Friday, August 23, 2013

Jalan-jalan hingga penat

23 Ogos 2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Hai u ollsss. hari rabu bersamaan dengan 21 ogos kami iaitu Miza dan kawan Miza iaitu Rehan berjaya juga  pergi ke Berjaya Times Square selepas banyak kali nak set time untuk berdating bersama. Miza dari rumah ke KTM keseorangan menaiki teksi lepas tu ke KL Sentral pun juga keseorangan menaiki KTM. Sampai sahaja di KL Sentral Miza jumpa kawan Miza iaitu Rehan. First plan kami pergi ke bank lepas selesai sahaja urusan di bank kami mengisi perut kami yang sedang memanggil dari tadi. Kami pergi Food Court yang ada di KL Sentral untuk urusan isi perut yang telah berkeroncong.


 
Muka kami yang dah kenyang. happy nya :)

Kami teruskan perjalanan kami ke monorel untuk pergi ke Time Square. Sekejap sahaja sudah sampai Time Square. Sampai je di Time Square, kami terus sahaja mencari panggung wayang untuk kami membeli tiket wayang*takkan lah nak beli kasut ye dok?*. Pada mulanya kami tidak tahu nak tengok cerita apa. Last kami beli juga cerita R.I.P.D arahan Robert Schwentk.Cerita ni sangat best penuh dengan adegan aksi, kelakar dan ada zombie lagi tu. Kalau nak tahu pergi lah ramai-ramai ke panggung wayang untuk menyaksikan lebih lanjut*ceh macam promote pula*


Kami sambung perjalan kami dengan SHOPPING. yeah!! I love it. Macam-macam kami cari antaranya beg, kasut, baju, jam dan keperluan lain. Kiranya macam shopping beli barang masuk belajar jugalah. alang-alang dah keluar tu. Kami tak makan tengah hari pun sebab pagi tadi melantak nasi lemah so perut ni kenyang.



Ada lagi best punya cerita. Masa kawan Miza tengah beratur ni ATM. Nak tahu tak group Forteen ada dibelakang kami. Pada mulanya Miza just saja nak pandang belakang tengok ada 3 orang mamat macam kenal tapi buat do no je lah dulu. Miza cuba ingat balik mana jumpa mamat-mamat hensem ni. Miza pusing balik tengok ada seorang je. Miza buat tak tau je la lepas tu pergi ke kanan dan tup tup nampak Lufias Forteen dan One Forteen. Miza pun tak keruan lah dekat situ dan bagitau dekat kawan Miza yang group Forteen ada dekat belakang kami. Miza cakap dekat kawan Miza "jom lepas ni kita bergambar dengan mereka". So, lepas kawan Miza selesai mengeluarkan duit, Miza cakap dekat One yang kami nak bergambar. One pun kata ok je. Kami bergambar dengan mereka bertiga. Lepas je bergambar Miza borak kejap dengan Lufias. Dia tanya Miza tinggal mana? Buat apa dekat sini? Belajar dekat mana?. Masa tu teruja sangat sebab nampak muka hensem mereka.

Muka excited terserlah di situ 

Kami sambung lagi shopping mencari kasut Rehan ni tak jumpa-jumpa dari tadi. Penat kami pusing-pusing satu Time Square tak jumpa juga. Kami ambil keputusan untuk balik. Kami naik monorel ke KL Sentral. Kami makan di KL Sentral untuk mengisi perut kami sudah kelaparan. Kami cari tempat makan yang boleh mengisi perut kami.

bergambar sebelum makan

Masa untuk kami balik selepas perut sudah kenyang masa ni sedih juga la sebab lepas ni tak dapat jumpa sebab masing-masing belajar jauh sikit. Miza study UiTM Shah Alam manakala Rehan di UniKL di KL. Kami tak pasti cuti sem kami sama atau tidak. Kami berpisah di KTM UKM kerana Miza turun di sana manakala Rehan turun di KTM Bangi. Miza sampai rumah pukul 6.15pm. Tidak sampai malam ye sebab nanti parents kami marah.



Harap-harap lepas ni kita dapat hang out kembali dengan Farah, Alin, Ieqa, Hanis, Didi (Anis) dan Farhana. Rindu sangat dekat mereka. Love you all :)


terima kasih meluangkan masa untuk membaca cerita Miza tak tidak seberapa ini 


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya kamu semua ingin meninggalkan komen yang berunsurkan lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati.