
♥ Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ♥
Hari ini Miza ingi berkongsi sesuatu yang di minati ramai iaitu sifat dan peribadi mengikut kamu anak ke berapa?. Tetapi jangan percaya 100%.

- Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja,mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :





- Biasanya anak tengah lebih pelik dari anak-anak yang lain.Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri, ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab tiu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu. anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.






- Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memandai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :





- Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. Ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :






anda yang mana satu?Saya anak SULUNG :)
Lot of Love ♥
Nur Hamizah xxxx
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya kamu semua ingin meninggalkan komen yang berunsurkan lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati.