Showing posts with label hang out. Show all posts
Showing posts with label hang out. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Jalan-jalan hingga penat

23 Ogos 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Hai u ollsss. hari rabu bersamaan dengan 21 ogos kami iaitu Miza dan kawan Miza iaitu Rehan berjaya juga  pergi ke Berjaya Times Square selepas banyak kali nak set time untuk berdating bersama. Miza dari rumah ke KTM keseorangan menaiki teksi lepas tu ke KL Sentral pun juga keseorangan menaiki KTM. Sampai sahaja di KL Sentral Miza jumpa kawan Miza iaitu Rehan. First plan kami pergi ke bank lepas selesai sahaja urusan di bank kami mengisi perut kami yang sedang memanggil dari tadi. Kami pergi Food Court yang ada di KL Sentral untuk urusan isi perut yang telah berkeroncong.


 
Muka kami yang dah kenyang. happy nya :)

Kami teruskan perjalanan kami ke monorel untuk pergi ke Time Square. Sekejap sahaja sudah sampai Time Square. Sampai je di Time Square, kami terus sahaja mencari panggung wayang untuk kami membeli tiket wayang*takkan lah nak beli kasut ye dok?*. Pada mulanya kami tidak tahu nak tengok cerita apa. Last kami beli juga cerita R.I.P.D arahan Robert Schwentk.Cerita ni sangat best penuh dengan adegan aksi, kelakar dan ada zombie lagi tu. Kalau nak tahu pergi lah ramai-ramai ke panggung wayang untuk menyaksikan lebih lanjut*ceh macam promote pula*


Kami sambung perjalan kami dengan SHOPPING. yeah!! I love it. Macam-macam kami cari antaranya beg, kasut, baju, jam dan keperluan lain. Kiranya macam shopping beli barang masuk belajar jugalah. alang-alang dah keluar tu. Kami tak makan tengah hari pun sebab pagi tadi melantak nasi lemah so perut ni kenyang.



Ada lagi best punya cerita. Masa kawan Miza tengah beratur ni ATM. Nak tahu tak group Forteen ada dibelakang kami. Pada mulanya Miza just saja nak pandang belakang tengok ada 3 orang mamat macam kenal tapi buat do no je lah dulu. Miza cuba ingat balik mana jumpa mamat-mamat hensem ni. Miza pusing balik tengok ada seorang je. Miza buat tak tau je la lepas tu pergi ke kanan dan tup tup nampak Lufias Forteen dan One Forteen. Miza pun tak keruan lah dekat situ dan bagitau dekat kawan Miza yang group Forteen ada dekat belakang kami. Miza cakap dekat kawan Miza "jom lepas ni kita bergambar dengan mereka". So, lepas kawan Miza selesai mengeluarkan duit, Miza cakap dekat One yang kami nak bergambar. One pun kata ok je. Kami bergambar dengan mereka bertiga. Lepas je bergambar Miza borak kejap dengan Lufias. Dia tanya Miza tinggal mana? Buat apa dekat sini? Belajar dekat mana?. Masa tu teruja sangat sebab nampak muka hensem mereka.

Muka excited terserlah di situ 

Kami sambung lagi shopping mencari kasut Rehan ni tak jumpa-jumpa dari tadi. Penat kami pusing-pusing satu Time Square tak jumpa juga. Kami ambil keputusan untuk balik. Kami naik monorel ke KL Sentral. Kami makan di KL Sentral untuk mengisi perut kami sudah kelaparan. Kami cari tempat makan yang boleh mengisi perut kami.

bergambar sebelum makan

Masa untuk kami balik selepas perut sudah kenyang masa ni sedih juga la sebab lepas ni tak dapat jumpa sebab masing-masing belajar jauh sikit. Miza study UiTM Shah Alam manakala Rehan di UniKL di KL. Kami tak pasti cuti sem kami sama atau tidak. Kami berpisah di KTM UKM kerana Miza turun di sana manakala Rehan turun di KTM Bangi. Miza sampai rumah pukul 6.15pm. Tidak sampai malam ye sebab nanti parents kami marah.



Harap-harap lepas ni kita dapat hang out kembali dengan Farah, Alin, Ieqa, Hanis, Didi (Anis) dan Farhana. Rindu sangat dekat mereka. Love you all :)


terima kasih meluangkan masa untuk membaca cerita Miza tak tidak seberapa ini 


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Friday, November 23, 2012

Happy Together with Them


 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  

15982_391609400916285_1812125227_n_large

Hello my friend. Semalam Miza keluar berjalan-jalan dengan Alyn dan Iqa pergi Time Square(TS). Dalam rancangan sebenarnya nak pergi dengan Hanis, Fara, Iqa, Alyn dan Farhana tetapi masing-masing busy so jadi la hanya kami bertiga(Miza, Alyn dan Iqa). Miza yang ajak mereka keluar untuk mengubati kerinduan setelah lama tidak jumpa mereka. Aktivit kami adalah main bowling, makan, menonton wayang dan karoke. Banyak juga la kami lakukan semalam sampai pkul 6 lebih baru bertolak dari TS untuk pulang ke rumah. Seronok keluar dengan mereka. Kami sempatberkongsi cerita dan sebagainya. Bowling dekat TS mahal sangat. nasib baik Miza bawa kad pelajar dapat la murah dari RM5.00 kepada RM3.50. lepas tu kami pergi makan. Masa makan jumpa pula si Roslan. Dia tengok je Miza, Miza tak perasan pun dia masa tu. Tepat pada pukul 1.50pm kami pergi menonton wayang cerita ISTANBUL AKU DATANG*sebenarnya 1.40pm lewat masuk sebab pergi solat. Dah habis menonton wayang, kami terus pergi karoke. Karoke dekat TS tak syok langsung, pergi Arau lagi best :). Pergi shopping lepas tu. itu perkara wajib untuk Miza. Shopping apa je. Just beli beg dompet dan Pore Pack. Tak lupa juga pergi beli Cool Blog. Kakak kerja dekat situ kelaka la suka kacau Alyn. Kesian Miza tengok Alyn kene kacau dengan akak-akak tu. Setelah penat merayau, kami terus menghala kan diri kami ke komuter*ramai orang woo semalam. Thanks ayah sebab jemput kami dari KTM Kajang. Lewat juga la kami balik semalam dalam pukul 7 lebih sebelum Mahgrib tak silap Miza lah. Badan dah penat tetapi Miza tidur lewat juga semalam. Harap-harap nanti dekat Matrik tidak terbawa-bawa penyakit tidur lambat bangun lambat. Selamat berhibur membaca ayat Miza yang panjang lebar ni :)


ISTANBUL AKU DATANG

Kami buddys tak akan terpisah :)


Lot of Love  
Nur Hamizah xoxo

Wednesday, May 2, 2012

Hang Out With Dear Cousin

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
Tumblr_m2ynimz0w21r6pjrio1_500_large

Tarikh: 27 April 2012. 
Masa: 11 pagi - 7 petang
Tempat: Jusco Seremban 2 & Terminal 1 (Negeri Sembilan)
Model and Photographer:  Nur Hamizah Raihan , Nurul Aina FakhiraMizanina Azizan

Dah lama juga Miza tidak update blog. Nak kata busy tak pun sebab jadi penganggur terhormat dekat rumah sebelum masuk sambung belajar. Otak ni tidak berfungsi untuk membuat ayat yang meletop. Baca bismillah sebelum baca cerita Miza ni. Ayat sebelum ni hanyalah permbuka bicara.

Memandangkan kamu semua sudah lihat agenda di atas, so tahu la cerita apa yang Miza nak ceritakan ini. Rancangan ini adalah rancangan last minit. Pada mulanya ingat nak keluar pada hari Rabu tetapi pak sedara saya kerja pada pagi itu dan kami pun tangguh. Last-2 hari Jumaat kami keluar bertiga.

Miza dan Mizanina bertolak dari kajang pada pukul 10.30 pagi. Pada rancangan pukul 10.00 pagi tetapi si Mizanina ni lambat so kena la tangguh. Sampai sahaja kami di KTM Seremban kami terus pergi ke kedai mamak berhampiran untuk bertemu dengan Aina dan pak sedaraku. alang-2 dah sampai kedai mamak, kami makan dulu di sana kerana Miza dan Mizanina tidak sarapan lagi.

Selepas selesai makan makan dan di makan. Kami terus pergi Jusco dengan menaiki teksi. Sampai je di Jusco, terus pergi beli tiket. Kami tengok cerita Battelship. Aina sudah kali kedua tengok cerita ni tetapi Miza dan Mizanina kali pertama. Seronok tengok cerita ni. Miza nak cakap ni gempak sangat-2 tengok cerita Battleship tu.

Sebelum kami pergi tengok wayang, kami pergi karoke dahulu untuk mengisi masa yang lapang sebelum tengok wayang. Kami hanya beli 10 lagu sahaja sebab takut tak sempat nak temgok wayang tu nanti. Dalam karoke tu pun kami bergambar lagi.

Tengok wayang pun selesai juga akhirnya. Terlalu awal kami untuk balik. Jadi kami merancang untuk pergi Terminat 1 untuk window shopping dan jalan-2. Bukan apa, kami kena tunggu bas di situ. Kami pun gerak ke Terminal 1 dengan menaiki teksi lagi. 

Pada pukul 7.00 kami bertolak dari Terminal 1 untuk pulang ke rumah Aina sebab bas tu nak tunggu bas dia penuh baru la dia gerak sampai kami tertidur untuk tunggu bas itu bergerak. Sampai rumah sebelum Magrib. Memang gelap la taman perumahan si Aina ni.

Memang syok keluar bersama mereka bertiga walaupun Seremban sahaja. Dalam rancangan nak pergi putrajaya tetapi Miza tidak kesampaian nak bawa kereta lagi.




Ini dia gambar-2 kami bertiga : 
Otw nak pergi beli tiket
Ini lah tiket wayang kami
Bergambar selepas membeli tiket wayang

 
Kami gilakan karoke
 
Selepas tengok cerita yang gempak gila
 
Sebelum pergi Terminal 1 haruslah bergambar

Saya tahu saya comel *perasan la anak dara Raihan ni

Love you my cousin for thousand years
 

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx






Monday, March 26, 2012

My Little Bunny (I LOVE YOU)

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
420099_237693576319819_100002375364027_478788_681341146_n_large 

Hello my dear :) Sihat tidak? Kalau sihat bagus sangat-2. Kalau tidak sihat, pergi sana makan ubat. Mai dekat-dekat sini. Miza nak story tentang semalam. Semalam Miza ada event iaitu pergi Seremban Parade untuk Ekspo selangkah ke UiTM. Miza di temani oleh cewek-2 yang cantik iaitu Mizanina, Aina, dan Wani(new friend). Banyak aktiviti kami lakukan di sana, antaranya pergi booth-2 Universiti, karoke, shopping dan merayau. Memang best keluar dengan mereka sebab tidak perlu keluarkan duit if ada paksedara-2 mereka. Tak tahu nak cakap apa dah ni sebab happy tidak terkira. Kita terus tengok gambar-2 kami sahaja je la ye :) 


makan time
bergambar itu keje kami
otw pergi karoke
jom karoke :)
tercipta satu kenangan yang indah bersama mereka 

Dalam perancangan. lepas Miza sudah pass lesen kereta. Kami akan pergi Putrajaya untuk photoshoot dan shopping :)


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Saturday, March 24, 2012

Beriadah bersama keluarga

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 
Tumblr_lxzr6cxzal1qc698io1_1280_large

Holaa. Hari ni Miza bangun awal pada hari Sabtu. Pukul 8.00am Miza bangun walaupwn pukul 3.30am Miza tido. Semalam dalam perancangan kami sekeluarga mahu pergi Main Badminton. Akhirnya rancangan ini berjalan dengan lancar walaupun lambat. Kami main badminton pada pukul 9.00 sehingga 10.30. Seronok sangat main. Mana tidak nya, sudah lama Miza tidak meluangkan masa untuk beriadah bersama keluarga tersayang. Last main badminton pwn masa 2010. So hope you all enjoy

Jom kita tengok gambar ye :)


 
 




Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Friday, March 16, 2012

Girls Outing ♥

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
425737_253374291412779_159292960820913_550899_123295209_n_large 

hye my dear :) Miza dah lama tak update blog ni kan? Akhir-2 nie mood miza kurang stabil. dah la minggu depan 2 event yang amat mengecutkan perut iaitu test jpj (20 Mac 2012) dan result SPM (21 Mac 2012) keluar. Apa yang Miza harapkan ialah kekuatan hati ini untuk menempuh dugaan yang akan datang. About test jpj, Miza harap apa yang Miza belajar sebelum-2 ini dapat di guna semasa test nanti. Apa yang pentung,jangan nervous dan banyak kan berdoa. Tentang result pula, Miza sudah berusaha sedaya upaya Miza, Miza berdoa dan bertawakal kepada-NYA untuk mendapat keputusan yang cemerlang :)

Ehemm. baca elok-elok tau cerita yang Miza nak cerita ni.
Hari selasa bersamaan 13.3.2012, Miza pergi hang out bersama kawan-2 sekolah Miza seramai 7 orang termasuk Miza. Siapakah mereka itu? Mereka itu adalah Shatul, Thia, Syeera, Alya, Rinie dan kak Rinie*nama dia tak tau la. Tidak ada dalam perancangan Miza pun nak keluar pergi Time Square(TS) bersama mereka tetapi terasa nak ikut mereka pula sebab bosan duduk rumah ini. Hari selasa nak keluar,hari isnin baru minta izin dekat ayah Miza. 

Pada pukul 9.00 bertolak dari ktm ukm dengan Shatul. bila tren dah sampai, jumpa pula dengan ThiaSyeeraAlya. Kitorang la yang paling bising dalam tren tu dengan gelak ketawa kitorg. Sampai je dekat Bandar Tasik Selatan, Miza la jadi guide tour mereka. Mentang-2 la Miza banyak kali pergi TS. Kelakar je diorng ni. Yang paling best bila diowg suruh Miza kira duit yang mereka kene bayar kat Miza untuk beli tiket pergi ke Jalan Hang Tuah. Untung la Miza sebab ambil kos Akaun,blur je otak ni bila suruh kira-2 nie.


Akhirnya sampai juga dekat TS dengan berjalan kaki dari tren. Penat memang la penat. Sampai je kami di sana, kami pergi jalan-2 cari makan. Lepas makan, kami terus pergi Themes Park*first time masuk sana. Syok sangat-2 kat dalam tu. Macam-2 permainan Miza main dalam tu. Paling bestnya semua lelaki yang kerja dalam tu semua hensem..aaaaaa.. suka sangat-2.

Dah main semua dalam Themes Park tu, Miza, 
Shatul, dan Thia pergi food court. Ada accident kat food court tu. Pekerja marah pekerja masa kami hendak beli air*tanjat boboi. Makan punya la makan, kami terus pergi shopping lepas makan tu. Pusing-2 TS sampai penat mencari barang yang Thia nak beli. Sambil pusing-2 TS tu. Miza usha-2 mamat dekat TS tu. Miza beli kemeja dan skirt yang Miza minat.

Tepat pukul 5.00 kami balik. Pukul 7.30 baru sampai rumah. Penat sangat-2 la hari tu sampai masa mak Shatul beli barang Miza dan Shatul tertido dalam kereta. Nampak sangat kami betul-2 penat kan. Balik je rumah, Miza rehat-2 n then mandi. Nasib baik parents tak suruh masak. So apa lagi, kami order la MCD. Itu je la Miza nak cerita. Panjang pula entry kali ini. :) LOVE YOU ALL 

Kalau tak de gambar tidak sah kan? Jom tengok gambar kat bwh ni

  
 
 
 
 
 
 

Lain kali kita pergi lagi ye my dear :)

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx