Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

Monday, July 6, 2015

The 9th University internation sport fiesta 2014

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Masih ingat lagi detik cemas apa bila Miza dapat Universiti dari Sri Lanka. Cemas tak cemas juga la sebab kene speaking dengan mereka. Nasib baiklah Miza dapat berdua bersama Shahzwan, kalau sorang-sorang rasanya terkial-kial juga lah. Last nanti kita kenalkan siapa Shahzwan tu sebenarnya. First job yang dapat iaitu pergi KLIA jemput universiti yang Miza ditugaskan menjaga sepanjang mereka berada di Malaysia. Pergi dengan Suri dan Nas(permintaan dia nak ikut). Bangun awal pagi semata-mata nak smpai awal dekat KLIA. Muka masing-masing muka freesh kononnya nak jemput orang luar katanya. Lama juga la tunggu mereka. Ni Miza jemput half dari atlet universiti yang Miza pegang. Lagi half Wan yang jemput.


Malam tu adalah malam pembukaan dan atlet-atlet Miza semua merayau dari smpai Malaysia hingga nak dekat pembukaan ni. Mengamuk juga lah dekat diorg. Dah janji kata balik 1jam sebelum pembukaan,last-last sampai UiTM lagi 10 minit majlis pembukaan tu. Sampai je mereka dekat UiTM baru la nak gelabah. 


Bermulalah majlis pembukaan The 9th University internation sport fiesta 2014. Miza handle half dari mereka dan Wan handle lagi half dekat KLIA. Penat juga la jaga mereka ni. Boleh pengsan masa tu sebab kene jaga 2 orang dari universiti yang Suri jaga, Nasib baik ada Gloria tengah free. So dia yang handle uni Suri punya. Mesti korang nak kenal siapa la gerangan Universiti yang Miza kene handle tu. 

Mereka ni semua dari University Of Peradeniya, Sri Lanka. Ni half dari mereka. Ada Shah Rukh Khan tak? Memang tidak la ada cita dia. Miza lah paling menyelah dekat situ. Tengok muka diorang dah tau diorg ni nampak degil. Lama Miza jaga mereka sampai Miza rapat dengan mereka. Jaga mereka memang susah tapi ada yang boleh jaga diri. Ada malam tu kami dibawa ke KLCC. Kami di escort oleh polis. First time ni, waa banyak seronok.


Kalau tak bergambar dalam bas tu memang bukan kami lah. Sebelum bertolak, Kita bergambar lah dulu. Walaupun denkat belakang tu gelap pun boleh. Seronok masing-masing nak pergi KLCC. Seperti biasa, Diorang akan buli Miza. Tak kira tempat diorang ni. Ada masa je buli Miza puas-puas. Yang tak boleh tahan tu Wan pun join buli Miza. 



Last night with them. Pejam celik pejam celik, malam tu adalah malam terakhir kami bersama. Buli membuli. kenen mengenen, kacau mengacau semua menjadi kenangan. Makan malam bersama meraka. Gamabr bersama atlet Ragbi je yang ada, dengan yang lain tak de rasanya yang ramai-ramai. Diorang ni je yang rapat dengan Miza. Nak buat macam manakan.


Hantar bodyguard semua balik ke negara mereka. Half KLIA 1 dan half lagi KLIA 2. Bergambar sebelum berpisah. Ada antara mereka yang last sem masa ni dan ada yang dah graduate sekarang ni. So tak dapat lah rasanya tahun ni jumpa yang dah graduate tu. 


Sekarang ingin perkenalkan semua LO(Liaison Officer) UiSF 2014. Gembira dapat jumpa dengan korang. Masing-masing dari course yang berlainan tapi kita tetap bersama. Thanks korang. Tak sabar nak jumpa tahun ni punya UiSF. 


Hah ni la dia Shahzwan yang Miza nak kenalkan tu. Dia ni dari course education. English dia memang tiptop lah kan. Bakal cikgu la kot dia ni. Tak de dia ni rasanya terkontang kating kot Miza masa tu. Nice to meet you Wan. 


Throwback je semua ni sebab tak sabar nak jumpa diorang tahun ni punya event.
For student/atlet University of Peradeniya. I miss you guys. 
Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Friday, August 23, 2013

Jalan-jalan hingga penat

23 Ogos 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Hai u ollsss. hari rabu bersamaan dengan 21 ogos kami iaitu Miza dan kawan Miza iaitu Rehan berjaya juga  pergi ke Berjaya Times Square selepas banyak kali nak set time untuk berdating bersama. Miza dari rumah ke KTM keseorangan menaiki teksi lepas tu ke KL Sentral pun juga keseorangan menaiki KTM. Sampai sahaja di KL Sentral Miza jumpa kawan Miza iaitu Rehan. First plan kami pergi ke bank lepas selesai sahaja urusan di bank kami mengisi perut kami yang sedang memanggil dari tadi. Kami pergi Food Court yang ada di KL Sentral untuk urusan isi perut yang telah berkeroncong.


 
Muka kami yang dah kenyang. happy nya :)

Kami teruskan perjalanan kami ke monorel untuk pergi ke Time Square. Sekejap sahaja sudah sampai Time Square. Sampai je di Time Square, kami terus sahaja mencari panggung wayang untuk kami membeli tiket wayang*takkan lah nak beli kasut ye dok?*. Pada mulanya kami tidak tahu nak tengok cerita apa. Last kami beli juga cerita R.I.P.D arahan Robert Schwentk.Cerita ni sangat best penuh dengan adegan aksi, kelakar dan ada zombie lagi tu. Kalau nak tahu pergi lah ramai-ramai ke panggung wayang untuk menyaksikan lebih lanjut*ceh macam promote pula*. 


Kami sambung perjalan kami dengan SHOPPING. yeah!! I love it. Macam-macam kami cari antaranya beg, kasut, baju, jam dan keperluan lain. Kiranya macam shopping beli barang masuk belajar jugalah. alang-alang dah keluar tu. Kami tak makan tengah hari pun sebab pagi tadi melantak nasi lemah so perut ni kenyang.



Ada lagi best punya cerita. Masa kawan Miza tengah beratur ni ATM. Nak tahu tak group Forteen ada dibelakang kami. Pada mulanya Miza just saja nak pandang belakang tengok ada 3 orang mamat macam kenal tapi buat do no je lah dulu. Miza cuba ingat balik mana jumpa mamat-mamat hensem ni. Miza pusing balik tengok ada seorang je. Miza buat tak tau je la lepas tu pergi ke kanan dan tup tup nampak Lufias Forteen dan One Forteen. Miza pun tak keruan lah dekat situ dan bagitau dekat kawan Miza yang group Forteen ada dekat belakang kami. Miza cakap dekat kawan Miza "jom lepas ni kita bergambar dengan mereka". So, lepas kawan Miza selesai mengeluarkan duit, Miza cakap dekat One yang kami nak bergambar. One pun kata ok je. Kami bergambar dengan mereka bertiga. Lepas je bergambar Miza borak kejap dengan Lufias. Dia tanya Miza tinggal mana? Buat apa dekat sini? Belajar dekat mana?. Masa tu teruja sangat sebab nampak muka hensem mereka.

Muka excited terserlah di situ 

Kami sambung lagi shopping mencari kasut Rehan ni tak jumpa-jumpa dari tadi. Penat kami pusing-pusing satu Time Square tak jumpa juga. Kami ambil keputusan untuk balik. Kami naik monorel ke KL Sentral. Kami makan di KL Sentral untuk mengisi perut kami sudah kelaparan. Kami cari tempat makan yang boleh mengisi perut kami.

bergambar sebelum makan

Masa untuk kami balik selepas perut sudah kenyang masa ni sedih juga la sebab lepas ni tak dapat jumpa sebab masing-masing belajar jauh sikit. Miza study UiTM Shah Alam manakala Rehan di UniKL di KL. Kami tak pasti cuti sem kami sama atau tidak. Kami berpisah di KTM UKM kerana Miza turun di sana manakala Rehan turun di KTM Bangi. Miza sampai rumah pukul 6.15pm. Tidak sampai malam ye sebab nanti parents kami marah.



Harap-harap lepas ni kita dapat hang out kembali dengan Farah, Alin, Ieqa, Hanis, Didi (Anis) dan Farhana. Rindu sangat dekat mereka. Love you all :)


terima kasih meluangkan masa untuk membaca cerita Miza tak tidak seberapa ini 


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo