Friday, September 2, 2016

Week 3 : My Internship Story

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Ehemmm.. Memandangkan sekarang kerja tak de, Miza nak update pasal hari-hari Miza berintern. Miza nak story ni. Dah 3 minggu Miza praktikal dekat company Yayasan Inovasi Malaysia(YIM). Syarikat ini terletaknya di Cyberjaya. Dalam syarikat ni ada bawahnya iaitu YTR  dan YPS. So Miza ni under YTR. YTR ni stand for YIM Technology Resourse. Miza kan course Computer Science(CS), so mesti lah under technology. Alphamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Miza punya Penyelia En Amerridzal tapi Miza apa-apa hal akan berhubung dengan Akak Bella sebab dia macam penolong En Amerr ni. Miza kerja dengan Abg Hafizan yang more to CS ni. Belit-belit juga lah kalau korang nak faham. Syarikat ni banyak pergi outstation. Minggu lepas Miza dah pergi site visit untuk ada event akan datang. first time ye Miza pergi outstation ni tapi tak de lah jauh sangat, ust dekat MRSM Sg Besar je. Sebelum cerita panjang. Miza nak tunjuk company yang Miza praktikal. 


Tadaaa.. Tu lah syarikat yang Miza praktikal. Memang tak besar tapi under MOSTI tau syarikat ni sebab ianya more to INOVATION product orang lain. Ada tournament yang dilakukan. Seluruh negeri akan diorang pergi termasuk Sabah dan Serawak. First week Miza ditugaskan untuk buat buku manual. Half Abg Hafizan buat dan half lagi Miza yaag buat. Miza punya part dah siap tapi Abg Hafizan punya belom. Nanti dah siap baru combine then print buku tu. Dalam buat buku manual tu. macam-macam Abg Hafizan ajar pasal computer, pasal AI and much more. Next day Miza kene buat Banner website YIM untuk hari kemerdekaan. 3 kali juga betolkan untuk memuaskan hati orang atasan.  Hari ni Miza join jadi experiment satu product ni. Not bad lah, ianya macam monopoli. Tapi more to Islamic dan product ni tak jual lagi. That why kami jadi experiment untuk inprove kan lagi product tu. Nak tunjuk tak boleh sebab product tak di keluarkan lagi. Setakat ni tu je lah Miza nak story pasal internship Miza yang baru 3 minggu ni.

Walaupun Abg Hafizan cacat tetapi banyak ilmu yang dia ada. Dia juga banyak story untuk cerita

Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Thursday, September 1, 2016

Pencarian Bloglist September 2016 di Blog Lyssasecret.Com

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

  1. http://www.lyssasecret.com/2016/07/rahsia-penjagaan-muka-lyssa-agar.html
  2. http://www.lyssasecret.com/2012/09/tips-rahsia-lyssa-menghilangkan-jerawat.html
  3. http://www.lyssasecret.com/2016/03/ahraz-hair-serum-dapat-atasi-masalah.html




Monday, July 6, 2015

The 9th University internation sport fiesta 2014

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Masih ingat lagi detik cemas apa bila Miza dapat Universiti dari Sri Lanka. Cemas tak cemas juga la sebab kene speaking dengan mereka. Nasib baiklah Miza dapat berdua bersama Shahzwan, kalau sorang-sorang rasanya terkial-kial juga lah. Last nanti kita kenalkan siapa Shahzwan tu sebenarnya. First job yang dapat iaitu pergi KLIA jemput universiti yang Miza ditugaskan menjaga sepanjang mereka berada di Malaysia. Pergi dengan Suri dan Nas(permintaan dia nak ikut). Bangun awal pagi semata-mata nak smpai awal dekat KLIA. Muka masing-masing muka freesh kononnya nak jemput orang luar katanya. Lama juga la tunggu mereka. Ni Miza jemput half dari atlet universiti yang Miza pegang. Lagi half Wan yang jemput.


Malam tu adalah malam pembukaan dan atlet-atlet Miza semua merayau dari smpai Malaysia hingga nak dekat pembukaan ni. Mengamuk juga lah dekat diorg. Dah janji kata balik 1jam sebelum pembukaan,last-last sampai UiTM lagi 10 minit majlis pembukaan tu. Sampai je mereka dekat UiTM baru la nak gelabah. 


Bermulalah majlis pembukaan The 9th University internation sport fiesta 2014. Miza handle half dari mereka dan Wan handle lagi half dekat KLIA. Penat juga la jaga mereka ni. Boleh pengsan masa tu sebab kene jaga 2 orang dari universiti yang Suri jaga, Nasib baik ada Gloria tengah free. So dia yang handle uni Suri punya. Mesti korang nak kenal siapa la gerangan Universiti yang Miza kene handle tu. 

Mereka ni semua dari University Of Peradeniya, Sri Lanka. Ni half dari mereka. Ada Shah Rukh Khan tak? Memang tidak la ada cita dia. Miza lah paling menyelah dekat situ. Tengok muka diorang dah tau diorg ni nampak degil. Lama Miza jaga mereka sampai Miza rapat dengan mereka. Jaga mereka memang susah tapi ada yang boleh jaga diri. Ada malam tu kami dibawa ke KLCC. Kami di escort oleh polis. First time ni, waa banyak seronok.


Kalau tak bergambar dalam bas tu memang bukan kami lah. Sebelum bertolak, Kita bergambar lah dulu. Walaupun denkat belakang tu gelap pun boleh. Seronok masing-masing nak pergi KLCC. Seperti biasa, Diorang akan buli Miza. Tak kira tempat diorang ni. Ada masa je buli Miza puas-puas. Yang tak boleh tahan tu Wan pun join buli Miza. 



Last night with them. Pejam celik pejam celik, malam tu adalah malam terakhir kami bersama. Buli membuli. kenen mengenen, kacau mengacau semua menjadi kenangan. Makan malam bersama meraka. Gamabr bersama atlet Ragbi je yang ada, dengan yang lain tak de rasanya yang ramai-ramai. Diorang ni je yang rapat dengan Miza. Nak buat macam manakan.


Hantar bodyguard semua balik ke negara mereka. Half KLIA 1 dan half lagi KLIA 2. Bergambar sebelum berpisah. Ada antara mereka yang last sem masa ni dan ada yang dah graduate sekarang ni. So tak dapat lah rasanya tahun ni jumpa yang dah graduate tu. 


Sekarang ingin perkenalkan semua LO(Liaison Officer) UiSF 2014. Gembira dapat jumpa dengan korang. Masing-masing dari course yang berlainan tapi kita tetap bersama. Thanks korang. Tak sabar nak jumpa tahun ni punya UiSF. 


Hah ni la dia Shahzwan yang Miza nak kenalkan tu. Dia ni dari course education. English dia memang tiptop lah kan. Bakal cikgu la kot dia ni. Tak de dia ni rasanya terkontang kating kot Miza masa tu. Nice to meet you Wan. 


Throwback je semua ni sebab tak sabar nak jumpa diorang tahun ni punya event.
For student/atlet University of Peradeniya. I miss you guys. 
Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Tuesday, June 30, 2015

Susah tak?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Pejam celik pejam celik dah 13 Ramdhan dah hari ni. Rasanya semua tau UiTM sekarang sedang menghadapi pepereiksaan. Ramai yang tanya, "Miza ambil course apa?", "Susah tak". Miza ambil course Multimedia Computing untuk pengetahuan semua. Nak kata susah tu semua course ada senang dan susahnya. Ada yang kenal Miza kata "Eh bukan dulu masa sekolah kau ambil akaun ke? Asal tiba-tiba course ni pula. Jauh tu bidangnya". Pada Miza, mungkin ini rezeki Miza yang Allah dah tentukan. Pada mulanya memang rasa macam tak boleh terima tapi Miza belajar untuk terima juga. Alhamdulillah dah Semester 4 Miza dalam course ni. Course ni banyak main coding tau. Pada mula memang susah sebab tak pernah belajar benda coding-coding ni tapi subjek yang ada coding la Miza lepas. 


Rasanya tak lambat lagi kot nak tayang jadual exam ni. Dah lepas 4 paper. Ada lagi 3 paper dan yahoo cuti. Sekarang tengah ada gap untuk next paper. Sebelum ni tak de gap langsung. Penat juga lah nak terkejar-kejar study yang tu study yang ni. Harap semunya lulus. Kalau dapat keputusan cemerlang tu Miza dah rasa bersyukur sangat. Course ni pada Miza susah juga tapi Miza berusaha juga untuk dapat yang terbaik. Kadang-kadang kena bersyukur dengan apa yang kita dapat, setimpal dengan usaha kita, kalau tak dapat, kita usaha lagi. Doa ibu bapa, doa kita, semua main peranan untuk kita berjaya.


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Sunday, April 12, 2015

Stress??

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Hai semua. Miza baru nak kembali menghidupkan blog Miza yang omel ni. Stress? Kenapa ni nak stress bagai, chill sudah. Sebenarnya Miza ni asyik terperap je dalam rumah. Masalah kawan, masalah kerja, masalah sendiri semua ada yang membuatkan Miza tertekan jugalah. Fikir punya lah fikir akhirnya dapat idea pergi keluar jalan-jalan. Ada juga masalahnya nak ajak siapa teman Miza berjalan-jalan. Akhirnya jumpa juga orang yang boleh teman Miza jalan-jalan dan dia tak balik minggu ni sebab banyak assingment. Plan punya plan, semalam kami keluar. 

Destinasi pertama kami ialah Pusat Bandar. Pukul 11++ baru keluar rumah. Perut pun dah buat lagu dangdut. Itu menandakan perut ni nak di isi dengan something untuk di makanan. Brup... kenyang alhamdulillah. Apa lagi Shopping oleh kami pun bermula. 


Banyak kedai ternama juga kami masuk semata-masta nak Window Shopping. Korang tau la kan kedai apa yang branded semua ni. Not bad juga harga semua baju tu. Memang tak mampu la Miza nak beli. Single yang boleh dapat Rm10 dekat kedai diorang RM20 sehelai. Boleh beli 2 helai. Banyak lagi lah yang tak dapat Miza nak bagitau. Sendiri mau ingat lah.


Masuk kedai Rubi ingat nak beli baru, last-last Spek Mara juga yang kami beli. Lama juga kami jalan-jalan cari baru yang berkenan. Semua tak de. yang budak ni cari baju denim jeans tak jumpa. Kecil sangat badan tu. Masuk kedai tu dah jumpa tapi saiz tak de. Masuk kedai lain, tengok dari jauh macam plain tapi sebenarnya ada corak. Susah juga cari baju budak kecil ni. Miza layankan je la sebab dia sanggup teman Miza hari ni. Semua kedai dalam Dataran Pahlawan dah pergi, tak jumpa langsung. Last kedai pergi H&M. Masuk kedai tu kami nampak ada baju tu cantik sangat. Hold dulu, masuk dalam lagi tengok baju lain tak berkenan langsung. Try kasut pula. Last-last ambil baju yang berkenan tu tadi. Ni semua sebab budak kecil ni la ajak pergi kedai H&M ni. First time tau beli baju dekat kedai H&M ni. 


Melayang juga duit beli baju ni tapi tak pe sebab Miza puas hati dengan kualiti baju ni. Kami masih tidak berhenti berjalan selagi tidak puas hati. Keluar dari Pusat Bandar kita menghala ke Aeon pula. Lama juga dekat Aeon tu sebab budak kecil ni tak jumpa baju yang dia nak tu. Dia pun patah hati sebab tak jumpa baju yang dia nak. Kami pun singgah Melaka Sentral beli makan untuk dibawa balik untuk makan malam.




Agak lama juga kami berjalan semalam dari tengah hari sampai ke malam semata-mata nak lepaskan tekanan dalam diri ni dan pergi Shopping. Sepatutnta ada main bowling tapi penat dah badan ni berjalan je. Ni antara cara Miza lepaskan stress Miza. Banyak lagi cara Miza lepaskan tekanan Miza dengan cara :
  • Solat
  • Menangis sepuas yang mungkin
  • Mengadu pada orang yang rapat dan tersayang
  • Pergi pantai dan jerit sepuas hati
  • Main bowling



Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Sunday, April 5, 2015

Who I'm at UiTM Jasin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Siapa Miza sebenarnya dekat UiTM Jasin ni?Sudah tentu Miza pelajar disini. Selain itu, Miza juga memegang jawatan di sini iaitu JawatanKuasa Sukan Pelajar(JSP). Masuk dengan semester ni Miza dah 3 sem memegang jawatan ini. Alhamdulillah kerana diberi kekuatan untuk memegang jawatan ini lagi. InsyaAllah selagi Miza kuat, selagi tu jawatan ini Miza pegang. Kalau tak, keluarlah jawabnya. Entah bila pula badan ni nak turun-turun. Asyik stay je berat ni. tak naik, tak turun. Idea tak berapa nak banyak sekarang ni. Kita tengok next pos nanti ye


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Monday, March 30, 2015

Saya kembali berblogging

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Memandangkan kelas Miza start pukul 2 petang hari ni. Miza ambil peluang untuk update blog Miza yang dah berhabuk ni. Lama juga Miza tinggalkan blog Miza ni dari Jun tahun lepas sampailah ke hari ini.

Busy juga Miza dekat UiTM Jasin ni. Lagi-lagian Miza ni ada jawatan dekat UiTM Jasin. Sekarang dah semester 4, banyak pula projek yang datang. Minggu ni Miza kene hantar 3 assingment/projek tau.. Sangatlah mencabar semester ni.


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Sunday, June 29, 2014

Hari-Hariku di UiTM Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

#CampakBelakang
Hai uolls.. Dah lama tak nampak Miza update blog ni kan? Sorry sangat-sangat. Miza tak sempat nak update sebab busy sangat dengan kelas, assingment, aktiviti dekat kolej, AJKnya lagi dan Miza join under Seketeriat Mahasiswa Fakulti iaitu Mahasiswa Aktif. Miza pun tak tau macam mana blogger popular dapat bahagikan masa mereka untuk update blog dengan aktiviti harian mereka. Pada mulanya Miza ingat nak aktif balik mengupdate blog masa awal masuk IPTA. Hampir 5 atau 6 bulan Miza berada di UiTM Shah Alam. Banyak kenangan yang diukir setiap saat, minit, jam, hari, minggu, dan bulan. Hari ni Miza baru nak mengimbau kembali kenangan semasa Miza di UiTM Shah Alam. Miza amat merindui kenangan manis or pahit berada di UiTM Shah Alam semasa Miza Semester 1. Ramai kenalan Miza semasa di UiTM Shah Alam. Banyak aktiviti Miza join semasa disana. Antaranya Kokorikulum (Kesatrian Negara), SAF (Sukan Antara Fakulti), dan banyak lagi. This is my family (Roomate). Ni masa event PPW.

(Miza, Fatin, Fara, Piqa)

Masa inilah kami berempat sudah bermula rapat. Kami like family. Miza, Fatin dan Fara study dekat UiTM Kampus Jasin. Piqa yang tinggal di UiTM Shah Alam. Masa tenguk gambar-gambar ni balik. Miza rindu dengan kegembiraan kami berempat. Pergi beli makan sama-sama. Pergi fakulti sama-sama. Makan sama-sama. Belajar sama-sama. Busy sama-sama. Banyak benda yang Miza rindu. Kami disini amat merinduimu Safiqah Shahirah. Nanti kalau kami disini ada masa kami akan datang Shah Alam dan jumpa awak ye. Love you Piqa. 

 

Kenangan bersama Safiqah Shahirah

Miza ni jenis yang tak boleh duduk diam. Miza join event lagi. Sebenarnya Miza tak tau event apa sebab benda tu dirahsiakan. Miza pun ikut je lah. Nama event ni iaitu Fast Event. Tup tup eventnya adalah kira undi*Miza tak suka politik ye. Dari situ Miza mula mengenali dua orang ni iaitu Azryn dan Athirah. Azryn juga tertinggal di UiTM Shah Alam. Athirah ikut kami bertiga ke UiTM Kampus Jasin. 

Kenangan bersama Azryn

Seterusnya kita sambung kembali dengan event ke Gunung Angsi anjuran SMF(Seketeriat Mahasiswa Fakulti) khas untuk Mahasiswa Aktif. Dengan event-event macam ni Miza kenal dengan ramai orang. Hampir semua SMF Miza kenal. Kalau Miza tak join memang taklah Miza kenal dengan SMF ni. Ni nak cerita yang Miza kenal Pak Cik Keerol dari Fast Event. Tak sangka jumpa dia semasa nak naik Gunung Angsi ni. Dari situ Miza dan Fatin mula rapat dengan dia. Dia baik dan suka kacau kitorang. Kitorang pun suka kacau dia. Sampai sekarang kami berhubung. Walaupun kami berjauhan. Nanti datang sini lagi tau pak cik

Ini lah dia Pak Cik Keerol kami
 

Kenangan bersama SMF dan MA(Mahasiswa Aktif)

UiTM Shah Alam ada menganjurkan SAF (Sukan Antara Fakulti). Miza saja mencuba nasib. Pada mulanya Miza tak terpilih tapi disebabkan Kak Jaja ada hal. Miza ganti tempat dia. Miza satu-satunya Part1 paling muda dikalangan mereka. Mereka yang selalu beri semangat kepada Miza jika Miza down. Kami peserta perempuan dapat tempat naib johan. Alhamdulillah. 

*Sorry gambar geng lelaki tak de

Apabila ada perlawanan mesti ada penutupkan? Untuk SAF ni ada juga penutup. Penutup kali ni buat pembarisan. Pembarisan ni best iaitu membuat persembahan*joget-joget, menari. Walaupun kami tidak menang. Tapi kami tetap enjoy. 

 Kenal dengan ramai lagi :)

Last tau, dekat atas Miza ada cakap Miza AJKkan. Miza AJK IPM(Multimedia) untuk Kolej Melati. Ni first event Miza sebagai AJK. Biasalah keje mesti ada yang baik dan buruk tapi biaar kami je yang tahu. Semuanya berjalan dengan lancar. Mereka berpuas hati dengan kerja yang Miza lakukan. Nama event ni Fiesta Salad. Memang seronoklah kan. Makanan merata-rata. Buat kerja sambil makan. Makanan semua berkhasiat ok. Ada buah, sayur. Miza bedal buah itu sudah semestinya. 


Kami AJK yang awesome

Itulah sebahagian cerita Miza yang datangnya dari UiTM Shah Alam. Baru sem1 dah aktif macam ni. Kan best kalau still ada dekat UiTM Shah Alam. Dekat UiTM Kampus Jasin ni tak berapa banyak event yang ada. Nak tau lebih lanjut. Tunggu sampai final exam habis. Sebenarnya sekarang ni berlangsungnya final exam. Idea nak study tidak ada, so Miza ambil keputusan untuk update blog yang dah berhabuk ini.


Doakan kejayaan Miza dan kawan-kawan ye
*Muka first paper berakhir. Berjuang untuk paper seterusnya.

Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

Sunday, September 1, 2013

Preparation before register

1 September 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Selama 4 bulan Miza telah meninggalkan alam persekolahan atau menjadi pelajar. Seronik ada, bosan ada dan macam-macam perasaan bila duduk di rumah. Sempat juga Miza kerja selama sebulan untuk mengisi masa yang terluang dan juga menambah ilmu alam pekerjaan. Masa untuk menjadi pelajar semakin menghampiri. Sekejap sahaja Miza merasaka masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Esok Miza akan daftar di sebuah Universiti yang juga terkenal iaitu Universiti Teknoli MARA aka UiTM. Alhamdulillah kali ini Miza dapat yang dekat sahaja iaitu di Shah Alam. Tetapi itu hanya sementara sementara kampus Miza yang tetap belum siap. Kampus tetap Miza berada di Jasin, Melaka. Tidak juga terlalu jauh dari umah.

Barang dah kemas. Nak kata banyak bawa barang tu tak lah juga sebab minggu orentasi iaitu di panggil MDS Miza duduk di asrama sementara. Kalau bawa beg or barang banyak-banyak nanti susah nak bawa masa pindah ke asrama tetap. Tapi Miza rasa macam banyak je barrang nak di bawa. Dah cuba untuk mengurangkan barang-barang ni tapi tidak boleh juga. Apa nak buat, badan besar jadi baju pun tebal lah. Baju Miza untuk MDS nanti semua dah gosok. Buatkan ianya menjadi senang.


Esok pukul 5.30am dah kene bangun sebab paling lewat 6.30am kene gerak ke Shah Alam. Cousin Miza ikut esok. Yeah ada teman untuk daftar esok. Adik Miza yang last tu tak ikut sebab nanti susah nak bawa. Dia tu nakal dan tak duduk diam. Dalam seminggu mesti rindu dekat keluarga Miza. Nasib baik kali ni dekat je kene.

Miza harap Miza dapat tempuh menjadi pelajar dengan sempurna.
Dekat setiap sem. Belajar betul2..


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo


Friday, August 23, 2013

Jalan-jalan hingga penat

23 Ogos 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥

Hai u ollsss. hari rabu bersamaan dengan 21 ogos kami iaitu Miza dan kawan Miza iaitu Rehan berjaya juga  pergi ke Berjaya Times Square selepas banyak kali nak set time untuk berdating bersama. Miza dari rumah ke KTM keseorangan menaiki teksi lepas tu ke KL Sentral pun juga keseorangan menaiki KTM. Sampai sahaja di KL Sentral Miza jumpa kawan Miza iaitu Rehan. First plan kami pergi ke bank lepas selesai sahaja urusan di bank kami mengisi perut kami yang sedang memanggil dari tadi. Kami pergi Food Court yang ada di KL Sentral untuk urusan isi perut yang telah berkeroncong.


 
Muka kami yang dah kenyang. happy nya :)

Kami teruskan perjalanan kami ke monorel untuk pergi ke Time Square. Sekejap sahaja sudah sampai Time Square. Sampai je di Time Square, kami terus sahaja mencari panggung wayang untuk kami membeli tiket wayang*takkan lah nak beli kasut ye dok?*. Pada mulanya kami tidak tahu nak tengok cerita apa. Last kami beli juga cerita R.I.P.D arahan Robert Schwentk.Cerita ni sangat best penuh dengan adegan aksi, kelakar dan ada zombie lagi tu. Kalau nak tahu pergi lah ramai-ramai ke panggung wayang untuk menyaksikan lebih lanjut*ceh macam promote pula*. 


Kami sambung perjalan kami dengan SHOPPING. yeah!! I love it. Macam-macam kami cari antaranya beg, kasut, baju, jam dan keperluan lain. Kiranya macam shopping beli barang masuk belajar jugalah. alang-alang dah keluar tu. Kami tak makan tengah hari pun sebab pagi tadi melantak nasi lemah so perut ni kenyang.



Ada lagi best punya cerita. Masa kawan Miza tengah beratur ni ATM. Nak tahu tak group Forteen ada dibelakang kami. Pada mulanya Miza just saja nak pandang belakang tengok ada 3 orang mamat macam kenal tapi buat do no je lah dulu. Miza cuba ingat balik mana jumpa mamat-mamat hensem ni. Miza pusing balik tengok ada seorang je. Miza buat tak tau je la lepas tu pergi ke kanan dan tup tup nampak Lufias Forteen dan One Forteen. Miza pun tak keruan lah dekat situ dan bagitau dekat kawan Miza yang group Forteen ada dekat belakang kami. Miza cakap dekat kawan Miza "jom lepas ni kita bergambar dengan mereka". So, lepas kawan Miza selesai mengeluarkan duit, Miza cakap dekat One yang kami nak bergambar. One pun kata ok je. Kami bergambar dengan mereka bertiga. Lepas je bergambar Miza borak kejap dengan Lufias. Dia tanya Miza tinggal mana? Buat apa dekat sini? Belajar dekat mana?. Masa tu teruja sangat sebab nampak muka hensem mereka.

Muka excited terserlah di situ 

Kami sambung lagi shopping mencari kasut Rehan ni tak jumpa-jumpa dari tadi. Penat kami pusing-pusing satu Time Square tak jumpa juga. Kami ambil keputusan untuk balik. Kami naik monorel ke KL Sentral. Kami makan di KL Sentral untuk mengisi perut kami sudah kelaparan. Kami cari tempat makan yang boleh mengisi perut kami.

bergambar sebelum makan

Masa untuk kami balik selepas perut sudah kenyang masa ni sedih juga la sebab lepas ni tak dapat jumpa sebab masing-masing belajar jauh sikit. Miza study UiTM Shah Alam manakala Rehan di UniKL di KL. Kami tak pasti cuti sem kami sama atau tidak. Kami berpisah di KTM UKM kerana Miza turun di sana manakala Rehan turun di KTM Bangi. Miza sampai rumah pukul 6.15pm. Tidak sampai malam ye sebab nanti parents kami marah.



Harap-harap lepas ni kita dapat hang out kembali dengan Farah, Alin, Ieqa, Hanis, Didi (Anis) dan Farhana. Rindu sangat dekat mereka. Love you all :)


terima kasih meluangkan masa untuk membaca cerita Miza tak tidak seberapa ini 


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo