Miza puas hati dengan kualiti baju ni. Kami masih tidak berhenti berjalan selagi tidak puas hati. Keluar dari Pusat Bandar kita menghala ke Aeon pula. Lama juga dekat Aeon tu sebab budak kecil ni tak jumpa baju yang dia nak tu. Dia pun patah hati sebab tak jumpa baju yang dia nak. Kami pun singgah Melaka Sentral beli makan untuk dibawa balik untuk makan malam.




Agak lama juga kami berjalan semalam dari tengah hari sampai ke malam semata-mata nak lepaskan tekanan dalam diri ni dan pergi Shopping. Sepatutnta ada main bowling tapi penat dah badan ni berjalan je. Ni antara cara Miza lepaskan stress Miza. Banyak lagi cara Miza lepaskan tekanan Miza dengan cara :
  • Solat
  • Menangis sepuas yang mungkin
  • Mengadu pada orang yang rapat dan tersayang
  • Pergi pantai dan jerit sepuas hati
  • Main bowling



Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Sunday, April 5, 2015

Who I'm at UiTM Jasin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Siapa Miza sebenarnya dekat UiTM Jasin ni?Sudah tentu Miza pelajar disini. Selain itu, Miza juga memegang jawatan di sini iaitu JawatanKuasa Sukan Pelajar(JSP). Masuk dengan semester ni Miza dah 3 sem memegang jawatan ini. Alhamdulillah kerana diberi kekuatan untuk memegang jawatan ini lagi. InsyaAllah selagi Miza kuat, selagi tu jawatan ini Miza pegang. Kalau tak, keluarlah jawabnya. Entah bila pula badan ni nak turun-turun. Asyik stay je berat ni. tak naik, tak turun. Idea tak berapa nak banyak sekarang ni. Kita tengok next pos nanti ye


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo