Tuesday, May 15, 2012

Saya Menang GuGurl GiveAway by Anis Athia

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 
One_2520direction_2520wallpapen_252004_large

Alhamdulillah, Miza hari ni check dekat dashoard dan saja check nama-2 pemenang GuGurl GiveAway by Anis Athia dan ternyata Miza menang jot it down notebook. Tak percaya jom tengok buktinya. Thanks a lot kak anis :)

http://anisempoi.blogspot.com/2012/05/update-pemenang-gugurl-giveaway-by-anis.html

Comel kan hadiah kita dapat nanti :)

Lot of Love  
Nur Hamizah xxx

Everything is over

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 
 Tumblr_m0lkmyktoo1r1z303o1_500_large
Hubungan saya dengan dia sudah tidak ada apa-2 lagi. Kami telah berpisah pada 11 mei. Walaupun saya denagn dia sudah berpisah tetapi saya tetap sayangkan sehingga malam semalam. Hampir 1 bulan saya mengenali diri dia. Dia telah membuka hati saya untuk bercinta lagi setelah 2 tahun saya membujang a.k.a single. Tiap-tiap hari dia akan cuba menghiburkan diri saya tetapi itu semua hanya tinggal kenangan. Malam semalam saya sungguh sentap dengan ayat awak yang ini 'awk leh x lupakn sy..sbb sy xnk awk wujud dlm hdup sy' sebab yang awak nak tinggalkan saya adalah ' i diffrent because i dont want u love me again..study is first dear.. sorry.. terpkse buat mcm ni.. '. Itu semua hanyalah alasan. Saya tahu awak tidak boleh terima saya seadanya. Kenapa awak berubah selepas kita bertemu? Selepas awak cakap yang awak tak nak saya wujud dalam hidup awak, saya terasa awak tahu tak, saya bagaikan yang saya ini tidak penting langsung dalam hidup awak :( Thanks juga sebab awk cakap buruk-2 pasal saya

Terima kasih kazen miza iaitu Aina dan Mizanina, kak Dayah , my friend, Didie dan lain-lain yang memberi kata-kata semangat untuk menaikkan semangat miza untuk teruskan kehidupan in tanpa dia. InsyaAllah saya akan pegang kata-kata yang telah di berikan oleh abang Azrul 'saya yakin suatu hari bukan saya mencari cinta tetapi cinta yang akan mencari saya.. :D' . InsyaALLAH kalau hati terbuka untuk mencari pengganti dia, saya akan lakukannya/terima seadanya. Semua cakap saya akan mendapat lelaki yang lebih baik dari dia di KMP nanti. InsyaALLAH ye korang kalau sempat nak cari kat sana. :D


 http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/530126_448411071840466_100000147322510_1965152_930855107_n.jpg
Kini tinggal kenangan

Lot of Love  
Nur Hamizah xxx

Friday, May 4, 2012

Fuhh !! Akhirnya siap jua

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 
Tumblr_m3i7xqh00g1rqfn0so1_500_large

Simple update je tau hari ni .

Semalam Alia kawan Miza tempah kat Miza edit blog dia. Akhirnya siap juga edit blog dia. Jom tengok blog dia.Blog dia bertemakan biru, pink. Cantik tak blog dia?

Memerlukan komen anda 


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Wednesday, May 2, 2012

Blog Kami Ada CCTV :D

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 
 Tumblr_lzt93y5yll1rorooko1_500_large_large

Hari ni rajin benar nak update. Masuk kali kedua Miza update. first update ini > klik sini kalau tak sempat baca. Miza baru selesai edit blog cousin Miza iaitu Mizanina. Miza letak CCTV di blog dia dan cousin Miza lagi sorang ni iaitu Aina juga mahukan nya. CCTV terlepak pada bahagian atas kanan blog. Dan inilah hasilnya :




 Nur Mizanina Azizan (Mizanina)

Gempak tak blog kami? Jika mahu gempak seperti kami, tempah pada saya untuk di editkan :) tempahan boleh di lakukan pada link dekat 'Le owner' bahagian bawah ada tulis 'Tempahan'

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Hang Out With Dear Cousin

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
Tumblr_m2ynimz0w21r6pjrio1_500_large

Tarikh: 27 April 2012. 
Masa: 11 pagi - 7 petang
Tempat: Jusco Seremban 2 & Terminal 1 (Negeri Sembilan)
Model and Photographer:  Nur Hamizah Raihan , Nurul Aina FakhiraMizanina Azizan

Dah lama juga Miza tidak update blog. Nak kata busy tak pun sebab jadi penganggur terhormat dekat rumah sebelum masuk sambung belajar. Otak ni tidak berfungsi untuk membuat ayat yang meletop. Baca bismillah sebelum baca cerita Miza ni. Ayat sebelum ni hanyalah permbuka bicara.

Memandangkan kamu semua sudah lihat agenda di atas, so tahu la cerita apa yang Miza nak ceritakan ini. Rancangan ini adalah rancangan last minit. Pada mulanya ingat nak keluar pada hari Rabu tetapi pak sedara saya kerja pada pagi itu dan kami pun tangguh. Last-2 hari Jumaat kami keluar bertiga.

Miza dan Mizanina bertolak dari kajang pada pukul 10.30 pagi. Pada rancangan pukul 10.00 pagi tetapi si Mizanina ni lambat so kena la tangguh. Sampai sahaja kami di KTM Seremban kami terus pergi ke kedai mamak berhampiran untuk bertemu dengan Aina dan pak sedaraku. alang-2 dah sampai kedai mamak, kami makan dulu di sana kerana Miza dan Mizanina tidak sarapan lagi.

Selepas selesai makan makan dan di makan. Kami terus pergi Jusco dengan menaiki teksi. Sampai je di Jusco, terus pergi beli tiket. Kami tengok cerita Battelship. Aina sudah kali kedua tengok cerita ni tetapi Miza dan Mizanina kali pertama. Seronok tengok cerita ni. Miza nak cakap ni gempak sangat-2 tengok cerita Battleship tu.

Sebelum kami pergi tengok wayang, kami pergi karoke dahulu untuk mengisi masa yang lapang sebelum tengok wayang. Kami hanya beli 10 lagu sahaja sebab takut tak sempat nak temgok wayang tu nanti. Dalam karoke tu pun kami bergambar lagi.

Tengok wayang pun selesai juga akhirnya. Terlalu awal kami untuk balik. Jadi kami merancang untuk pergi Terminat 1 untuk window shopping dan jalan-2. Bukan apa, kami kena tunggu bas di situ. Kami pun gerak ke Terminal 1 dengan menaiki teksi lagi. 

Pada pukul 7.00 kami bertolak dari Terminal 1 untuk pulang ke rumah Aina sebab bas tu nak tunggu bas dia penuh baru la dia gerak sampai kami tertidur untuk tunggu bas itu bergerak. Sampai rumah sebelum Magrib. Memang gelap la taman perumahan si Aina ni.

Memang syok keluar bersama mereka bertiga walaupun Seremban sahaja. Dalam rancangan nak pergi putrajaya tetapi Miza tidak kesampaian nak bawa kereta lagi.




Ini dia gambar-2 kami bertiga : 
Otw nak pergi beli tiket
Ini lah tiket wayang kami
Bergambar selepas membeli tiket wayang

 
Kami gilakan karoke
 
Selepas tengok cerita yang gempak gila
 
Sebelum pergi Terminal 1 haruslah bergambar

Saya tahu saya comel *perasan la anak dara Raihan ni

Love you my cousin for thousand years
 

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx