Tuesday, November 27, 2012

35 Petua Pelajar Cemerlang


boystudy
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Saturday, November 24, 2012

Sunway Lagoon my destination


 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  

Tumblr_lu5n030fml1r35wguo1_500_large_large

Hari ni Miza gembira sangat keluar dengan family Miza just pergi Sunway Lagoon je, tak yah pergi jauh-jauh. Esok Miza dah balik Perlis untuk memulakan kembali sesi pembelajaran seperti biasa setelah 2 minggu bercuti tetapi yang lain nya adalah Semtester kali ini adalah semester 2. Cepatnya masa berlalu. Kita sambung balik cerita yang telah lencong tadi. Pagi tadi hujan, ingatkan tak jadi keluar so Miza sambung lah tidur balik. Selepas Miza bangun je Miza tanya ayah Miza jadi pergi ke tak? Ayah Miza kata jadi, so happy lah Miza. Sampai sahaja di Sunway Lagoon apa lagi beli tiket dan masuk. First aktiviti adalah mandi..terjun.. dan menyelam. Aktiviti yang Miza tunggu-tunggu adalah aktivti yang merbahaya. Syok sangat-sangat sebab impian Miza sudah tercapai. Banyak juga permainan yang Miza main di situ. Pukul 6 petang Miza baru balik. Lama juga kami berada di Sunway Lagoon itu. Thanks alot to my family because make me happy today :D



Nanti kalau pergi Sunway Lagoon lagi nak masuk Scream Park 


Lot of Love  
Nur Hamizah xoxo

Friday, November 23, 2012

Happy Together with Them


 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  

15982_391609400916285_1812125227_n_large

Hello my friend. Semalam Miza keluar berjalan-jalan dengan Alyn dan Iqa pergi Time Square(TS). Dalam rancangan sebenarnya nak pergi dengan Hanis, Fara, Iqa, Alyn dan Farhana tetapi masing-masing busy so jadi la hanya kami bertiga(Miza, Alyn dan Iqa). Miza yang ajak mereka keluar untuk mengubati kerinduan setelah lama tidak jumpa mereka. Aktivit kami adalah main bowling, makan, menonton wayang dan karoke. Banyak juga la kami lakukan semalam sampai pkul 6 lebih baru bertolak dari TS untuk pulang ke rumah. Seronok keluar dengan mereka. Kami sempatberkongsi cerita dan sebagainya. Bowling dekat TS mahal sangat. nasib baik Miza bawa kad pelajar dapat la murah dari RM5.00 kepada RM3.50. lepas tu kami pergi makan. Masa makan jumpa pula si Roslan. Dia tengok je Miza, Miza tak perasan pun dia masa tu. Tepat pada pukul 1.50pm kami pergi menonton wayang cerita ISTANBUL AKU DATANG*sebenarnya 1.40pm lewat masuk sebab pergi solat. Dah habis menonton wayang, kami terus pergi karoke. Karoke dekat TS tak syok langsung, pergi Arau lagi best :). Pergi shopping lepas tu. itu perkara wajib untuk Miza. Shopping apa je. Just beli beg dompet dan Pore Pack. Tak lupa juga pergi beli Cool Blog. Kakak kerja dekat situ kelaka la suka kacau Alyn. Kesian Miza tengok Alyn kene kacau dengan akak-akak tu. Setelah penat merayau, kami terus menghala kan diri kami ke komuter*ramai orang woo semalam. Thanks ayah sebab jemput kami dari KTM Kajang. Lewat juga la kami balik semalam dalam pukul 7 lebih sebelum Mahgrib tak silap Miza lah. Badan dah penat tetapi Miza tidur lewat juga semalam. Harap-harap nanti dekat Matrik tidak terbawa-bawa penyakit tidur lambat bangun lambat. Selamat berhibur membaca ayat Miza yang panjang lebar ni :)


ISTANBUL AKU DATANG

Kami buddys tak akan terpisah :)


Lot of Love  
Nur Hamizah xoxo

Wednesday, November 21, 2012

My First Sem


 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  


Tumblr_mdt8h35caw1rqzyzdo1_500_large


Entry kali ni panjang ye kawan-kawan. harap korang baca sampai habis lah ye :). Sepanjang Semester 1 Miza berada di Kolej Matrikulasi Perlis(KMP) banyak kenangan pahit dan manis telah Miza lalui. Pada mulanya Miza tak nak pergi sebab jauh sangat tapi ini sahaja peluang yang Miza perolehi. Hampir seminggu juga Miza 'homesick'. Biasalah tak pernah jauh dengan keluarga sejauh dari Selangor ke Perlis untuk beberapa bulan. Inilah dikatakan dengan pengorbanan untuk menimba ilmu yang sangat tidak ternilai harganya. Hampir 6 bulan berada di KMP yang tercinta.
Classmate
First time berada dalam kelas Miza just berkawan dengan seorang kawan yang duduk di sebelah Miza masa hari pertama tu. Dia lah yang paling rapat dengan Miza selama seminggu macam tu lah tak pasti. Lepas tu dia pindah ke UiTM so tinggal lah Miza seorang. Miza tengok semua dalam kelas tu sombong je, tak tengor Miza langsung. Miza pun seorang-seorang lah masa tu tapi kan..kan.. masa tu ada seorang tak datang, so Miza duduk lah sebelah dia. Tak ingat pula nama dia apa sebab dah lama dah berlaku. Bermula dari hari tu Miza cuba beramah mesra dengan semua dalam kelas MIza. Miza rasa kami mula rapat serapatnya masa teacher Yusni minta tolong kami buat banner English Language and Arts Club (ELAC). Masing-masing menunjukkan kerjasama antara kumpulan masing-masing. Memang seronok bila dalam bilik tu hanya tinggal perempuan dan kamera pula ada bersama kami. Bermula dari situ kami akrab se akrab yang boleh. Kami duduk dalam kuliah pun bersama-sama. Kami bagaikan sebuah keluarga yang bahagia. Segala suka dan duka di tempuh bersama. Harap-harap kelas kami mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Harap-harap kita punya jumlah sem 1 dan sem 2 adalah sama iaitu 27 orang. Tak lupa juga Miza harap dapat menjadi ketua yang bertanggungjawab, baik, dan disukai oleh 1 kelas. Good Luck A7T1.
  
A7T1 TERBAIK!!!

Roomate
Banyak sebenarnya nak cerita tentang roomate Miza ni. Mana taknya Miza menghadap muka mereka 24jam dalam bilik tu. First Miza kelas pun dengan Wahyuni. Katil kami sebelah-sebelah je. Orangnya kecil molek dari Kelantan. Dia ni dah biasa duduk asrama so dia pandai bajet barang dia. Kami malu-malu untuk bercakap. Rasa sunyi lah juga masa tu sebab duduk dalam bilik macam sorang-sorang. Berapa hari lepas itu berkenalan pula dengan Dini dan juga Salbiah. Dini berasal dari Kelantan, Salbiah berasal dari Selangor. Mereka duduk seberang sana tapi dalam bilik yang sama. Antara tempat Miza dengan Dini di tengah-tengah ada tempat kami study. Kalau kami berlepak pun dekat tempat kami study. Opss lupa pula nak kenalkan lagi seorang roomate Miza iaitu Umi Amira. Dia sebenarnya penghuni baru bilik kami. Sebelum dia berpindah ke bilik kami, bilik dia berada di tinggat 3. Dia adalah kawan sekolah Salbiah. Pada mulanya Miza, Dini dan Wahyuni tidak suka dia berpindah dalam bilik kami tapi lama-lama kenal dia, kami dah sekepala. Dalam bilik kami ada Kak long(Umi), Kak Ngah(Dini), Kak Cik(Miza), Kak Lang(Wahyuni) dan Kak Bee(Salbiah). Tengok, kami memang macam 1 keluarga yang bahagia tapi ada kalanya ada juga bertangkar. Biasalah masing-masing bukan nya sempurna. Jika kami ada masalah, kami akan setelkan dengan cara yang baik. Yang best tentang mereka ni iaitu mereka suka wat kejutan hari jadi masing-masing. 


Kawad Kuliah
Dalam Semester 1 Kuliah Miza ada kokorikulum so Miza dengan bangganya memilih Kawad Kaki. Kawad Kaki telah sebati dengan Miza dari Miza form1 hingga form5. Miza sambung Miza punya pengalaman kawad di KMP ini. Miza malas nak masuk kelab lain seperti badminton, dll. Berkenalan dengan 1 team adalah syok. Tak pernah jumpa dekat kuliah dapat jumpa di kelab. Mereka dari berlainan kelas seperti A7T2,T3,T4,T5,T6,T7 dan T8. Macam-macam karenah bila bersama mereka dan juga Cikgu Khuzairi yang sporting. Semasa Cikgu Khuzairi beritahu kami tentang pertandingan antara kuliah, Miza sangat-sangat la suka dan akan memasuki pertandingan ini. Kuliah kami ada 26 orang tetapi cikgu hanya nak 16 orang sahaja. Kami adakan pemilihan dan akhirnya Miza dipilih. Setiap hari kami lakukan latihan pada waktu petang. Alhamdulillah kuliah kami menang dalam pertandingan ini. Terbayar juga penat lelah kami selama beberapa minggu kami berlatih. Tak lupa juga, Cikgu Khuzairi cakap Generasi kami yang terbaik :D


bersama Cikgu Khuzairi yang sporting :D

Ini sahaja yang dapat Miza kongsikan bersama semua orang :D
Jika Miza ada masa untuk sem 2. InsyaALLAH Miza akan update

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

Ubah lagi


 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
Hari ni Miza ubah lagi design Blog Miza. Kerja Miza sekarang ubah..ubah dan ubah blog  bagi puasa hati ni.Semalam punya design Miza tidak berapa minat sbb *hanya Miza je yang boleh tahu :) Esok start Miza update tentang Kehidupan Miza di Matrik. Hope you all will enjoy with my blog


Blog Miza nampak ceria je kan? Miza suka design sekarang ni :)


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


Monday, November 19, 2012

Perubahan mendadak

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  

Sebenarnya dah lama tak edit blog ni. Segalanya sudah lupa. Hari ni Miza try untuk edit blog tapi rasanya dah tak secantik dahulu. Miza edit simple2 je untuk kali ini. Lepas habis study mungkin Miza akan kecimpung balik untuk edit blog ni. Lama juga lah Miza cuba untuk edit blog nie. Hanya ini sahaja yang Miza mampu. At least Miza ubah juga blog Miza dengan wajah yang baru. Mana tahu lepas ni Miza rajin untuk update blog. Untuk tidak membuang waktu, kita tengok je la hasil yang tidak seberapa ini. 





Komen lah ye kawan2
Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


Thursday, November 8, 2012

I'm back


Assalamualaikum awak semua, Miza kembali setelah lama Miza menghilangkan diri tanpa update blog ni. Dah usang blog Miza nie. Lama sangat tak jenguk blog kesayangan . Last update pun pada 6 Jun, hampir 5 bulan juga lah kan? Tak pandai cari masa untuk update blog nie. Jadual padat sangat-sangat. Online facebook dan twitter pun kejap-kajap je. Miza dah habis final exam untuk semester 1 tu yang update blog ni  tapi still tak boleh rumah sebab ada peperiksaan MUET hari sabtu ni. Doakan Miza boleh buat tau kawan-kawan. Banyak benda nak share tapi mungkin dalam 2 minggu cuti Miza update panjang sikit. Banyak kenangan sepanjang semester 1 dekat Kolej Matrikulasi Perlis(KMP). 

Tunggu update seterusnya...




Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx