Wednesday, March 21, 2012

Perubahan pada diriku

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   
Z208237239_large 

Setiap manusia akan berubah dari segi mental dan juga fizikal. Sebagai contoh, dahulu Miza seorang yang tidak matang tetapi sekarang sudah matang dari segi akal fikiran, perubahan bentuk badan dan sebagainya. Miza dahulunya bukan seorang yang sensitif tetapi apabila sudah meningkat remaja, perangai sensitif Miza mula bertambah dari hari ke hari. Ramai mengatakan Miza seorang yang tabah dan kuat tetapi itu dari luaran sahaja yang mereka lihat. Cuba kita tengok dari dalaman pula, Miza tidak setabah dan sekuat yang mereka sangka. Hanya tuhan sahaja yang tahu isi hati ini. Banyak comment yang Miza dapat selepas Miza upload gambar ini di facebook. Ada yang mengatakan Miza cun,makin matured, lawa, comel, cantik, bergaya dan sebagainya. Lain orang, lain pendapatnya. Miza tidak pernah membangga dengan istimewa yang telah tuhan berikan kepada Miza tetapi Miza menggunakan keistimewaan Miza ke jalan yang benar. Miza sudah banyak melakukan dosa. Sudah tiba masanya untuk Miza bertaubat kepada-NYA sebelum terlambat. Miza tahu dunia sudah maju, tetapi Miza tidak mahu lalai dengan alam ini. Miza mahu kembali ke jalan yang benar. Sebenarnya Miza nak tunjuk gambar yang Miza upload dekat facebook tu. Jap ye nak cari gambar tu. Mana pula la gambar tu. hah, dah jumpa pwn. Miza upload sekarang ye
comment la kat Miza apa yang perubahan berlaku :)

Doakan Miza untuk result SPM esok tau 

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya kamu semua ingin meninggalkan komen yang berunsurkan lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati.