Tuesday, June 30, 2015

Susah tak?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Pejam celik pejam celik dah 13 Ramdhan dah hari ni. Rasanya semua tau UiTM sekarang sedang menghadapi pepereiksaan. Ramai yang tanya, "Miza ambil course apa?", "Susah tak". Miza ambil course Multimedia Computing untuk pengetahuan semua. Nak kata susah tu semua course ada senang dan susahnya. Ada yang kenal Miza kata "Eh bukan dulu masa sekolah kau ambil akaun ke? Asal tiba-tiba course ni pula. Jauh tu bidangnya". Pada Miza, mungkin ini rezeki Miza yang Allah dah tentukan. Pada mulanya memang rasa macam tak boleh terima tapi Miza belajar untuk terima juga. Alhamdulillah dah Semester 4 Miza dalam course ni. Course ni banyak main coding tau. Pada mula memang susah sebab tak pernah belajar benda coding-coding ni tapi subjek yang ada coding la Miza lepas. 


Rasanya tak lambat lagi kot nak tayang jadual exam ni. Dah lepas 4 paper. Ada lagi 3 paper dan yahoo cuti. Sekarang tengah ada gap untuk next paper. Sebelum ni tak de gap langsung. Penat juga lah nak terkejar-kejar study yang tu study yang ni. Harap semunya lulus. Kalau dapat keputusan cemerlang tu Miza dah rasa bersyukur sangat. Course ni pada Miza susah juga tapi Miza berusaha juga untuk dapat yang terbaik. Kadang-kadang kena bersyukur dengan apa yang kita dapat, setimpal dengan usaha kita, kalau tak dapat, kita usaha lagi. Doa ibu bapa, doa kita, semua main peranan untuk kita berjaya.


Lot of Love,
Nur Hamizah Raihan xoxo

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya kamu semua ingin meninggalkan komen yang berunsurkan lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati.