Tuesday, May 28, 2013

My Life My Soul My Story (KMP)

28 Mei 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sebelum mula Miza ingin ingatkan entry kali ini sangat panjang. Let's begin. 28 Mei 2012 tarikh daftar di Kolej Matrikulasi Perlis. Pejam celik pejam celik dah setahun berlalu. Banyak kenangan yang tercipta. Pada mulanya berat sangat hati ini untuk Miza masuk matrik ini ada sebab-sebab tertentu iaitu tempat jauh, boleh ke aku bawa subjek dekat matrik ni, dan pelbagai persoalan yang bermain diminda. Tetapi dengan sokongan keluarga dan ini sahaja yang peluang untuk Miza sambung belajar,Miza teruskan juga perjalanan ke Kolej Matrikulasi Perlis. Biasalah kalau tak pernah berjauhan dengn keluarga selama setahun dan tempat tu agak jauh juga ke hujung Malaysia iaitu Perlis mesti ada rasa rindu dengan keluarga. Selama seminggu Miza mengalami 'Homesick' tetapi tidaklah teruk mana sampai histeria. Orang yang mula Miza kenal adalah roomate Miza iaitu Wahyuni(orang pertama sebab duduk sebelah katil Miza), Dini dan Salbiah. Pada mulanya hanya 4 orang dalam satu bilik tetapi pada awal bulan 6 tak silap Miza masuklah Umi Amira sebagai ahli bilik kami B3108. Kami semester 1 sangat rapat tetapi biasalah mesti ada perselisihan faham dan kami bergaduh tetapi kami baik kembali. Kami makan sama-sama, tidur sama-sama, borak sama, main sama-sama, boleh dikatakan semuanya lakukan sama-sama. Semester 2 ada lagi gaduh-gaduh manja tetapi sebelum final exam kami bermaaf-maafan dan itu semua hanyalah gurauan dan unuk dijadikan kenangan untuk kami berlima. Kami ada panggilan masing-masing iaitu Umi(Kak Long), Dini(Kak Ngah), Miza(Kak Chik), Wah(Kak Lang), Sal(Kak Bee). Sweet tak kami. Kami tidak pernah lupa untuk sambut 'birthday' masing-masing. Lepas ni tidak ada lagi sambut 'birthday' dengan mereka. Miza,Umi dan Sal Selangor manakala Wah dan Dini Kelantan. Kami hanya berhubung melalui Twitter, Facebook dan Sms.

B3108, Umi Umairah, Kolej Matrikulasi Perlis

Sekarang Miza cerita tentang classmate Miza yang awesome. A7T1 nama kelas kami diberi. Kelas Miza ni ada 27 ahli antaranya Miza R(Ketua Tutoran aka Miza sendiri), Fikri(JPP), Mia, Amal, Farhana, Yong, Sufia, Miza H, Watiey, Qies, Ezlia, Ezureen, Tengku, Mimi, Hannan, Hazim, Akram, Amin, Emy, Solehah, F.Amira, Rafiqah, Qira, Afiqah, Fiza, Sayidah,Syaza. Ramaikan kami. Kami bagaikan sebuah keluarga yang sangat bahagia. Tak cukup rasanya 1 tahun bersama mereka. Banyak lagi aktiviti yang kami hendak lakukan tetapi tidak kesampaian. Sangat banyak kenangan manis bersama mereka. Kami selalu lakukan ialah pergi kelas bersama-sama, lepak dahulu sebelum pergi kelas dan kuliah, copy tutor, makan sama-sama, bergossip, dan banyak lagi la. Seriusly rindu sangat ingin bersama mereka. Banyak rintangan yang kita tempuh bersama walau apa pun yang terjadi. Paling Miza ingat ialah kita ada tempat masing-masing dalam kelas dan juga kuliah. Hanya tempat itu yang akan kita duduk bersama orang yang sama. Kita juga telah lakukan banyak aktiviti yang dianjurkan oleh kolej atau kita buat aktiviti itu antaranya ialah jamuan buka puasa, fairytale, merdekaraya, forum, iklan, drama, video, jamuan dagger, jamuan perpisahan, karnival dinamika dan main cat buat banner ELAC(perkenalan pertama dengan mereka). Sangat rindu dengan kenangan yang telah kita ciptakan. 12 April 2013 last kita bergelak ketawa kerana kita hampir final dan susah untuk berjumpa. Sedih sangat untuk berpisah dengan kamu semua. Miza ingin meminta maaf kepada warga A7T1, selama Miza jadi ketua Miza ada buat kamu semua marah, sakit hati, tak puas hati. Miza minta maaf sangat-sangat. Miza cuba untuk menjadi ketua yang baik, bertaggungjawab, biasalah manusia bukannya perfect. Miza sudah lakukan sebaik yang mungkin. Jadikan kenangan kita selama 1 tahun adalah kenangan yang terindah.

I love you all A7T1(2012/2013)

Seterusnya Miza ingin ceritakan tentang pensyarah Miza pula kali ini. Miza bahagikan pensyarah tutor dan pensyarah kuliah ye. Mereka adalah pensyarah/cikgu tutor kami, Puan Noranyza bt Zainol (P.Perniagaan), Puan Che Norain bt Morat (Matematik), Puan Masrizi  bt Ismail (Ekonomi), Puan Rosliza bt Ismail (Perakaunan), Miss Yusni Yusoff (English), En  Mohd Salmizie b Mohd Salleh (Dinamika), Pn Rodzita bt Abd Mutalib (Agama Kump B), Pn  Wardah bt Mustaffa (Agama Kump A), En Mohd Hizairi b Hasan (Kokurikulum-Kawad Kaki), En Amran b Tolib (Kokurikulum), Aznirol Azma bt Abu Bakar @ Othman (Kokurikulum), Yusmeer @ Ameer b Othman (Kokurikulum), Ghazali b Hashim (Kokurikulum), Rosli b Abu Sarim (Kokurikulum), Samsudin b Idris (Kokurikulum), dan Aida Yana bt Halim (Kokurikulum) manakala cikgu kuliah kami adalah En Mohamad Jusoh b Md Isa (P.Perniagaan), Pn Siti Rohana Said (Matematik), Cik Aziana bt Musa (Matematik),   Cik Azura bt Mat Russ (Ekonomi), Pn Hajar bt Abdul Hadi(Perakaunan) dan Pn Tai Shiou Mei(Perakaunan). Tanpa mereka, Miza tidak akan berjaya. Mereka adalah sumber inspirasi buat Miza dan juga kawan-kawan. Mereka banyak menolong Miza dalam pelbagai cara untuk Miza faham sesuatu subjek yang mereka mengajar. Cikgu adalah memang terbaik buat Miza dan juga kawan-kawan. Pelbagai aktiviti yang telah mereka rancang untuk kami antaranya MySahabat (P.Perniagaan), Menggapai Bintang/Math EZ (Matematik), Accounting Idol (Perakaunan), Fairytale/Video/Drama (English). Karnival Dinamika(Dinamika), Skor A(Ekonomi), dan Pertandingan Kawad Kaki(Kokurikulum). Sebenarnya banyak lagi aktiviti tapi lupa namanya. Terima kasih cikgu kerana melayan karenah kami pelajar Gen13,KMP yang sangat comel dan nakal ini. Lepas ini tidak ada pensyarah yang kesah tentang kehadiran ke kelas dan kuliah, assingment hantar belum, tolong sediakan nota dan sebagainya. Itu semua hanya ada di matrik. Selepas ini kami harus berdikari untuk terus maju ke hadapan. Terima Kasih atas segalanya Cikgu!!

Pensyarah yang mengajar A7T1

Sebelum habis entry kali ini. Miza ingin ceritakan tentang orang kuat Kolej Matrikulasi Perlis. Mereka sangatlah dihormati oleh semua pensyarah dan pelajar KMP. Miza sangat kagum dengan usaha mereka untuk membangunkan KMP sehingga cemerlang. Datin adalah satu-satunya pengarah perempuan matrikulasi. Datin bagaikan bonda kami di KMP. Datin seorang sangat penyayang dan Datin adalah seorang ibu mithali pada kami. Terima Kasih Datin kerana menjaga kami selama 1 tahun dengan jayanya. Selepas ini rindu dengan suara Datin Hjh Azuyah, En Shahrom, En Bad, Cik Asyiqin, En Saiful, En Nasir, En Sanusi untuk memberi nasihat dan teguran kepada kami. Selepas ini tiada lagi suara dari mereka. Semua itu hanya tinggal kenangan. 

PENGURUSAN TERTINGGI
Datin Hajah Azuyah binti Hassan (Pengarah)
Encik Mohd Fuad bin Mohd Noor (Timb. Pengarah)
Encik Shahrom bin Shaari (Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar)
Encik Sabri bin Che Ismail (Ketua Jabatan Matematik)
Puan Nonisohaila binti Ibrahim (Ketua Jabatan Sains)
Puan Zuriah binti Sulaiman (Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas)

HAL EHWAL PELAJAR
En Mohd Badrul Hisham bin Abdullah (Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar)
Cik Nor Asyiqin binti Mohd Baharuddin (Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar 2)
Pn Robiah binti Jab ( Pembantu Tadbir)
En Ismarizal bin Azizan (Pembantu AM Pejabat)

UNIT PEPERIKSAAN
Saiful Anuar bin Kamaludin (Penolong Pengarah Peperiksaan 1)
En Mohd Noor bin Man (Penolong Pengarah Peperiksaan 2)

Unit Kaunseling dan Kerjaya
Cr. Hj. Mohamad Sanusi bin Din (Pengawai Kaunseling Gred 44T)
Cr. Khairul Hafiz bin Fadzil (Pengawai Kaunseling Gred 44T)
En Mohd Nasir bin Yusoff (Pengawai Kaunseling Gred 44T)

"Tunggukan video yang Miza buat untuk tontonan semua orang yang berkaitan atau tidak"

Terima kasih kepada semua yang telah menceriakan hari-hari Miza sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Perlis. You all is the best most the best. Semoga kenangan yang kita cipta tersemat di hati kita. Jika ada umur yang panjang, InsyaAllah kita akan bertemu kembali di kemudian hari. Good luck to all of you.

Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo 

Monday, May 27, 2013

Akhirnya saya kembali !!!

27 Mei 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Kini Miza kembali setelah lama menghilang. Miza bukan segaja tidak meng-update blog ni tetapi masa mencemburui Miza setelah tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis. Setelah beberapa minggu Miza menghilangkan diri, Miza pun mendapat idea untuk membuat wajah baru untuk blog kesayangan Miza ini. Mungkin tidak berapa comel dan lawa tetapi pada Miza sedap mata memandang dan mudah untuk dibaca. Umur semakin lama semakin meningkat. Jadi blog pun kene la ikut pada umur. Rasa macam feminin sangat bila umur sekarang 19 tahun. Sekejap je masa berlalu. Jom kita tengok hasil edit blog dari Miza.

sebelum Miza edit



 Selepas Miza edit 

Miza sangat berpuas hati dengan hasil yang telah Miza lakukan ini. Selepas ini InsyaAllah Miza akan aktif dalam blog. Tunggu update seterusnya dari Miza tentang sepanjang Miza berada di Matrik , cuti sebelum-sebelum ini dan sebagainya 

Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo