Sunday, June 29, 2014

Hari-Hariku di UiTM Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

#CampakBelakang
Hai uolls.. Dah lama tak nampak Miza update blog ni kan? Sorry sangat-sangat. Miza tak sempat nak update sebab busy sangat dengan kelas, assingment, aktiviti dekat kolej, AJKnya lagi dan Miza join under Seketeriat Mahasiswa Fakulti iaitu Mahasiswa Aktif. Miza pun tak tau macam mana blogger popular dapat bahagikan masa mereka untuk update blog dengan aktiviti harian mereka. Pada mulanya Miza ingat nak aktif balik mengupdate blog masa awal masuk IPTA. Hampir 5 atau 6 bulan Miza berada di UiTM Shah Alam. Banyak kenangan yang diukir setiap saat, minit, jam, hari, minggu, dan bulan. Hari ni Miza baru nak mengimbau kembali kenangan semasa Miza di UiTM Shah Alam. Miza amat merindui kenangan manis or pahit berada di UiTM Shah Alam semasa Miza Semester 1. Ramai kenalan Miza semasa di UiTM Shah Alam. Banyak aktiviti Miza join semasa disana. Antaranya Kokorikulum (Kesatrian Negara), SAF (Sukan Antara Fakulti), dan banyak lagi. This is my family (Roomate). Ni masa event PPW.

(Miza, Fatin, Fara, Piqa)

Masa inilah kami berempat sudah bermula rapat. Kami like family. Miza, Fatin dan Fara study dekat UiTM Kampus Jasin. Piqa yang tinggal di UiTM Shah Alam. Masa tenguk gambar-gambar ni balik. Miza rindu dengan kegembiraan kami berempat. Pergi beli makan sama-sama. Pergi fakulti sama-sama. Makan sama-sama. Belajar sama-sama. Busy sama-sama. Banyak benda yang Miza rindu. Kami disini amat merinduimu Safiqah Shahirah. Nanti kalau kami disini ada masa kami akan datang Shah Alam dan jumpa awak ye. Love you Piqa. 

 

Kenangan bersama Safiqah Shahirah

Miza ni jenis yang tak boleh duduk diam. Miza join event lagi. Sebenarnya Miza tak tau event apa sebab benda tu dirahsiakan. Miza pun ikut je lah. Nama event ni iaitu Fast Event. Tup tup eventnya adalah kira undi*Miza tak suka politik ye. Dari situ Miza mula mengenali dua orang ni iaitu Azryn dan Athirah. Azryn juga tertinggal di UiTM Shah Alam. Athirah ikut kami bertiga ke UiTM Kampus Jasin. 

Kenangan bersama Azryn

Seterusnya kita sambung kembali dengan event ke Gunung Angsi anjuran SMF(Seketeriat Mahasiswa Fakulti) khas untuk Mahasiswa Aktif. Dengan event-event macam ni Miza kenal dengan ramai orang. Hampir semua SMF Miza kenal. Kalau Miza tak join memang taklah Miza kenal dengan SMF ni. Ni nak cerita yang Miza kenal Pak Cik Keerol dari Fast Event. Tak sangka jumpa dia semasa nak naik Gunung Angsi ni. Dari situ Miza dan Fatin mula rapat dengan dia. Dia baik dan suka kacau kitorang. Kitorang pun suka kacau dia. Sampai sekarang kami berhubung. Walaupun kami berjauhan. Nanti datang sini lagi tau pak cik

Ini lah dia Pak Cik Keerol kami
 

Kenangan bersama SMF dan MA(Mahasiswa Aktif)

UiTM Shah Alam ada menganjurkan SAF (Sukan Antara Fakulti). Miza saja mencuba nasib. Pada mulanya Miza tak terpilih tapi disebabkan Kak Jaja ada hal. Miza ganti tempat dia. Miza satu-satunya Part1 paling muda dikalangan mereka. Mereka yang selalu beri semangat kepada Miza jika Miza down. Kami peserta perempuan dapat tempat naib johan. Alhamdulillah. 

*Sorry gambar geng lelaki tak de

Apabila ada perlawanan mesti ada penutupkan? Untuk SAF ni ada juga penutup. Penutup kali ni buat pembarisan. Pembarisan ni best iaitu membuat persembahan*joget-joget, menari. Walaupun kami tidak menang. Tapi kami tetap enjoy. 

 Kenal dengan ramai lagi :)

Last tau, dekat atas Miza ada cakap Miza AJKkan. Miza AJK IPM(Multimedia) untuk Kolej Melati. Ni first event Miza sebagai AJK. Biasalah keje mesti ada yang baik dan buruk tapi biaar kami je yang tahu. Semuanya berjalan dengan lancar. Mereka berpuas hati dengan kerja yang Miza lakukan. Nama event ni Fiesta Salad. Memang seronoklah kan. Makanan merata-rata. Buat kerja sambil makan. Makanan semua berkhasiat ok. Ada buah, sayur. Miza bedal buah itu sudah semestinya. 


Kami AJK yang awesome

Itulah sebahagian cerita Miza yang datangnya dari UiTM Shah Alam. Baru sem1 dah aktif macam ni. Kan best kalau still ada dekat UiTM Shah Alam. Dekat UiTM Kampus Jasin ni tak berapa banyak event yang ada. Nak tau lebih lanjut. Tunggu sampai final exam habis. Sebenarnya sekarang ni berlangsungnya final exam. Idea nak study tidak ada, so Miza ambil keputusan untuk update blog yang dah berhabuk ini.


Doakan kejayaan Miza dan kawan-kawan ye
*Muka first paper berakhir. Berjuang untuk paper seterusnya.

Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

1 comment:

  1. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Alam Sentral, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya kamu semua ingin meninggalkan komen yang berunsurkan lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati.