Friday, March 16, 2012

Girls Outing ♥

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  
425737_253374291412779_159292960820913_550899_123295209_n_large 

hye my dear :) Miza dah lama tak update blog ni kan? Akhir-2 nie mood miza kurang stabil. dah la minggu depan 2 event yang amat mengecutkan perut iaitu test jpj (20 Mac 2012) dan result SPM (21 Mac 2012) keluar. Apa yang Miza harapkan ialah kekuatan hati ini untuk menempuh dugaan yang akan datang. About test jpj, Miza harap apa yang Miza belajar sebelum-2 ini dapat di guna semasa test nanti. Apa yang pentung,jangan nervous dan banyak kan berdoa. Tentang result pula, Miza sudah berusaha sedaya upaya Miza, Miza berdoa dan bertawakal kepada-NYA untuk mendapat keputusan yang cemerlang :)

Ehemm. baca elok-elok tau cerita yang Miza nak cerita ni.
Hari selasa bersamaan 13.3.2012, Miza pergi hang out bersama kawan-2 sekolah Miza seramai 7 orang termasuk Miza. Siapakah mereka itu? Mereka itu adalah Shatul, Thia, Syeera, Alya, Rinie dan kak Rinie*nama dia tak tau la. Tidak ada dalam perancangan Miza pun nak keluar pergi Time Square(TS) bersama mereka tetapi terasa nak ikut mereka pula sebab bosan duduk rumah ini. Hari selasa nak keluar,hari isnin baru minta izin dekat ayah Miza. 

Pada pukul 9.00 bertolak dari ktm ukm dengan Shatul. bila tren dah sampai, jumpa pula dengan ThiaSyeeraAlya. Kitorang la yang paling bising dalam tren tu dengan gelak ketawa kitorg. Sampai je dekat Bandar Tasik Selatan, Miza la jadi guide tour mereka. Mentang-2 la Miza banyak kali pergi TS. Kelakar je diorng ni. Yang paling best bila diowg suruh Miza kira duit yang mereka kene bayar kat Miza untuk beli tiket pergi ke Jalan Hang Tuah. Untung la Miza sebab ambil kos Akaun,blur je otak ni bila suruh kira-2 nie.


Akhirnya sampai juga dekat TS dengan berjalan kaki dari tren. Penat memang la penat. Sampai je kami di sana, kami pergi jalan-2 cari makan. Lepas makan, kami terus pergi Themes Park*first time masuk sana. Syok sangat-2 kat dalam tu. Macam-2 permainan Miza main dalam tu. Paling bestnya semua lelaki yang kerja dalam tu semua hensem..aaaaaa.. suka sangat-2.

Dah main semua dalam Themes Park tu, Miza, 
Shatul, dan Thia pergi food court. Ada accident kat food court tu. Pekerja marah pekerja masa kami hendak beli air*tanjat boboi. Makan punya la makan, kami terus pergi shopping lepas makan tu. Pusing-2 TS sampai penat mencari barang yang Thia nak beli. Sambil pusing-2 TS tu. Miza usha-2 mamat dekat TS tu. Miza beli kemeja dan skirt yang Miza minat.

Tepat pukul 5.00 kami balik. Pukul 7.30 baru sampai rumah. Penat sangat-2 la hari tu sampai masa mak Shatul beli barang Miza dan Shatul tertido dalam kereta. Nampak sangat kami betul-2 penat kan. Balik je rumah, Miza rehat-2 n then mandi. Nasib baik parents tak suruh masak. So apa lagi, kami order la MCD. Itu je la Miza nak cerita. Panjang pula entry kali ini. :) LOVE YOU ALL 

Kalau tak de gambar tidak sah kan? Jom tengok gambar kat bwh ni

  
 
 
 
 
 
 

Lain kali kita pergi lagi ye my dear :)

Lot of Love  
Nur Hamizah xxxx

1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya kamu semua ingin meninggalkan komen yang berunsurkan lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati.