Thursday, March 22, 2012

Akhirnya terjawab

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera    
416836_402829543065911_276330842382449_1686146_1513508097_n_large 
Hai semua, bangun pagi-2 semuanya suram. Keputusan SPM Miza tidak membanggakan mak dan ayah Miza. Tapi Miza sudah berusaha bukan tidak berusaha. Semalam memang tidak ade perasaan gementar. Otw pergi sekolah baru perasaan itu timbul. Salah Miza juga sebab tidak belajar betol-2. Semua sudah terlambat untuk SPM. Everything is over for me. Miza pergi sekolah di temani oleh mak dan adik Miza. perasaan takut memang ada. Di sekolah ada yang gembira, ada yang sedih dan macam-2 lagi perasaan di sekolah itu. 


Result Miza sememangnya sangat-2 teruk. Tidak mempunyai A tetapi lulus. Apa yang ditarget mendapat A tidak mendapat A. Perasaan kecewa memang ada. Tapi hendak buat macam mana, ini sahaja yang Miza dapat. Miza mendapat 1B+ , 1B , 5C+ , 2E. Tak nak cakap panjang-2, ini la slip exam Miza. Tidak ada yang perlu di banggakan. Memang inilah ganjaran Miza. Padam muka.

Miza memang dah give up. Dah la Jpj gagal. Sekarang result teruk. Mood nak makan pun dah tak de. Miza memang down gila. Cousin-2 Miza semua pandai-2 belaka. Ada yang dapat 4A, 6A tetapi Miza apa yang ada? Tiada A..tiada A... Thanks yang memberi semangat kat Miza. Yang terdiri daripada mak,cousin, mak sedara, cikgu, kawan. Thanks sangat-2 sebab memberi kata-2 semangat untuk Miza/Ija. Sebelum-2 ni memang Miza down sangat-2. Tetapi lepas korang kasi kata-2 semangat, Miza akan sedaya upaya untuk belajar di IPTA/IPTS nanti. Miza akan tunjukkan pada dunia yang Miza boleh lakukan. 

24 dan 25 mac ni Uitm ada Ekspo Selangkah ke UiTM di seluruh negeri. Miza ajak cousin-2 Miza yang pandai-2 tu untuk pergi sama-2. Miza tak nak lepaskan peluang untuk mencuba. Apa-2 pun, tahniah kepada semua Lepasan SPM batch 1994 yang mendapat keputusan yang cemerlang mahupun hanya lulus sahaja. Kita semua memang terbaik :D. Tahniah yo :) Korang da buad yang terbaek dan ingat SPM bukan segala2nya. Nanti kat Matrik,IPTA, IPTSU belajar la betul2 kay ;) 

Miza akan lakukan sebaik mungkin untuk belajar dalam kehidupan selepas ini


Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya kamu semua ingin meninggalkan komen yang berunsurkan lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati.