Showing posts with label diri. Show all posts
Showing posts with label diri. Show all posts

Monday, March 30, 2015

Saya kembali berblogging

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Memandangkan kelas Miza start pukul 2 petang hari ni. Miza ambil peluang untuk update blog Miza yang dah berhabuk ni. Lama juga Miza tinggalkan blog Miza ni dari Jun tahun lepas sampailah ke hari ini.

Busy juga Miza dekat UiTM Jasin ni. Lagi-lagian Miza ni ada jawatan dekat UiTM Jasin. Sekarang dah semester 4, banyak pula projek yang datang. Minggu ni Miza kene hantar 3 assingment/projek tau.. Sangatlah mencabar semester ni.


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Wednesday, February 6, 2013

Always busy


♥ Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

315837_2110183631445_1151241419_32072788_96824413_n_large

Sorry tau kawan2. Miza betol2 x sempat nak update atas sebab Miza busy sangat2. Semester 2 ni Miza punya jadual pack sangat. Cuti pertengahan sem pun seminggu je. Tapi tak pe, ini semua untuk masa depan Miza juga. Ibu bapa Miza juga nak tengok anak dia berjaya dan bahagia masa depan hingga ke akhir hayat. Lagi 2 bulan lagi, Miza dah habis matrik. Sekejap je masa berlalu. Baru je rasa macam semalam masuk matrik. Duduk rumah sekarang ni rasa rindu dekat KMP apabila dekat KMP rindu rumah. Naik cuti dapat keputusan UPS tapi rasa macam x dpt 4flat sebab p.perniagaan tak target A pun. tapi apa2 hal duduk rumah seharian untuk hari ni menghadap laptop je. Esok ingat nak kemas bilik sebelum pergi sekolah lama tapi tak tahu la sempat ke tak. Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi rasanya tunggu akhir matrik baru Miza cerita segala2 nya. TUNGGU YE :D


Lot of Love  ♥
Nur Hamizah xoxo

Wednesday, November 21, 2012

My First Sem


♥ Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥ 


Tumblr_mdt8h35caw1rqzyzdo1_500_large


Entry kali ni panjang ye kawan-kawan. harap korang baca sampai habis lah ye :). Sepanjang Semester 1 Miza berada di Kolej Matrikulasi Perlis(KMP) banyak kenangan pahit dan manis telah Miza lalui. Pada mulanya Miza tak nak pergi sebab jauh sangat tapi ini sahaja peluang yang Miza perolehi. Hampir seminggu juga Miza 'homesick'. Biasalah tak pernah jauh dengan keluarga sejauh dari Selangor ke Perlis untuk beberapa bulan. Inilah dikatakan dengan pengorbanan untuk menimba ilmu yang sangat tidak ternilai harganya. Hampir 6 bulan berada di KMP yang tercinta.
Classmate
First time berada dalam kelas Miza just berkawan dengan seorang kawan yang duduk di sebelah Miza masa hari pertama tu. Dia lah yang paling rapat dengan Miza selama seminggu macam tu lah tak pasti. Lepas tu dia pindah ke UiTM so tinggal lah Miza seorang. Miza tengok semua dalam kelas tu sombong je, tak tengor Miza langsung. Miza pun seorang-seorang lah masa tu tapi kan..kan.. masa tu ada seorang tak datang, so Miza duduk lah sebelah dia. Tak ingat pula nama dia apa sebab dah lama dah berlaku. Bermula dari hari tu Miza cuba beramah mesra dengan semua dalam kelas MIza. Miza rasa kami mula rapat serapatnya masa teacher Yusni minta tolong kami buat banner English Language and Arts Club (ELAC). Masing-masing menunjukkan kerjasama antara kumpulan masing-masing. Memang seronok bila dalam bilik tu hanya tinggal perempuan dan kamera pula ada bersama kami. Bermula dari situ kami akrab se akrab yang boleh. Kami duduk dalam kuliah pun bersama-sama. Kami bagaikan sebuah keluarga yang bahagia. Segala suka dan duka di tempuh bersama. Harap-harap kelas kami mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Harap-harap kita punya jumlah sem 1 dan sem 2 adalah sama iaitu 27 orang. Tak lupa juga Miza harap dapat menjadi ketua yang bertanggungjawab, baik, dan disukai oleh 1 kelas. Good Luck A7T1.
  
A7T1 TERBAIK!!!

Roomate
Banyak sebenarnya nak cerita tentang roomate Miza ni. Mana taknya Miza menghadap muka mereka 24jam dalam bilik tu. First Miza kelas pun dengan Wahyuni. Katil kami sebelah-sebelah je. Orangnya kecil molek dari Kelantan. Dia ni dah biasa duduk asrama so dia pandai bajet barang dia. Kami malu-malu untuk bercakap. Rasa sunyi lah juga masa tu sebab duduk dalam bilik macam sorang-sorang. Berapa hari lepas itu berkenalan pula dengan Dini dan juga Salbiah. Dini berasal dari Kelantan, Salbiah berasal dari Selangor. Mereka duduk seberang sana tapi dalam bilik yang sama. Antara tempat Miza dengan Dini di tengah-tengah ada tempat kami study. Kalau kami berlepak pun dekat tempat kami study. Opss lupa pula nak kenalkan lagi seorang roomate Miza iaitu Umi Amira. Dia sebenarnya penghuni baru bilik kami. Sebelum dia berpindah ke bilik kami, bilik dia berada di tinggat 3. Dia adalah kawan sekolah Salbiah. Pada mulanya Miza, Dini dan Wahyuni tidak suka dia berpindah dalam bilik kami tapi lama-lama kenal dia, kami dah sekepala. Dalam bilik kami ada Kak long(Umi), Kak Ngah(Dini), Kak Cik(Miza), Kak Lang(Wahyuni) dan Kak Bee(Salbiah). Tengok, kami memang macam 1 keluarga yang bahagia tapi ada kalanya ada juga bertangkar. Biasalah masing-masing bukan nya sempurna. Jika kami ada masalah, kami akan setelkan dengan cara yang baik. Yang best tentang mereka ni iaitu mereka suka wat kejutan hari jadi masing-masing. 


Kawad Kuliah
Dalam Semester 1 Kuliah Miza ada kokorikulum so Miza dengan bangganya memilih Kawad Kaki. Kawad Kaki telah sebati dengan Miza dari Miza form1 hingga form5. Miza sambung Miza punya pengalaman kawad di KMP ini. Miza malas nak masuk kelab lain seperti badminton, dll. Berkenalan dengan 1 team adalah syok. Tak pernah jumpa dekat kuliah dapat jumpa di kelab. Mereka dari berlainan kelas seperti A7T2,T3,T4,T5,T6,T7 dan T8. Macam-macam karenah bila bersama mereka dan juga Cikgu Khuzairi yang sporting. Semasa Cikgu Khuzairi beritahu kami tentang pertandingan antara kuliah, Miza sangat-sangat la suka dan akan memasuki pertandingan ini. Kuliah kami ada 26 orang tetapi cikgu hanya nak 16 orang sahaja. Kami adakan pemilihan dan akhirnya Miza dipilih. Setiap hari kami lakukan latihan pada waktu petang. Alhamdulillah kuliah kami menang dalam pertandingan ini. Terbayar juga penat lelah kami selama beberapa minggu kami berlatih. Tak lupa juga, Cikgu Khuzairi cakap Generasi kami yang terbaik :D


bersama Cikgu Khuzairi yang sporting :D

Ini sahaja yang dapat Miza kongsikan bersama semua orang :D
Jika Miza ada masa untuk sem 2. InsyaALLAH Miza akan update

Lot of Love  ♥
Nur Hamizah xxxx

Wednesday, March 21, 2012

Perubahan pada diriku

♥ Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥  
Z208237239_large 

Setiap manusia akan berubah dari segi mental dan juga fizikal. Sebagai contoh, dahulu Miza seorang yang tidak matang tetapi sekarang sudah matang dari segi akal fikiran, perubahan bentuk badan dan sebagainya. Miza dahulunya bukan seorang yang sensitif tetapi apabila sudah meningkat remaja, perangai sensitif Miza mula bertambah dari hari ke hari. Ramai mengatakan Miza seorang yang tabah dan kuat tetapi itu dari luaran sahaja yang mereka lihat. Cuba kita tengok dari dalaman pula, Miza tidak setabah dan sekuat yang mereka sangka. Hanya tuhan sahaja yang tahu isi hati ini. Banyak comment yang Miza dapat selepas Miza upload gambar ini di facebook. Ada yang mengatakan Miza cun,makin matured, lawa, comel, cantik, bergaya dan sebagainya. Lain orang, lain pendapatnya. Miza tidak pernah membangga dengan istimewa yang telah tuhan berikan kepada Miza tetapi Miza menggunakan keistimewaan Miza ke jalan yang benar. Miza sudah banyak melakukan dosa. Sudah tiba masanya untuk Miza bertaubat kepada-NYA sebelum terlambat. Miza tahu dunia sudah maju, tetapi Miza tidak mahu lalai dengan alam ini. Miza mahu kembali ke jalan yang benar. Sebenarnya Miza nak tunjuk gambar yang Miza upload dekat facebook tu. Jap ye nak cari gambar tu. Mana pula la gambar tu. hah, dah jumpa pwn. Miza upload sekarang ye
comment la kat Miza apa yang perubahan berlaku :)

Doakan Miza untuk result SPM esok tau 

Lot of Love  ♥
Nur Hamizah xxxx